#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Ramadhan7. Cobaaannnn.

aku demam ni.
since kelmarin dah rasa tak best. tapi ok je la.
takat selsema n rasa sakit kepala tak selesa.
tapi since semalam dah start panas.
tak pergi pun klinik.
setakat telan actifast je. ok la sikit.

tadi siang patut lepak ngan filla n elly.
aku tak join la. tak larat.
then petang ingat nak ke pasar juadah.
tapi laki aku kata dia nak pergi tukar tayar motor dia.
dah botak teruk.
aku kata ok la. u pergi la.
tetap la nak bawak aku. dia kata ok.
then aku kata ok, then kita berbuka la luar.
senang sekali jalan.

so bergerak la kita.
dah la dia nak pergi bengkel kat sentul. ok set.
tengah naik motor. pommmmm.
meletup tayar. eeeiiiii sakitnya hati aku.
tengah jalan ok. nasib tengah lampu merah.
dah la jalan 3 lane. aaa takutttttt.
dia suruh aku turun. aku dah rasa nak bantai dia pakai helmet tu.
aku dah kata aku taknak ikut.

kau tau aku kena menapak berapa jauh ke bengkel?
lebih kurang 2km.
ye! jauh ok! dah la puasa. dah la demam. rasa nak nangis.
dia nak tahan teksi suruh aku naik teksi. eeiii taknak la sorang2.
plus konon feeling susah bersama la.
walaupun dalam otak dah membayangkan aksi2 nak belasah laki pakai helmet. hahha.
cea macam berani.

dah la dia tu langkah panjang. aku ni dah la katek. gemuk lak tu.
suka dia je laju2 tertinggal aku kang belakang. eiiiiii.
pastu dia tengok muka aku dah macam taik.
dia suruh aku duduk atas motor. belajar naik motor. boleh if aku sorang dia kata.
buat lawak ke apa? bertahun aku suruh ajar. time tayar pancit tepi jalan kau tetiba nak ajar naik motor.
pastu ada sorang budak india nak tolong.
ada ke dia nak suruh aku naik ngan orang tu. kira dia ikut belakang. ala macam sangkut tu.
tak nakkkkkk!
sedapkan hati takpa la exercise.
nasib petang tadi berangin. so ok la.
kalau tak memang aku yang hangin.

sampai kedai. tukar tayar la apa.
then pergi la ke kampung baru.
rasa nak makan nasi arab.
oh ada buffet.
tapi kita orang amik ala carte je.
dah la semua orang lelawa ajo. kita orang kot paling comot situ. haha lantak.
ala restoran je pun. motip sangat nak lelawa kan.

sampai terus place order.
dia kata la lambat sikit. takpa. 2km boleh ku redah. apa sangat tunggu sikit lagi. gitu.


laki aku ni macam orang MLM la.
tak abis2 buat tangan macam tu.
sorry la i is comot.
demam plus cobaan berganda katanya.
wah konon. padahal bukan selalu ke comot kan?




memang lambat la.
berbuka ngan kurma je.
lepas 5 minutes baru dapat air.
then after 15 minutes baru dapat makan.
takpa. Alhamdulillah ada jugak berbuka kan.



mmmm dap dap dap.
dah la sos dia tu extra pedas today. i like.







aku makan sini.
kat kg baru.
kawan aku la ajar. aku tak pernah tau situ ada berderet kedai2 arab. haha.

then lepas tu cakap kat MrB nak jumpa mak.
mak now tolong akak ipar aku jaga booth.
so suruh MrB tanya mak kat mana? jangan cakap nak datang.
tanya dia kat mana je.
tau mak kat situ berdesup kami pergi.
tapi sampai tengok dah tutup pun booth mak.
so dok sembang je la.
dia tengah tunggu adik ipar aku jemput dia.
haih, sian aku tengok mak ni.
kalau aku kayaaaaa….
tapi maybe sebab mak boring kot duduk saje. entah.
tapi mak ni kadang2 kita tak tau kan. dalam dia tak larat ke apa. if pasal anak mesti mak2 akan tolong.
macam tu la kot.


muka berlengas tak abis.



seronok lak round KL.
sambil atas motor sambil nyanyi lagu, "kualaaa lumpurr….kuala lumpur……" sambil laki aku kepala tergeleng ke kiri ke kanan layan kerenah aku.
ye sila layan ok. dia tak pikir aku layan dia menapak 2km.
tengok la if rajin nanti nak round lagi.

hoih pengalaman betul la.
tak pernah iolls macam robocop berjalan tepi jalan ngan helmet. hahahahhaha.
cobaannnnnn……

p/s: takpa sabar separuh daripada iman. bulan depan dapat kereta dah. vroom vroommmm….


8 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

terbaik kak peej..super duper dugaan tu..
setiap dugaan yg dilalui pasti ada sesuatu ganjaran selepasnya.
harap bebanyak bersabar n cool dibulan mulia ni.
semoga kak peej cepat2 sembuh. :)

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Nak tengok keta bawuuuu..hehe

jija said... [Reply to Comments]

Peeja.....kite x tau nak gelak atau nak nangis bace entry nih....hahahahah x dapat bayagkan keadaan itu......

mazz said... [Reply to Comments]

Alololo mithali sgt jln kaki tolak moto sesama....kalau i mau muncuuuuuuuung mulut jalan sambil hentak hentak kaki gajah ni...

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

hahaha, tak tahan gelak part robocop tu. btw, alhamdulillah, Allah tahu apa yang mampu kita lalui kan? walaupun ya, mungkin sikit lagi helmet tu nak melayang,haha.
excited jugak nak tgk kete baru akak tuww, hew3 ^_^

ana kimi said... [Reply to Comments]

tak tau nak gelak ke nak kesian, tapi, mesti sweet moment dengan mr.b kan2, hehe

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

ms cerita menapak 2km mcm kesian tp aku bc sambil gelak sorang2.. hihi.. x jd la kesian sbb cam lawak jek.. tak pe peej dugaan bulan puasa utk insan2 terpilih mcm ko.. hihi..

shuweet said... [Reply to Comments]

hahaha..kelakar...aku pun pernah kene..menapak jauh giler weiiiiii...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...