Instagram : @peejburhan

amboi eksyen nampak.

punyalah aku ngantuk dan penat ni.
tadi dapat la lena dalam 1/2 jam, masih rasa nak tidur.
tapi takleh since malam ni 10 orang set appointment nak amik cookies.
so untuk hilangkan ngantuk lets update blog.

last saturday aku pergi tengok perabot.
aku jenis suka perabot kayu.
tapi tak suka jenis antik melaka tu. yang berukir2.
aku suka jenis jenis simple n straight2 design.
kedai yang aku beli meja tv n coffee table aku dah tak tau pindah mana.
sobs. aku suka kedai dia sbb lawa gila tapi harga berpatutan.

then tengok filla punya rumah kan perabot kayu gak.
i is love.
tanya filla mana beli, fila kata sekian kedai n murahhhhh.
wah suka sangat ni.
so masa filla pergi baru2 ni gigih dia snap pic dok bagi kat whatsapp.

ikut plan aku memang tahun ni takda nak membeli sangat.
aku yang rasa nak tukar umah ni pun meja makan je.
tapi meja makan kau tau la harga macam mana. ahkak takda budget ke arah tu ye.
so aku pass pulak pic tu ke mama.
dah dia berkenan nak satu chest drawer tu.
n kawan aku pun kata nak tengok perabot.
aku kata jom. aku tak tau jalan. dia tau mari pergi bersama.

lepas settle belikan mama chest drawer tu.
ingat nak sambung jalan.
tapi aku ada appointment lain pukul 3pm.
so takleh la.
sekali nak balik ke rumah dia.
nampak macy kat ala aku tak tau mana tu. serdang kot.
nak tengokkkk.
aku suka gila macy. follow dekat fb dia.
meleleh2 je air liur tengok.
meja makan dia lawaaa.
aaaaa semua la lawa. tapi harga tau la.

tapi seperti budget aku la.
masa aku bagi tau filla n elly dorang kata mahalnya meja makan.
memang mahal la!
sebab aku nak kayu.
selalu meja je mau rm4k. kerusi seketul rm500 gitu.
tak nangis kau.
ok maybe untuk korang tak mahal kot. bagi aku ni dah mahal pitam gak la tu.
so masa yang berkenan kat macy tu memang macam tu harga.
lawanyaaaaaaaaaaa. suka.
tapi tak mampu. mampus ada.
sebab tu aku tak suka window shopping ok. aku jenis ada budget. lets tengok. pastu beli.
haaa gitu. sebab if window shopping nanti teringat2 n meratapi nasib diri. hahahha. saiko gila.
dah la lepas tu aku cerita kat mama, mama siap sound, "macy tu bukan standard kita. tu untuk orang kaya."
baiklah. *nangis tepi sudut*

then plan aku nak ke ssf.
aku suka bunga ssf sebab lawa. tapi a bit pricey.
takpa janji lawa menepati citarasa.
bunga aku dah tamat riwayat di kerjakan kucing.
siap pakej pasu sekali pecah. aku takda rumah.
balik dah jahanam :(
then filla ada kongsi pic carpet. macam lawaaa je. nak!
tapi tu la tak sempat.

then kawan aku ajak pergi khamis. which is today la.
aku kata yang aku busy sebab orang nak amik cookies ramai kan.
then aku kena amik noy kat klia.
dia kata khamis siang lock la. jangan bg orang dtg.
so kita ke nilai. then kau boleh terus amik noy.
takyah ssf nanti rushing. nilai lawa2 n murah.
ssf mahal katanya
aaaaa tak suka nilai.
the last time aku pergi rasa macam tak lawa je.

aku ni dah la fussy tak tentu arah kadang2.
kang tak kena mata aku sikit pun aku ala2 tak gemar.
dia kemain yakinkan sana lawa n murah.
ok la. lagi pun sekali jalan kan.
nilai pun nilai la.

kena bangun awal tadi.
sebab nak singgah rumah mama jap hantar cookies.
then kul 10 gerak ke rumah kawan aku.
then bergerak 2 kereta. :)
sampai nilai terus terjah bunga.
wah amazing, dah ada improvement.

ada berkenan satu ni.
tapi harga rm500+
macam over je kan.
plus macam besar pulak. umah aku ni dah la kocik ajo.
so mari pusing lagi.
ok ada berkenan.
cuma nak tukar color bunga n tambah sebatang lagi je.



so sementara tunggu dia gubah.
which is sangatttt la laju kerja dia.
aku pusing2 lagi.
ingat nak belikan mama jugak la satu.
sebab aku ikut perangai mama.
nak raya mesti atleast ada 1-2 benda baru.
baru la rasa raya sikit. kalau tak mesti rasa tak raya je. huhu.
so snap pic bagi dia.
tanya lawa tak?



sekali dia jawab, "biasa biasa je"
amboi eksyen nampak.
kau tengok la tu. eksyen kemain.
aku rasa lawa. sebab pasu dia macam lawa. macam batu sungai. huhu.

so aku kata la aku ingat nak belikan dia.
mana tau ada berkenan.
tapi dia balas gini.




eksyen kan? mak sapaaaa la tu.
mentang-mentang dia pandai gubah sendiri. taknak yang dah siap ok.
kemain details arahan.
pastu tetiba ada bunga kantan? whattt? macam mana lak tu?
ooo macam tu. hahah. aku tau bunga kantan buat masak tu je. kuncup.
mana nak tau if kembang gitu rupa dia. kahkahkah.
kemain dia siap google gambar bagi. pastu cakap, "get it". amboiiii.

pusing2 carik tengok takda puin.
tanya orang tu pun dia kata takda. ok fine.
pastu mama nak orchid putih.
like i said. im fussy.
kalau kenis bunga ala2 kertas riben ke apa tu aku tak suka.
aku mesti nak pegang2. feel ala2 ssf baru nak ;p

ada few. tapi semua dah habis. 
amboi rombongan mana la dok borong semua bunga ni kan.
semua habis je.
ada yang dah siap la. tu sebab tau ada yang lawa.
tapi nak beli loose takda.

cakap kat mama takda.
color lain ada.


tapi mak aku ni mata tajam.
bagi pic macam atas ni pun dia nampak ok.
dia kata yang macam warna kuning air tu apa?
pergi tengok. orchid. off white gitu la.
tapi jenis batang n takda juntai.
mama kata mmg nak yang takda juntai.
ok lets beli.



then settle beli.
terus ke kedai carpet pulak.
sekali elok nak gerak tu noy dah call.
whattt??
cepatnya. dia kata dia akan keluar kul 2.15.
time tu baru pukul 1.15 macam tu.
n baru ku sedar rupanya we spent sejam lebih kat kedai bunga. cissss.
takleh jadi.
kena beli carpet. kang mission tak berjaya.
dah la aku takkan ada time nak keluar lagi lepas ni.

so terus pecut.
aku ada masa 15 minit je untuk pilih carpet.
syabas.
apa lagi pilih cepat2. kasi tawar.
wow murah berganda2. i likeeee.
tapi kena amik kat store pulak carpet color yang aku nak tu. dayummm.
takleh ni. aku kena gerak.
sebelum noy bising.

so aku suruh kawan aku settlekan.
malam kang aku gi amik la ni.
hantar sekali cookies dia order.
ahkak lupa nak bawak tadi. huhu.

pecut amik noy.
then ke rumah mama.
sembang apa patut.
sambil try baju noy belikan.
yeay ada gak baju raya.
aku tak sempat nak beli pun.
eh silap. bukan noy belikan. tapi ku kirim.
glamourous lah ahkak raya ni
melampau glamour sampai aku rasa tak sesuai pulak.
aku bukan beraya sakan or kemana sangat.

tapi tu la.
ni dah kul 10.30pm.
kemain ramai nak amik.
tapi baru sorang amik cookies. T____T



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...