Instagram : @peejburhan

gian katanya

siapa baca blog ni dah lama tau la selera laki aku macam mana.
dia kan keturunan minang.
so kalau korang biasa makan kedai minang/padang ni tau la makanan dia macam mana.
mesti goreng2 cili, rendang n few lagi la.
mostly kering2 la.
aku suka je. tapi dulu if makan mesti kena ada kuah.
if kering aje tak reti aku la.
tapi dah kawin ni lama2 aku dah biasa pulak aku makan macam tu.

so anyway, kegemaran laki aku adalah goreng cili n rendang ye.
kalau pergi rumah mak aku, ajak makan memanjang taknak. kenyang la apa.
dia ni segan tak abis rasa nak tumbuk je. tolong lah.
tapi kalau mak aku kata mama masak rendang hari ni.
tak pun buat ikan bilis kentang ke, apa bersambal la.
amboi tetiba pulak dia nak makan.
aik, kenyang menipu namanya ni.

parents aku pun dah biasa.
kalau bulan puasa andai berbuka sana mesti lauk yang dia beli sepesen je. huhu.
ni lauk yang kami beli untuk berbuka rumah mama.


see. rendang sampai 2. pilihan dia la tu.
n yang petai goreng tu dia pilih.
sambal tumis udang pun dia punya pilihan.
siput sedut i pilih sebab buat ratah. aku siput sedut ratah je. tak reti makan ngan nasi.
asam rebus batang keladi lak sebab aku sukaaa. olskool. teringat arwah maktok. :)

tahun ni baru sekali je dapat berbuka rumah mama. sobs.
sebab aku busy sangat la ini tahun.
siang dah tentu busy. malam pun.
so hari tu dah puasa dekat 2 minggu baru dapat berbuka sana.
tu pun bagi tau mama, dia kata dia tak sempat pergi market.
takda apa nak masak.
aku kata takyah. biar aku beli je semua.
taknak susahkan.

 :: fav mama jugak ni. tu beli tu ::



kuih muih.
laki aku la tu beli roti jala tu. tetiba oren.
tak suka. roti jala kena warna kuning laaaa.
nway, tetiba teringat.
tadi petang aku jalan pergi pasar juadah tu kan.
hellloooooo. aku tengok gerai yang aku tersilap puding jagung n roti jala tu kan.
memang puding jagung la!!!!! ada puding jagung. memang aku bukan gila atau tak siuman ok.
orang tu la bengong pergi bagi aku roti jala. *pandang penggerai..sambil kecikkan mata*

nway, nak cerita lain sebenarnya.
nampak tak pic tadi tu ada lauk rendang tu kan?
well fav laki aku adalah rendang limpa.
kau percaya tak aku kata sepanjang ramadhan ni hari-hari dia beli rendang tu ok!
ye hari-hari.
rendang limpa n rendang daging.
memang makcik tu punya sedap melampau la.
tapi hari-hari kot.
hanya tak beli if kita orang berbuka luar or makcik tu tak meniaga.

sampai dorang dah kenal la muka kita orang.
daripada jauh dah sengih2 tau.
siap if beli now dorang bagi lebih.
laki aku ni kalau suka memang tak segan.
siap cakap, "saya tak boleh. sedap sangat. tak dapat sehari tak keruan. rasa gian."
tersipu-sipu malu makcik tu. hahahhahaha.
laki sapa la ni.
masalahnya aku tengok memang gian semacam je.

so hari tu ke rumah mama aku beli la jugak.
mama pun suka. dia kata sedap betul.
so aku tanya la nak ke order untuk raya.
aku nak order untuk mertua aku.
mama kata nak.
ok senang aku order untuk dedua. takyah susah2 buat rendang. gituh.

so semalam aku call la pakcik.
pakcik ni suami makcik tu. jumpa masa awal ramadhan je. pastu tak nampak pulak dah.
tapi pakcik tu bila aku call dia tau ok siapa T____T
oh tau yang selalu suami isteri datang beli rm10 limpa, rm10 daging tu ye.
hahahah gila tak coverline.
so order la itu ini. best siap boleh deliver lagi.
aku cakap la nak bagi deposit sikit.
pastu pakcik kata nanti pergi gerai pass kat makcik.
sebab hari ni (semalam) tak meniaga.
so settle urusan aku bagi tau la laki aku.

yang laki aku ajak pergi petang tu.
aku bagi tau la yang pakcik tak meniaga hari tu.
dia punya kelam kabut tu. eeeiii buruk perangai.
ada ke dia suruh aku call pakcik tu kata ada tak rendang kat rumah.
dia sanggup pergi rumah beli.
eh gila ke apa.
aku kata dah dia tak meniaga. motip dia nak buat rendang.
"mesti ada punya. lebih semalam tu ke. rendang kalau semalam punya lagi sedap tau."
T______T

kosser aku nak layan.
dia kelam kabut macam tu sebab dah 4 hari gak dia tak dapat rendang.
sebab kami asyik berbuka luar.
then sabtu tu ingat nak ke pasar juadah la.
dia nak rendang dia.
nak keluar awal panas terik je rasa.
aku kata lewat sikit la.
sambil baring2. amik kau laki bini tertidur sampai azan maghrib. hahah.
so berbuka air sejuk n muffin elly bagi. selamat muffin ada tau. sedap lak tu. haha.
lepas tu baru merempit ke kedai mamak makan.

then tadi lak daripada siang dia dah call kata petang kata pergi beli rendang ke moling.
teruk tahap gian laki aku ni.
aku kata ok.
tapi tau la sebulan ni kan aku busy. badan memang sakit2 la.
so tadi lepas settle kerja rasa tak sihat je. sakit badan.
dia balik kul 6ish pm macam tu terus ajak pergi.
aku kata aku tak larat. aku ada beli nasi ayam tu. berbuka tu je ok?
dia kata ok. tapi macam kecewa je muka.
tetiba dia kata meh dia urutkan badan.
wah bagus. so lega la lepas tu sebab lama dia urut. kemain over siap pakai balm semua.
satu badan. terasa pergi massage. huhu.
bagus dia ni. rajin. aku kalau kena massage mesti tak suka. lenguh la tangan. huhu. keji.

terus badan rasa segar n takda rasa sakit2 dah.
tanya if dia nak pergi beli rendang.
dia kata takyah la.
aku kata pergi la. aku tunggu rumah.
dah la cerita sedih kata kena together forever.
aku tak sihat then takyah. esok ada kata dia.
tapi sian lak.
so mari la pergi.
pukul 6.50 baru gerak.

memang gerai tu dia tuju pun.
nasib pergi kau.
sebab makcik tu kata hari ni last dia meniaga.
lepas ni takda dah sebab nak cuti start buat kuih raya lak.
anak n cucu ramai dia kata. :)
aku ok je. tapi kekecewaan n ketidak puasan hati laki aku tu lawak je.
tak abis2 dia kata tak patut makcik tu nak tutup awal. T____T
eh suka hati makcik tu la.
plus kan dah order untuk raya. sabar ye.
pastu dia boleh bagi suggestion tak boleh blah, " haaa makcik ni tak jual, u buat la rendang hari2. boleh?"
*krikk krikkk krikkk* no comment.

p/s : melampau tahap gian seseorang tu. ada tak rehab untuk orang yang addicted rendang?


9 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahahaha....terbaikkk sgt la hari2 rendang tu.siap smpi kenal tu.kalau aku time bazaar ramadhan pertama mesti cari siput sedut.tpi tahun ni x berapa nak sedut sgt.selera kat putu mayang la pulokkk

~deem~

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hahahaha, serius minang nih.. minang totok dah gini klu gian merendang sangat over... sweet jer uols berdua ni kan

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha tang yg kecikkan mata tu boleh terbayang macam mana ko kecikkan mata kat org jual roti jala tu.. :'D and mmg kelakar cerita pasal mr.B gilakan rendang. siap pakcik makcik jual rendang boleh kenal lolx! beli rendang paket Brahim's je la untuk cover hari2 mendatang tanpa rendang sedap makcik kat bazar :P

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

x boring plak dia makan rendang ari2 ye..
tapi rendang limpa memang sedap kan
haihhh... pepagi da telan ailiyo ni

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, citer ko buat aku sengih dlm meeting y boring ni...haha

Ai Izzati said... [Reply to Comments]

petai gporeng ngan ikan bilis tu pun aku suke peej ooii....mkn dgn nasi gite xde kuah pun aku bleh bertambah2.
Tolak tepi berat naik smua, jnji petai dpt masuk mulut. Makanan minang/padang mmg sedap. Lauk dorg esklusif sgt hehe. Time aku study dlu, aku belajo buat smbal tumis minang. mcm smbal belacan tu. Goreng bwg dgn minyak, lps tu tumbuk dgn ikan bilis ltk cili padi. Perghhhhhh terangkat weh!!!! Btw, ko sengaja ke apa ni tunjuk kuih bako tu bln2 pose ni??? leleh liur dah. Caittt

linda said... [Reply to Comments]

adoii tiba2 nak mkn rendang plak bila bc entry nih huhu

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Amik je makcik tu jadi mak angkat...adoi...cute je la laki kamu ni..tapi xpe peej..untung peej dah cukup baik suami rajin nak urutkan satu badan...bukan senang tau.. :) padan la dgn peej yg paham dia..

Anonymous said... [Reply to Comments]

I orang minang and I understand your husband's tastebud. kita suka sangat2 rendand and sambal berlado.. selaluuuuuuu sangat pun takpa. sedapppp!!! :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...