Instagram : @peejburhan

oh #MH17

hari yang panjang.
aku sempat tidur dalam 1/2 jam je tadi.
letih sangat.
pelbagai urusan hari ni.
lewat malam pergi rumah mama, update hal cookies raya.

tengah sembang kejap, laki aku terus tertidur sambil duduk.
keletihan jugak la tu.
aku teruskan sembang.
masa sampai mama n ayol tengah tengok dvd.
tetiba ayol kata flight mas ada terhempas.
aku kata tipu la. mana ada.
aku terus bukak fb.
sebab biasa la kes-kes macam tu harus pantas je keluar kan.
then aku scroll lama gila memang takda langsung.
so memang rasa confirm tipu la orang buat cerita.

terus stop dvd ayol bukak berita.
by that time aku macam dah ngantuk sangat.
cranky je rasa. mama nak sembang pun takleh layan dah.
tu terlena.
then terjaga memang confirm flight tu terhempas.
flight MH17 daripada amsterdam ke kuala lumpur.
Ya Allah. memang betul.
ingat tipu je. pelik macam mana ayol boleh dapat berita awal.
sebab time tu memang aku bukak fb, ig apa semua takda apa berita langsung orang share.

tengok awani. tergagap je pemberita.
pastu pic ke apa takda. asyik video berasap tu je.
then tetiba ayol share pic kat whatsapp.
memang betul la :(
terus tukar ke chanel bbc. baru lagi banyak update pasal flight tu.

tengok gambar still tak rasa apa.
rasa numb je.
then start tengok list cabin crew.
dah start sedih.
then nampak lagi banyak pulak pic mangsa2. :(
then dapat tau ada family 5 orang yang dalam flight sebab nak balik beraya.
dapat tau pulak daripada kawan katanya ada kawan atas kawan dia dalam flight tu.
ada orang share news pasal bini capten MH17.
then terbaru nampak ada pic salah sorang cabin crew tu.
aaaaa sedih.
tak dapat bayangkan lepas ni bila list penuh keluar n semakin banyak pic di share.















so sad :(
nak raya ni kan. 
sebaknya hati ni.
berdebar-debar n bermacam-macam rasa la.

harap dapat la tau siapa dalangnya.
sangat keji ok kalau betul tembak commercial flight.
a very tragic year for our beloved MAS.

takziah kepada semua keluarga mangsa.
al-fatihah.
perginya mereka di bulan yang baik dan juga hari yang baik.
semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aamiin.



4 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

Innalillahiwainnalillahirojiun...

kayyana said... [Reply to Comments]

sdih sangat kan... rasa nak nangis je ni

Ai Izzati said... [Reply to Comments]

Peej...sedih sgt kan. Tergamaknye dorg tembak flight kita. Negara kita xde bermusuh dgn mna2 negara pun sebelum ni. Dalam setahun ni, dua kali kejadian paling gempar negara hadapi. Trauma MH370 pun xhilang lg.
Tambah pulak trauma MH17. Makin sebak, sb nmpak bendera Malaysia. Aku xtau lah, setiap kali aku nmpak bendera Malaysia mesti aku sebak yg amat, tgh menaip pun menitik air mata.
Tp tulah, kita hidup kena percaya akan rukun iman dan islam. Moga2, dgn terjadinya musibah spt ni, dpt kita muhasabah diri dan kaji perilaku sebelum terlambat. Al-Fatihah.

mamabeauty said... [Reply to Comments]

sedih kan tengok berita pagi tadi..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...