#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

kisah roti jala

aku tak tau la korang.
tapi aku if bulan puasa mesti ada beberapa wishlist.
wishlist untuk makan la.
hahah hampeh gila, orang wishlist tang lain, aku makan je la pikir.

bulan puasa ada beberapa juadah berbuka yang aku suka.
kira dalam sebulan berpuasa tu tolonglah dapat makan sekali pun jadi la.
antara yang aku mesti nak adalah…

- air tebu

- air jagung

- rendang limpa - jumpa satu kedai ni memang sedap gila. sampai nak tanya dia amik tak tempahan untuk raya. terbaik.

- masak lemak siput sedut

- asam rebus batang keladi

- ikan bakar dengan air asam - tak jumpa lagi. dah dua kali beli air asam macam air dan sayur berhias. dah la trend semua nak sapu2 sambal kat ikan bakar tu. tak sedap la. tak feel.
so aku berharap nanti mama buat ikan bakar n air asam marvelous lalu menjemput aku berbuka puasa kat rumah. huhu.
air asam mama terbaik wokk. ngan pekat dia. aku tak makan sampah2 tu. aku kaup air asam dia je. huhu.
ingat lagi zaman dulu ada gerai kat setiawangsa ni jual ikan bakar n air asam dia sedap macam mama punya, aku bukak puasa makan tu je ok hari-hari. hari-hari mesti beli. aku bedal sorang je ikan pari tu. jangan sesiapa berani cuit aku punya ok.

- sambal goreng bilis petai berkulit

- ayam percik pedas

- murtabak

- kuih cara berlauk

- roti boom

- roti jala

- tepung pelita

- kuih gandus

- puding jagung…

ok aku tak tau kenapa aku suka sangat puding jagung.
lagi lembek2 puding tu lagi suka.
kalau puding tu keras macam agar-agar tak berapa feel.
dulu susah nak carik orang jual. now bersepah la.
ingat lagi aku cakap kat mama aku suka la puding jagung.
so mama kata ok nanti try buat.
dulu time mama kerja memang takda la mama ni nak buat2 kuih ke apa.
masak memang tip top. tapi bab kuih fail sikit. hahahha.

so mama buat la puding jagung.
pirex besar lagi. wooowww sukanya.
kejap2 nanti check, dah boleh makan ke belum.
ok belum. check lagi belum. hmmmm bila ni boleh.
pastu dah lama sangat. mama kata makan je la. agaknya mama buat tak jadi.
memang tak jadi. tak keras sangat.
so nak makan kena scoop masuk dalam mangkuk.
sebab pecah berderai. hahhaa.
ok macam kelakar kan? tapi aku sukaaaaaaaa.
dah la buat sendiri harus tak kedekut jagung kan. mmm dappp.
setiap suap tu bersepah2 jagung.
ok harap nanti mama buat lagi puding jagung.
amboi cantik muka macam-macam nak request kan. hihi.

so anyway, aku pergi pasar juadah mesti if nampak puding jagung menarik terus beli.
rasanya selang sehari mesti beli.
pastu simpan dalam peti sejuk.
nanti lewatttt malam lapar lets makan.

so kisahnya, hari tu ke pasar juadah ngan laki aku.
aku jenis tak banyak sangat beli.
aku setiap hari ada target.
let say rasa nak makan sekian lauk, so beli tu satu je, air satu, manisan 1-2 n thats it.
laki aku tak, nafsu semua nak, pastu nanti tak makan. rasa nak tumbuk je muka dia.

so hari tu aku teringin nak rasa patin tempoyak.
aku tak pernah makan lauk tu. sebab mama tak pernah buat.
n tak pernah beli pun, mama kata tak reti makan, geli pun ye.
so aku pun tak makan la.
tapi selalu tengok orang share pasal makanan tu.
teringin nak tau sedap nau ke.
so aku beli la hari tu. walawehh. sedapppppp.
ok maybe akak tu buat sedap. so i like.

n teringin nak minum air jagung.
oh suka. sedap. lagi kuning menyala, lagi menyala2 hati nak beli.
time tu berhenti kat gerai kebetulan ada air jagung. tapi warna oren macam warna carrot susu.
pastu laki aku kata haaa tu air jagung. u nak kan?
eiiii kecikkk je mata aku pandang dia.
taknakkkk! i nak air jagung warna kuning la.
tu tak rupa air jagung.

then ke gerai lain dapat. ok happy.
then rasa nak puding jagung.
laki aku nak beli cucur udang tak silap.
tetiba nampak puding jagung dia dah siap susun dalam polisterin.
tak banyak dia jual. ada few agar-agar, puding jagung n cucur udang.
terus tunjuk cakap saya nak ni ye, tunjuk kat puding jagung tu.
pastu sembang ngan laki.
bayar, n sambung jalan.

ok cukup untuk hari itu.
tak sabar nak berbuka ngan 3 ni pun jadi la.
laki aku still nak memacam, biarkan dia.

so balik tu terus aku simpan puding jagung aku dalam fridge.
simpan air dalam freezer sementara nak tunggu berbuka.
then hidang apa yang beli.

ok la selesai berbuka semua Alhamdulillah.
tak lama lepas tu teringat kat puding jagung iolls.
mesti dah sejuk tu.
pastu kannnn. bila bukak rupanya ini!!!



apa ni bagi roti jala!
terkilan ahkak. rasa nak masuk batu belah batu bertangkup tau.
pegang roti jala tu, memang sejuk. hahahhaha.
tapi dah lama tu aku makan gak la. nasib sedap.

then ada la orang komen sana sini.
ke memang aku tunjuk roti jalan.
aku tak reply, tapi rasa macam hellooooo takkan la aku tak kenal roti jalan ngan puding jagung kot.
agak-agak la. herghhh.

so 2 hari berlalu.
esoknya tu aku dapat puding jagung beli kat bazaar tempat lain.
then lusa tu aku ke bazaar memula tu.
tengah jalan, aku tengok la gerai-gerai.
then nampak la gerai yang sama.
ada jual agar-agar few jenis. jalan melintasi agar-agar tu.
elok lepas tu nampak la kuning.
hamagaddddd memang roti jala la!

apesal hari tu aku nampak macam puding jagung?
serious ok. aku siap nampak macam tersusun 5 ketul. siap nampak lembik2 terkeluar2 jagung.
aku yakin. plus if roti jala of coz aku nampak kot kari berikat tu.
uwaaaa. apakah rabun tahap melampau aku nih?

tapi la kan. aku rasa memang puding jagung la.
tapi second time aku tengok ni dia tak jual puding jagung hari tu.
sebab masa aku nampak ni, dia tak jual pun cucur udang dia tu.
takpa, nanti aku akan ke sana lagi.
aku akan peratikan sekali lagi.
kalau sah roti jala, mungkin aku akan terbalikkan meja gerai tu.
kalau memang ada puding jagung, akan ku panjat meja tu sambil tumbuk2 dada cakap, i knewwwww ittttt…im not crayzeyhhhhhh..

eh teringat ada puding jagung dalam fridge.
ok bye aku nak gi berbuka.


8 Comments:

CikFa said... [Reply to Comments]

Kedai yg awk g tu mmg jual roti jala. Kalo agar2 seberang kedai die ade. Mcm2 jenis agar2 and mmg die susun 5 ketul dlm polisterine. Mungkin awk pandang sekali lalu je kot..

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Amboi wishlist.. satu menu satu hari ke..

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Laaaa... roti jala disalahertikan sebagai puding jagung ghupenyee..hehe. Saya tak minat sangat puding jagung, gitu2 je sebenarnya. Tapi bila dah di ceritanye dengan penuh feel, rasa teringin puding jagung la plak kak jah oi! (^,^)

Filla said... [Reply to Comments]

Imaginasi aku tingling peejburhan... Eh be gong iPad ni autocorrect ayatollah aku... Nak cakap ko mcm king kong ngamok atas meja akak tu hahahhaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

drama swasta sangat niiii. hahaha

Emma said... [Reply to Comments]

Alahai nak gelak pun tak sampai hati hehe. Nampak pija ngan ben kat param
hari tu tapi tak sempat nak tegur.

ana isahak said... [Reply to Comments]

kesian peej...agaknya terlampau teringin puding jagung sampai terbayang kan roti jala tu mcm puding jagung kot....eheheheheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

BUAT SENDIRI LA KAK PEEJ. POPO BARU UP RESIPI PUDING JAGUNG. THORBAEKK!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...