Instagram : @peejburhan

ifTHOR katanya.

letih baq ang.
tapi takpa. berkobar ni memikirkan yang today last post.
lepas tu cuti.
cuti post je la. tapi takleh kemana pun sebab berderet orang nak amik cookies.
aku tak sempat pun whatsapp orang.
so yang datang ni semua baca blog kot n nampak update.
so far baru 1/3 amik.
ramai lagi ni. *lap peluh*

raya tahun ni macam tak buat apa la.
i mean dari segi preparation la.
last year ada gak masa dalam 4 hari to myself.
time tu sibuk shopping ke apa.
tahun ni macam tak sempat je.
sebab orang everday ada orang dah set appointment nak amik barang.
ahad mesti dah busy nak menolong masak pulak nanti kan.
kita tangguh ke raya tahun depan je la ye.

banyak kerja ni nak kena hadap.
sebab today last postage. suka korang beli barang last minute kan.
lepas ni nak rehat lama sikit.
tapi tak sure berapa lama sebab aku bukan raya kemana2 pun. haha.
tapi mama suruh aku rehat betul2. tutup kedai seminggu dia kata.
*gulp* tutup kedai? lama tu. nanti ku pikirkan.
best gak tu relax. tapi takut nanti after few days hidup ku terasa sepi dan kosong.
ada yang tetiba bukak kedai awal. huhu.

sebelum nak bertungkus lumus ni lets mengadap blog kejap.
ni kisah last week.
kan ada few days aku tak berbuka kat rumah tu.
ni salah satu.
tetiba MrB kata jom berbuka luar.
haaa? boleh la. lama gak tak keluar.
mengadap kerja je aku ni.

takda kemana pun. pergi festival city je.
dekat mudah cepat.
badan i is tak larat nak meredah tengah2 kota pun.
sampai sana dan-dan la dia buat tanya nak berbuka mana.
amboi drama sangat, padahal aku tau dah dia nak berbuka mana.
mesti sakura kristal punya. lama tak kesana.
sekali memang betul2. konon2 dia kata kita buka kat kedai yang apa tu. apa tu. yang lauk sedap tu.
cehhhh. buat2 lupa.

so ke sana la booking n order. letak deposit.
then teman MrB shopping sikit.
then pergi urut badan kat kerusi tu.
dia la nak. tetiba aku rasa nak try.
aku tak pernah try. sebab aku malu.
sebab selalu nampak orang guna bergegar2 badan. ish.
tp sebab badan aku penat n sakit2 tuhan je la tahu.
ok try la. 3 minit paling seksa aku rasa.
seksa sebab malu. memang bergegar pun. hahha.
dah macam beruk aku angkat2 badan aku.
sebab terbayang orang tengok pastu cakap, "amboi bergegar2 semua lemak ahkak tu."
oh tidakkkk.

then naik atas pergi beli rokok kat 7-e.
then aku perasan berlenggang je laki aku ni.
tanya la mana plastik barang u beli tadi.
berubah muka dia.
berlari dia pergi kat kerusi urut tu balik.
eeeiiii cuai betul.
nasib dia letak tu antara kerusi. so pergi tu ada lagi.
if la dia letak atas kerusi. tak ke lesap tu.

sebelum benda sama berulang.
baiklah letak barang dalam kereta.

ni menu berbuka kami.


nampak tak tamak di situ.
gelas aku tu besar ok. besar macam kalau orang nampak akan dorang cakap, kau ni nak mampos ke apa? haaa gitu.
tapi aku memang penghaus. so suka hati la.
dan-dan la kan. padahal aku order large. tak sangka se large itu.
laki aku pun tamak. order dua air. huhu.
hebak dia boleh minum air macam ni.
aku if minum banana shake, air milo harus terus perut meronta2 nanti.
bahaya air2 ni.


kesian tengok time tu.
penat kerja kot.
dah la sepuluh kali tanya lambat lagi ke buka.
pastu dia kata ngantuk.
mata berlipat2 je tu.
dah rasa macam budak kecik lak.
dah la masa dia shopping tu sepuluh kali tanya aku itu ini.
rasa macam bawak anak shopping la bukan laki.


:: sweet sour fish ::

:: sotong masak nyonya asam ::

:: sambal udang petai nyonya ::

:: selfie separuh sebab comot sepenuhnya ::

lauk atas tu semua pilihan MrB.
aku pilih bawah ni je.
i like.


eh tengok ni tertelan air liur balik.
how.
aaaaa lapar.

eh ok la nak start buat kerja.
tata.

p/s : tajuk mintak lempang. takyah nak iftar sangat. berbuka puasa sudah.

1 Comments:

permatabiru said... [Reply to Comments]

hehe..buat i terliur juga..gluuppp

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...