Instagram : @peejburhan

berlapang dada.

wah tajuk mesti nak poyo-poyo je. hahaha.
gila hectic hari-hari ku.
macam entry semalam aku cerita.
busy weyh. tak cukup rehat la.
amik kau selama ni rehat je kan.
bila takda masa baru tau rasa macam mana.
siap mintak maaf kat orang la tak dapat nak reply whatsapp laju2 or join gossip ke apa.
dah rupa orang anti social lak.
join satu ayat pastu aku menyepi.

semalam rushing. siapkan assignment cepat-cepat.
terus balut barang cepat2.
pastu terus pecut pergi post.
tahap rushing tu sampai dalam rumah pun berlari ok.
sebab bulan puasa post office tutup cepat gila!
sebab tu kalau korang buat payment lewat aku takleh nak post.
usually if hari biasa if sempat kadang orang buat payment kul 4ish pun aku post on the same day.
now tak boleh ye. sebab by 12 aku dah tutup order n pack barang.
barang lak banyak.
by 2ish aku dah kena pergi post.
if pergi kul 3 keatas memang tak sempat since semua orang pun berpusu post kan.
semua pun parcel banyak gila. memang tak sempat.
so harap faham.

tadi elok sempat je aku sampai 3.30pm.
depan aku 5 orang je tapi parcel sampai 40 kot. menangis tunggu.
elok turn aku lagi 3 minit nak kul 4. phewww nasib sempat.
settle je post terus ke JJ.
kan aku hari tu takda barang dapur.
so 2-3 hari ni berbuka lauk beli je.
tapi tu la kadang tak masuk tekak. sayang duit pun ye.
tengok lak elly n filla kemain up pic masakan.
tertelan2 air liur aku. takleh jadi ni.
nak masak gakkkk.

semalam sahur aku tambah lauk.
ah tambah telur mata je pun. buat masak cili tomato tu.
eh apa nama? tak tau.
aku memang tak pernah buat benda tu. sebab tau la aku ni tekak tak suka benda manis.
tapi laki aku asyik la mintak.
so semalam layankan la.
amboi dia punya suka tu. sepuluh kali dok kata mecel (special) mecel.
ye sampai berdarah telinga la dia dok puji.
dia kata lauk macam tu buat 10 bijik telur pun dia boleh abiskan.
pelik2 je.

tetiba rasa semangat tu datang.
so tadi pergi JJ beli barang dapur.
wah teruja lak tengok peti ais penuh.
harapnya rajin sepanjang minggu.
wahahahaha.

then balik rumah sampai around 6pm terus gigih weyh buat nasi lemak.
cea cea.
tengok elly buat nasi lemak n sambal sotong.
eh sedapnya. takleh tahan. so gigih buat tadi.
yang laki aku terjenguk ke dapur kata, yang buat la telur macam sahur tu lagi.
kosser nak layan. orang buat nasi lemak ni tau.

elok siap masak kul 7pm.
ala tapi tak lengkap pun. nasi lemak bujang katanya.
aku buat nasi lemak, sambal sotong, telur rebus n ikan bilis goreng je.
jadi la.

tapi serious bangga kembang2 hidung sebab dah lama kak jah tak berapa nak rajin. hihi.
pastu bertambah gembira bila laki ala2 teruja n gembira.
kata aku buat surprise buat nasi lemak. hahhaa.
tah bila surprise tah. tak pun memang dia rasa surprise tahap kerajinan bini dia.
cuma tu la tensi masak.
sebab aku nak guna sinki buat basuh itu ini.
laki aku sibuk siram pokok basuh lantai apa kat depan.
cisss. kecik jadi air paip aku. gerammm je.
bertambah lambat kerja aku.

plannya malam aku nak pergi amik stock tabita.
tapi supplier aku kata since aku takda post barang esok.
dia kata boleh tak dia hantar kat aku weekend.
dia letih la kot. so aku ok aje.
aku ni memang macam ni. aku bukan jenis pushy ke apa.
if takda aku jenis relax. sebab kau push pun benda dah memang macam tu.
aku jenis pikir rezeki, takpa la barang takda. maybe rezeki orang lain.
nanti ada la rezeki aku.
dia pun n laki dia kata tengok aku relax je. sebab aku jenis macam tu.
yang agent lain memang akan call berkali la tanya. gitu.
cuma if la ketara penindasan berlaku ke, ketidak adilan secara terang-terangan ke, then aku akan bersuara la. takda la aku dok diam je.
tu pun aku just inform n cakap cara elok.
i is not like kekerasan ok. suci sangat kan *betulkan selendang* hihi

so since takda apa benda nak buat.
aku rasa macam, eh apa aku nak buat ni?
kalau tak few days ni masa pun takda.
nak tidur pun tak cukup.
terus termenung. hmmmm.
ok online la kejap. berapa hari ni tak dapat online properly.
tapi kejap je. then mata malapppp je. so tertidur.
huhu. dapat iolls tidur ngan aman.
tapi few hours je.
around 10 ikut laki lepak. lepak pun dah lama tak join.
so ok la lapangkan sikit otak. :) sembang2 gelak2.

sementara nak tunggu pick up noy, online tu nampak ada few pic tak blog pun lagi.
so mari share.
oh noy few days ni tidur rumah aku. saje je.
tu yang aku rajin aku hantar la n amik dia.
sebab bagus gak aku leh pakai kereta. :)

amacam, panjang tak pembukaan aku? hahaha baru nak masuk main cerita.
since ni semua pics lama. rasanya dah 3 weeks kot. haha.
aku pun dah lupa ok.
so mari la kita longgokan je semua.




ni time filla ada datang lepak.
dia kata nak pergi threading.
ok gak tu. aku pun kening dah boleh tahan amazon. misai pun dah macam datuk K.
so mari. dia nak ajak ke bangsar.
aku malas sebab mesti jam n parking susah.
jom ke publika je.
suka filla sebab dia kata lawa orang tu buat. haaa aku pun suka.
lepas buat tu kita orang makan kat ben's.
gambar kami takda. gambar makanan je.
kata aku kan blogger tak tegar. konon nak rajin.
tapi rajin separuh jalan aje uolls.

ni lak time jonet tidur rumah aku.
jonet now dah sambung belajar kat HUKM.
nak jadi surgeon pulak. kagum betul aku ngan dia ni.
so ada time dia on call. bila macam tu, dia datang la lepak rumah aku.
so bila dia ada, ajak la noy join.
ada je la nanti aktiviti tetiba.


tapi sedih gak la.
lepak ngan dorang ni rasa macam tak lepak gak la.
sian kan aku. sorang2 je layan perasaan.
tengok la perangai 2-2 orang ni.

then tetiba dia ajak karaoke.
malas pergi jauh. mari pergi dekat area rumah.
so ke golden mic kot nama dia. hahah kat sri rampai.
gila dodgy tempat dia. tapi kagum 2 jam rm30++ je macam tu. woi murah.
lagu ok laaaa. tapi lawak la. adele dia tulis adeke.
pastu tajuk lagu chasing pavements dia tulis chasing payments. hahahha.

tu takpa. tu takpa. dah la remote seksa nak tekan.
lagu pun payah nak carik tak tersusun.
elok dah pilih lagu boleh tak tetiba electric trip. woiii takut.
dah la yang datang semua ala2 remps je. takuttt.
tak lama la dalam few second la.
pastu kan. dia nak reboot system amik kau 20 minit. hahaha.
pastu dia kata ok boleh pilih lagu.
aaaaaa kena carik balik. tak suka.
tapi setakat nak lepas gian, nak murah n dekat ngan rumah boleh la pergi.
tapi if best tu tetap la redbox kan. :)



bawah ni hari lain pulak.
pergi ke wangsa walk.
sebab birthday P.G aku nak hadiahkan dia spec.
dia tu gila, power tinggi, spec patah tak buat balik.
dah la now dia kan selalu bawak mama ke sana sini, drive kereta.
risau aku. so hadiahkan la.
sekali noy kata jom kongsi. wah bagus tu. save duit ahkak. huhuhu.
so tu pergi tu.

ok la dapat.
elok lak sejam je siap.
sementara lets makan.
aku lak sehari sebelum tu dok sembang ngan noy kot pasal bubur.
lama tak pergi kg baru la. nak buburrrrrr lauk2 best.
sekali lepak georgetown coffee tu ada lak bubur.
order la. jadi la buat lepas gian kan.



noy order ni.
oit sedapppp gila.
if lepak situ sila try ok. roti tu bakar letak garlic bread.
pastu ngan telur tu. sumpah rebut2 ngan noy nak makan.
ye aku pentamak. dah makan bubur, makanan orang pun aku curik.
so jangan terkejut la badan i macam ni. *eh ada ke orang terkejut?* :P




serious elok sangat muka noy ni pakai ibu putih ni kan.
ni takda edit yea. straight from camera.
cuma tak clear sebab pakai front camera kot.
dia now pakai tabita n ibu putih tu.
tabita pakai tak pakai la. sebab dia pun boleh tahan pemalas.
tapi ibu putih dia rajin.
now dia lak sibuk pengaruh aku suruh aku pakai kata bagus. sebab aku tak pernah try kan.
aku confuse dia yang jual ke aku yang jual ni?
tapi serious ok, sebab kawan kerja dia pun ramai gila dah beli.
muka aku lak lagi kusam dpd dia.
ye sebab saya malas tuannnn.


kusamnya daku.
spec P.G baru tu lawa.
tapi aku lupa lak nak snap. nanti2 la. huhu.
oh btw, korang dah try tak McD habanero tu?
sedap kannn? pedas. i like.
tu yang masa memula try i is gigih snap.
konon nak upload kat ig. lupa.
so masuk sini je la.



sapa tak tahan pedas jangan order. menangis nanti.
bawah ni pulak masa lepak cafe lapis.
saje je konon nak bercoffee n berdesset memalam.
poyo sangat.




mmm dap. dap. dap.
yang ni pulak rasanya a week before puasa kot.
melayan tekak.
aku n noy je.
tapi gila tamak order macam kan makan ramai.
tapi habis woooo.
see the body ok.


makan kat kerisik. sedappp la.
siakap 3 rasa, tomyam putih campur, telur dadar, kailan ikan masin.
ish tengok balik pic ni macam best je.
ni yang rasa nak pergi ni.

ok berbuka ni nak masak apa eh?
aku plan nak buat kurma ayam, ikan tenggiri masin, telur sambal ke.
wah macam rajin.
ok kita lihat nanti macam mana. hua hua.



6 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

panjang komen aku tdi tapi x berjaya publish....omaigad!! takpela..just say hai pada Peej. saya baru start baca blog ni sebulan lebih. seronok n best.tapi x tau kenapa saya baca laju2 smpi semput.and selalu terliur bab2 makan. tapi saya suka baca expose mistik :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

selamat berpuasa, peej! nanti masak jangan lupa snap gambar! hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, letakla gambar nasi lemak ke ape2 yg masak berbuka tu. mcm kak filla goreng sayur pun letak tu. therapy tau tgk gamba masakan org, terus sendiri rasa motivated nak masak utk hubby. hehehe

TunSha Ayunie said... [Reply to Comments]

HABANERO !!! aku makan dah jadi addict... hari2 mau.... tapi dia sampai habis worldcup je... limited edition....

Anonymous said... [Reply to Comments]

Telur bistik nama dia

Min said... [Reply to Comments]

Hi peej! I dulu selalu pergi Kerisik tapi skrg I lagi suka Pha Pha Garden kat Melawati (sebelah Sakura Kristal). For me lagi sedappppp! Murah pulak tu. Dekat dengan rumah u kan, boleh lah try nanti. Saja nak share kedai sedap area sini, kita kan kaki makan ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...