Instagram : @peejburhan

lebah dapat madu..

wah puitis sangat tajuk entry kan.
kenapa tetiba gila tajuk macam tu kan?
well aku nak buat tajuk busy bee. tapi macam pernah buat.
kenapa orang panggil busy bee? sebab lebah memang selalu macam busy je kan.
menghasilkan madu tu kan.
well sekarang aku rasa aku pun busy macam tu.
tapi aku harap aku tak dapat la madu ye. aaa atuuuttttt.
aku dapat hasil tang lain la kot. huhu.

harap takda la berkecil hati ke apa.
sebab kawan-kawan pun aku takda masa nak layan sangat.
sepanjang ramadhan ni pun baru sekali dapat berbuka kat rumah family aku.
ni busy tarak tipu punya.
rumah aku macam kena bom ni.
sakit jiwa tengok banyak kerja tertangguh.
baju jangan cakap la macam gunung kinabalu.
tapi tak laratnya nak hadap.
by the time ada masa rehat. aku akan cuba curi masa nak tidur.
sebab tidur pun lately tak cukup sangat rasa.

semua jadi begini kerana timing poslaju la ni tutup awal.
poslaju yang biasa aku pergi la.
so aku memang tak sempat nak pergi situ.
aku kena pergi PPL if aku tau takkan sempat.
so PPL tu memang tumpuan semua peniaga pergi.
hoih number angka giliran dia slow gila.
pastu setiap orang post banyak gila.
aku rasa aku punya dah banyak ni.
tapi orang lain pun 2-3 kali ganda banyak la.
rasa nak nangis.
cuma satu la takleh blah. dorang ni meniaga dah maju macam tu buat la beli mesin timbang.
ni sampai sana baru nak timbang, baru nak seal, baru nak terhegeh2. amik masa banyak gila ok.

aku memang dah timbang semua.
so sampai sana dorang angkut je parcel.
then terus attend borang tu.
cepat ok.
maybe if orang baru yang uruskan kau. dia macam tak biasa.
dia macam nak check la barang kau betul ke tak.
tapi dia check satu dua parcel je. tengok kau timbang betul.
memang dia tak check dah lepas tu. cepat weyh.
buat la yea.
bayangkan kelmarin tu aku tunggu almost 3 jam.
rasanya yang sistematik macam aku *ye mengaku diri sistematik* ada sorang minah ni je.
serious laju ok.
yang lain semua sama je style. semua amik masa lama baru terkial2 kat situ. nyampah tau.

serious busy kak jah.
nak mengadap phone pun ala2 tak sempat.
usually around 1ish ke atas aku memang busy.
aku hanya aka free lepas berbuka ok.
sebab tu kadang korang buat payment lewat baru boleh balas.
sebab busy.
kawan tanya busy ke pun aku mampu reply sangat je. letak balik phone.

bangun ikut la. kadang kul 10. kadang kul 9ish.
terus dah harap hp reply semua.
then kul 1pm start tulis borang. settle pukul 2ish gitu.
then start pack barang. if banyak 3.30 siap. if tak berapa banyak kul 3 siap.
selalu 3ish la. maka aku tak sempat post tempat biasa.

then post barang apa semua. siap dah lewat petang.
tadi settle kul 5.45pm gitu.
nasib tak jam.
balik je sampai rumah around 6pm ke lebih.
masuk rumah jap selesaikan apa patut.
then terus ajak laki pergi pasar juadah.
tolonglah kadang masak nasi pun tak sempat.
nasib laki aku jenis simple. janji ada lauk dia suka, dia ok je.

sebab tu siapa nampak aku kat sana muka selenga, comot, muka penat ke apa.
ye aku memang penat.
ikutkan pergi pasar juadah pun tak sanggup.
tapi keji sangat pulak.
so layankan.
balik rumah terus hidang.
then berbuka.
settle berbuka maghrib apa semua dah pukul 8ish.

pastu kerja lain menunggu.
so time tu la ada rehat pun.
time tu tengok rumah sendiri pun dah menyampah.

pasal cookies.
so far rasanya 70% dah bayar kot.
ada few la tak bayar lagi.
Insyallah by esok malam or lusa dapat cookies.
once dapat aku akan inform kat blog n instagram yea.
nanti korang contact aku if nak datang amik.
aku akan whatsapp gak korang.
tapi al maklum ramai bebenor. nak contact sorang2 pun amik 1-2 hari.
di campur ngan kesibukan aku kan.

ada yang request suruh aku hantar cookies kat dorang.
sorry tak boleh. sebab tu awal2 aku dah inform kena datang pick up.
sebab aku akan set kat time n date.
so usually time tu memang orang berderet nak amik cookies.
aku memang takleh ke mana.
so memang korang nak, kena datang amik ye.
sorry sangat.

ni ada dua customer nak amik barang ni.
aku dah ngantuk ni.
nak tidur. tapi nak buat macam mana.
nak suruh laki aku passkan je ni.
tadi pun dah mintak tolong dia passkan.
dah few days ni dia je tolong buat. sebab bini dah terlepek penat.
tapi tu la aku ni suka susah hati berlebihan.
eh bukan susah hati, macam rasa tak best.
rasa macam jahatnya kau, customer nak amik barang kau eksyen taknak keluar.
hahah boleh? ye aku suka pikir bukan2.
ye la sebab orang call kata dah sampai boleh je jawab.
tapi orang lain yang keluar.
kadang sebab aku dah pakai baju tidur. penat nak tukar2.
satu lagi memang tak larat.
aku tengah berbaring sambil di temani mochi.

macam ni ada customer kata nak amik kul 11ish.
aku kata amik before 10.30.
sebab? kadang aku keluar minum lapangkan fikiran.
kadang aku nak tidurrrrrr. help me. aku memerlukan tidur.
tapi tu la bila ada ayat2 kesian rasa tak sampai hati.
tak tau nak reply apa.
so aku senyap je. tu maknanya aku tak tau nak bagi jawapan apa.

eh dah la.
aku macam dah cakap berpusing2 je rasa ni.
ngantuk sangat la.
aku nak tidur la.

nite.


4 Comments:

Zana said... [Reply to Comments]

salam...cuma nak bg cadangan..poslaju kat jelatek tu slalu kosong...x pernah nampak org berbaris ke apa...sbb aku balik keje turun lrt situ..maybe boleh try hantar sana plak...jauh sikit tp xdela kena menunggu lama kan... :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya doakan lepas ni Peej dapat rehat yang cukup sambil buat kerja dgn lebih selesa dan teratur. u are good, humble n nice person. sebab tu rezeki kamu smooth saja. banyakkan ucap syukur dan terimakasih sebab penat dan kurang tidur.confirm lps ni Peej rasa ok saja walaupun still busy. Good Luck to u Peej and all the best :)

~deem~

Liz said... [Reply to Comments]

Peeja, kesian dengar ceritamu. Ko guna poslaju kan? Kenapa tak minta poslaju datang rumah dan collect semua parcels tu? Ni in case ko tak tau, so aku nak bagi tau la ni. Tapi perkhidmatan collection tu Poslaju buat untuk certain areas aje. So apa kat ako masuk website Poslaju untuk check. Kalau area ko tu diorang boleh datang, next time minta je diorang pick up. Sama je charge tu.

nie eim said... [Reply to Comments]

Aku yang baca post ni pun penat rasanya.
Huhu..
Minumlah 100+

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...