#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

demam kura-kura

ok aku pun tak tau apa tu demam kura-kura.
tapi cerita p.ramlee selalu sebut. huhu.
nway, aku kan demam since last friday.
until today tak ok. tsk.

last sunday tu still tak sihat aku pergi klinik.
ye suka tangguh2 kan. i is busy ok. haha.
tapi tak sihat, kerja banyak, tak larat. so kena pergi klinik.
dah la mahal. saje tukar klinik since jumpa klinik nearer to my place.
tapi mahal pulak. selalu amik ubat pun dalam RM40+ je.
hari tu kena RM60+. dia kata antibiotic bagus.
tipuuuu. sebab sampai today aku tak baik pun. bagus la sangat antibiotic kau tu.
dah la masa dia check bp aku tu tinggi bak ang. eeeiii takut.
padan muka pompuan tak sedar diri bedal lamb. ok enough.
no more lamb. but lamb why u so niceee??? tsk.

nway busynya aku 2-3 hari ni.
Alhamdulillah order masuk banyakkkk sangat sampai tak menang tangan la.
hari isnin tu bayangkan aku dok reply whatsapp daripada kul 12pm sampai kul 2pm tak settle2.
rasa dah reply banyak. tapi keep on masuk whatsapp.
syukur Alhamdulillah rezeki orang demam. huhu.

since start buat kerja lambat.
aku start packing barang pun lambat.
tu pun aku sempat balut half je.
balut parcel orang yang last order malam sunday.
mana yang bayar even before 12pm monday tu aku tak sempat buat pun.
dengan demam, dengan kejar masa dia.


end up aku tak sempat ke post office tempat biasa pergi.
sebab tempat biasa aku pergi tutup awal, pukul 4pm dah tutup.
reason kenapa aku kadang tak dapat nak post barang korang same day. sebab by 2pm selalu dah kena keluar post barang.
so aku kena pergi ke PPL batu caves. situ bukak sampai 4pm.
sampai sana punya la ramai manusia. nasib MrB teman time tu.
so dia la beratur n buat semua. aku duduk kat kerusi.
sebab i is demam. ngan rasa nak pitam sebab puasa kan.
panas sangat. sebab orang beratur sampai luar. pintu terbukak.
aircond dah tak rasa. macam mandi la peluh.

then balik tu rushing sebab ada assignment kena hantar.
buat cepat2 then berbuka.
settle berbuka ingat nak tidur la kejap.
hilangkan letih. tapi dapat lena kejap je sebab hp bunyi mama facetime. huhu.
ye la lama tak jumpa. nak pergi umah sana pun takda masa.
oh satu lagi isnin tu busy sebab kan aku tutup order cookies.
hoi ramai order. daripada 60 orang. hari last tu now total 90 orang order.
itu pun masih ada yang nak order. sorry dah tutup. i is tak sanggup.
if aku buat tu je takpa. aku kan ada business barang ni lagi.
semua buat sorang. kang tak terurus susah.

then around 10ish tu aku tengok stock ibu putih aku macam tak cukup je ni.
padahal baru ahad malam tu supplier aku hantar barang restock.
habis ye! habis! so sian nak suruh dia hantar lagi.
so aku, MrB n kawan pergi la rumah kawan aku restock lagi 20.
ni pun tinggal sikit je ni. korang ni pakai ke makan ni? heheheh.
lepas tu kita orang sahur awal la kat area rumah dia.

balik tu sampai around 2ish am macam tu.
terus aku flat gila. sebab demam aku lagi teruk.
panas gila badan n sakit semua la.
aku ni dah la kuat merengek. risau laki aku agaknya.
n ingat tak hari tu aku berjalan kaki 2km tu?
well well well. lepas few days amik kau kejang gila kaki.
sakit sampai jalan kengkang ok.
aku macam eh apesal sakit semacam kaki2 ni. sebab aku buat kerja dok bangun duduk banyak kali ke.
then teringat. cissss mesti sebab menapak hari tu.

so semalam laki aku amik balm n urut kaki aku semua.
urut badan n bahu semua. wah serious rasa macam berurut kat kedai thai la. best gila.
terus lena aku dibuatnya. dapat tidur takda terjaga ke apa.

awal jugak la bangun.
so settlekan menjawab segala whatsapp, sms n email customer.
around 11am aku keluar rumah. aku pergi amik parcel aku kat PPL batu caves.
barang sampai aku tak sedar la tu.
then ke office ephyra sebab restock barang jugak.
sampai rumah around 1pm macam tu la jugak.

then memulakan operasi isi borang.
if hari isnin almost 2 hours dok membalas whatsapp order kan.
semalam almost 2 hours menulis borang poslaju je.
serious banyak gila ok. aku pun tak sangka banyak macam tu.
lepas tu kelam kabut balut parcel.
dengan harapan sempat la ke poslaju tempat biasa.
tapi tak sempat. by the time settle buat kerja pukul 3.45pm gitu.
sebab banyak sangat order semalam.


gigih sangat siapkan sorang kan.
kalau aku kayaaaa….dah lama aku hire sorang assistant. serious.
tapi aku ni minah cerewet. pengsan assistant aku nanti. haha.
sebab tolong la aku sendiri if kata la bila nak lekat pocket untuk borang tu senget ke, terkedut ke…terus hati aku pun remuk n kedut2 jugak rasa. hahaha. yes im saiko like that.

then terpaksa ke PPL batu caves lagi.
tapi since today gerak awal sikit daripada sebelum ni.
so orang tak ramai sangat. yeay. elok pulak sampai parking bebetul kat depan.
Alhamdulillah di permudahkan untuk orang demam :)
beli sekali sampul prepaid. dapat beli 50 je.
sebab tak sempat keluarkan duit. taknak singgah memana nanti kang nak pos ramai orang. huhu.

gila berapa kali ulang alik ke batu caves semalam.
balik relax kejap.
tunggu waktu berbuka.
as usual lepas settle berbuka. sedar2 aku dah nak terlena.
sebab biasa la malam je rasa seram sejuk balik.
sempat lena kejap sebelum mama facetime lagi.
tapi since tak sihat. taknak layan mama lama2. haha sian mama.
tapi serious tak larat. maybe jugak sebab makan ubat so mata berat sangat.
since badan panas laki den letak cool fever n tampal koyok banyak2 kat belakang badan.
aku rasa banyak sebab abis sekotak dia kerjakan.
aku pun tak tengok.
tapi dapat rasakan banyak dia tu macam kita orang tampal koyok kat badan arwah maktok dulu.
eh tetiba teringat maktok. al-fatihah. i miss her.

dapat tidur tadi few hours then terjaga around 11ish.
noy datang ngan kawan dia ustazah.
dorang nak amik tabita la apa. kawan2 dia nak beli so pesan sana sini.
so yeah. until now.
baru ada masa siapkan kerja2 rumah, kerja tertangguh n sedikit masa untuk update ni.

baru lepas buat sahur.
sian laki aku berapa hari ni sahur sendiri.
samaada keluar lepak n sahur awal, or makan lauk lebihan berbuka.
so hari ni mari sahur menu dia request.
ala simple je pun. so zas zas siap.
buat sambal sardin, telur dadar bawang lebih (permintaan dia ni. aku suka telur kosong), n goreng kentang. ingat nak letak dalam sambal sardin. tapi banyak sangat kentang kang tenggelam sardin iolls.

eh ok la. dah 4.30am.
nak kejut MrB bangun sahur.
selamat bersahur semua.
harapnya demam aku ni ok la.
sudah tak larat lagi.




5 Comments:

Lavender violet said... [Reply to Comments]

slm,
kak peej kalau demam still tak kebah2 or badan sakit2 terutama sendi..
better g hosp amek darah..
sbb sy dulu mcm tu gak sampai pergi 3 klinik tak baik2 rupanya denggi.
akak minum air banyak2 air masak n 100 plus okeh..
take care :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hai Peej...tu namanya demam dugaan semasa berpuasa. time sahur dan berbuka nanti try minum air masak / air kosong banyak2. kurangkan makan yg pedas2 dulu. kalau larat masak lah sup ayam campur halia, dan lagi satu bagus juga kamu bnyk bergerak. biar kuar peluh banyak2...cepat kebah demam tu. semoga cepat sembuh...

Kniedaz said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh sis...sambal sardin...favourite!

PetakBunga said... [Reply to Comments]

musim kot skrg ni ...
ni pun batuk dah 2 minggu kejap okey, kejap x okey.

ana isahak said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...