#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

2 hari 1 malam di Jekarda

baru berkesempatan nak update entry ni kan.
ampun maaf di pinta.
i is very the busy.
dengan kesihatan yang tak mengizinkan ini.
ada masa sikit, i akan amik kesempatan untuk lena di ulit intan.
so memandangkan ni free sikit lets update entry tertangguh ni.

macam aku cerita sebelum ni.
plan adalan sangat mengejut je.
tujuan kawan aku azlin ajak pergi Jakarta sebab dia kata Ibu Desi nak jumpa agent-agent bawah azlin ni.
oh btw bagi yang tak tau, Ibu Desi ni owner sebenar Tabita.
Ibu Desi ni bukan senang-senang nak jumpa orang yea.
dia dah banyak kali terkena, orang jumpa dia bergambar sakan, tapi sebenarnya produk campur, ada produk ori n tipu pun dia jual.
so dia memang agent Malaysia ni few je dia jumpa.
yang mana agent besar la. ada la terselit agent sendu macam aku.
tapi tu pun sebab dorang pandai sandiwara curi2 join event dia. gituh la.

so azlin kata tetiba ibu desi kata bawak agent.
so dia kata aku kena pergi.
aku ikutkan, tau la aku. rasa macam alaaa malas. aku dah la takda passport. passport dah mati.
kira tak cukup 6 bulan la. kan tak boleh if macam tu.
ngan aku busy urus order hujung bulan kan.
azlin kata pergi jugak. kau kena pergi. bukan senang.
ok fineeeeee!

so aku uruskan benda semua. dapatkan passport.
malam carik flight.
terasa diri jetsetter sangat.
amboi macam best2 je perangai esok nak travel malam baru carik flight.
azlin kata agent lain pergi balik hari. pergi pagi. then malam balik.
whatttt? memang tak la. baik aku takyah pergi macam tu. penat la.
azlin kata dia tidur semalam. ok tak kira. aku ikut kau. lantak.
atleast semalam la tidur. penat aku nak rushing2 macam tu.
aku seorang yang tenang ye. benda rush2 ni ahkak tak suka.

dah memula aku dah give up.
2 kali try beli ticket tak berjaya.
elok total rm600+ tetiba dah isi segala card infor dia boleh kata, sorry if nak proceed harga tiket adalah rm1200. if taknak then boleh cancel. kong ajo gila.
ada tu dah elok dapat tetiba time nak bayar tetiba error.
kul 9pm azlin call dah beli ke? aku kata takkk. malass. payah benar.
bebel2 dia kata jangan malasssss. cepat cari.
tetiba aku try lepas tu ok.
pergi dapat satu flight ngan azlin. balik aku lewat dalam 40 minutes la dgn flight dia.

flight pagi. dalam kul 10ish macam tu.
plan kata nak pergi sama la.
azlin kata dia akan gerak kul 8pm dpd rumah dia. ok.
aku punya la kata lepas subuh aku nak amik teksi pergi rumah dia.
so maybe sampai kul 6.30am. hahaha.
bengang je dia. dia kata awal sangat tu. gerak kul 6.30 pun ok la. 6.45am ke.
aku tak nak takut jam.
dia kata ok.
so bertenang la aku.
dengan last minute packing apa semua. aku tidur sejam je.
then bangun, siap n subuh.
kul 6.30 aku try myteksi. aaaa tak dapat ok.
takda teksi nak layan ahkak. fine fine fine.
aku try sampai 20 minit takda. so mintak kawan MrB hantarkan. hahah.
sebab malam sebelum tu dia dah kata, if nak dia hantar boleh sebab dia pergi kerja lalu je area tu.
tapi aku ni perangai tak suka susahkan orang. kata takyah. aku panggil teksi.
lepas tu padan muka malu. kul 6.50am laki aku call dia mintak tumpangkan aku. hi hi hi.
maluuuuuu.

elok sampai rumah azlin just nice la dekat kul 8am.
duduk minum sat then gerak.
elok la sampai just nice sebab dah web check in pun so takda rush.
sempat sarapan jap.


muka kembang semangkuk yang ceria walaupun tidur hanya sejam sahaja.
then naik flight layan movie.
tapi tak sempat abis tengok pun.
ahkak pasrah.



azlin laki bini dah selalu ke sana.
so dah hebat selok belok ni.
touch down je laju-laju je dia.
pergi top up sim no sana dia.
then tukar duit semua.
aku ikut je la.



blur tapi sempat nak selfie.
aku punya la pusing2 carik angle nak selfie.
tetap makcik tu mengikut, tetap nak selit masuk dalam gambar kitew kan.
herghhh.

then keluar terus smoke kejap.
sementara azlin dok mencari agent2 yang lain.
dorang naik flight lain.
sampai awal sejam tak silap daripada kita orang.
dah pesan datang ke terminal sekian n tunggu tempat sekian.
pusing2 tak jumpa2. lama gak la dekat sejam.
rupanya dorang pergi terminal lain. huhu.
aku duduk je dalam kereta menunggu.


selfie lagi.
tah apa motip tah.
sebab mamai kot tak cukup tidur.
rasa nak tidur je dalam kereta tu tapi takut kang terdengkur macam mana?
malu la iolls kan. so bertabahlah.


perjalanan amik masa lama jugak la.
sebab boleh tahan jam macam harem.
diorang galak bersembang aku layan sikit2 je.
sebab i is pening2 lalat mengantuk ya.

event tu kat kedai makan Ibu Desi.
kat shopping complex.
makanan sunda. ohoiii sedap.
tak ingat lak nama mall tu.
tapi mall kelas2 la. lawa sangat mall dia aku suka.
sebab setiap restaurant or kedai dia akan ikut konsep.
indon kan banyak bangsa. so nanti if kedai bangsa ni hiasan dia tradisional style tu.
lupa aku nak snap la.
nanti kedai jepun, macam perumahan jepun aku tengok. if chinese restaurant nanti tetiba macam kau kat chinatown gitu. kedai baju pun sama. ada la style masing2. so pretty.

kenal2 kejap. then mula la suai kenal.
tujuan ibu desi buat perjumpaan untuk agent2 dia kat indonesia je.
n agent malaysia yang besar je la.
tapi tetiba last minute dia kata bawak gak agent2 lain.
tu yang pergi tu.



ni ibu tine perkenalkan diri n baca aturcara hari tu.
sambil sorang2 kena kenalkan diri.
ok layannn.
tapi tak layan sangat sebab mata memerhati makanan.
wah enak2 semua tapi aku terlalu ngantuk n pening.
tak lalu nak makan masa sampai2 tu.


sampai je dia bagi kuih ni.
tengok je tak sentuh.
nak dekat balik baru aku rasa yang atas tu.
sedappp. rasa macam pulut panggang terengganu jonet pernah bawak.
dalam tu isi ikan. siap amik pinggan orang lain punya i makan ok. hihi. so nice.



now u tell me macam mana nak concentrate dengar apa dia cakap if mata asyik terjeling2 makanan je.
mesti time tu orang kat situ jeling aku pulak.
orang sibuk amik ambik pic Ibu Desi n Pak Toni. aku sibuk amik pic makanan.
hahaha classic peej.

ok fine sebelum kena jelingan maut meh amik pic orang utama yang membuatkan aku ke Jakarta tempoh hari.





Ibu Desi n Pak Toni.
suka aku ngan both of them ni.
sebab sangat humble n nice.
saling membantu antara satu sama lain.
pastu dengar pak toni cakap pun tenang je, mesti ada hubung kait ngan agama.
aku suka konsep dia, lebih kurang macam aku. *nakkkk jugak kau ni pija!* hahah.
tak sebab pak toni kata jangan tamak, rejeki ni Allah sudah tentukan, masing-masing ada rejeki masing-masing. gituh. i like.
Ibu Desi pun seorang yang sweet.

macam-macam topik la keluar.
susah senang dorang bersama Tabita selama 13 tahun ni.
macam-macam tomahan, orang buat fake n sebagainya.
and ada la few topik, tapi sorry tak boleh cerita sini.
so hanya agent je la tau semua.
sambil tu dia suruh register segala details la as one of agent dia.

tapi yang pasti. masa sampai kena isi guest book tu.
sambil kau isi sambil ada budak kat situ cecepat tulis nama n jadikan tag.
so hi, my name is PEET.


hahaha kelakar lak aku rasa.
dengan aku kepala weng je time tu.
bila agent2 indonesia kenalkan diri, aku pun kenalkan diri aku, "Hi i'm Peet."
hahahahahhahaa.
elok sembang apa semua. mostly dorang ni jenis sweet n peramah.
yang kelakar time balik siap dorang cakap, "ok bye peet, nice to meet u peet."
aku pun bye-byeeee…


pun dia hidang depan mata.
cicah kicap pedas. ohoii. tapi mampu makan sikit je.
amazing sangat tak makan banyak hari tu. haha.
weng punya pasal.
gila kau time tu dah kul 4 ptg macam tu.
dengan tidur sejam je malam sebelum tu.


aku memang la tak kuasa nak semangat amik pic bebanyak.
padahal malam sebelum tu siap charge battery camera.
sekali malas bawak. pakai phone je sudah.
masalahnya phone pun malas nak snap. hahaha.

dah ala2 semua benda dah abis cerita.
baru la aku order.
aku order gurame bakar.


so niceeeee.
kicap cili tu pitam makan weyh.
aku mampu makan 3 cebis je cili tu.
aku tak sure tu cili padi namanya, atau cili membunuh namanya.

:: e eh selfie lagi. kau dah kenapa Peet ?  ::



:: ni pic bersama rakan agent yang sama jual tabita under kawan aku azlin tu. wani & zue ::


ini dibiarkan bergelimpangan sebelah aku. 
nangis kan?
ok tipu, korang la nangis. aku tak nangis. sebab aku bukan hantu handbag. hahah.

then session amik pic reramai kat depan.
tapi as usual aku malas keluar phone. harap phone orang je.
rasa amik banyak tp ni je ada. fine.
takpa. terlalu mamai untuk ingat.
tapi bila dapat pic sedih lak.
sebab macam tak sharp je camera samsung. kof kof saje kutuk kamera boss aku. hahahah.
lawa lagi pic ipong. dinda menyesal.
tapi walau tak clear. ini je ada.
so hadap la ye.

:: me with Ibu Desi Damayanti ::

:: bersama geng agent malaysia under azlin bersama ibu tini. ibu tini ni orang kanan ibu desi. gituh. from left: zue, me, ibu tini, wani n azlin.::

:: us with ibu desi n ibu tini ::

lepas settle amik pic ni bebudak malaysia semua balik.
termasuk few la agent2 daripada group lain
kita orang stay la kan.
dorang ada perbincangan lagi.
aku? aku termenung melayan perasaan sambil ngadap2 kuih depan muka.
aku sembang ngan laki azlin je.

tapi kejap2 nanti ibu desi ngan few dok pandang aku kata capek banget sudah mukanya.
ok aku tak tau betul ke tak ayat tu.
tapi dia kata muka aku kepenatan sangat.
hah teruk nau ke?
try selfie.
ni hasil aku buat.
agaknya memang betul la tu. dah sememeh dan weng sangat.


ingat lepas tu boleh la balik.
eh ada program lain.
ibu tini, ibu rahmah n few bawak kami makan seafood.
mau makan kepiting. eh tu ke nama.
kepiting tu ketam ye. 
ok aje. jom.
walaupun dah pening2 lalat.


aku tak amik nasi. tak lalu dah.
so aku meratah makanan je.
ada banyak tapi aku snap few je.
ada kerang bakar, kepiting masak kuah padang, ikan gurame goreng..kot, kangkung belacan, sotong tepung, tah apa lagi la.
aku bukan penggemar ketam ye.
sebab tu orang upload pic ketam eksyen2 pun aku tak heran.
sebab aku tak suka. rasanya last makan ketam mau 10 tahun sudah.
aku adalah pemalas nak mengetam. leceh la.
tapi kannn ketam masak kuah padang ni sedapppp gila weyh.
sedap sampai tahap aku rasa nak google resepi.
tapi nak buat kupang masak kuah padang ke.
fuiyoohhhh.



serious ini adalah super sedap.
siap aku cedok2 kuah dia tu pakai cengkerang tu.
i like.


ada baskin kat situ.
boleh tahan suara.
tapi tak sesuai nak lepak sebab kau nak sembang bingit.
aku ada amik video. tapi macam malas nak upload. boleh? jaahahah.







:: Hi my name is Felix, n i'm from Jekarda ::



omell angat ni.
apesal tah mengadap je aku.
aku ada aura mak kucing ke?
sian tengok. time tu semua dah abis makan.
tengok ikan tu banyak lagi isi tak habis. rasanya sebelah badan tak abis.
so bagi kucing ni. amboi suka sangat dia tu.

ok tetiba rajinkan diri upload video kat keek.
so here it is.




then settle makan patut dorang nak kemana tah.
tapi tukar plan kata terus ke rumah Ibu Desi.
so atleast dorang ada perbincangan ke apa boleh je la.
janji aku boleh rehat n tidur ke apa.
gituh.
oh lupa bagi tau, Ibu Desi jemput tidur rumah dia.
so ke rumah dia la.
dengar kata dia ada banyak rumah. so yang kita orang ni pergi salah satu rumah dia la.
dia suruh tidur situ.
rumah yang dia tinggal sekarang tu tengah proses cat dia kata.
tak sesuai la nak terima tetamu. so duduk la rumah dia yang lain.
macam tu la.

so bergerak la ke sana.
katanya tempat tak jauh tapi tau la jalan sana tu. kul 11malam pun jam macam gila.
enak je aku duduk belakang tengok sana sini.
oh bergerak tu naik kereta ibu tini.


pastu on the way tu nampak rumah lawa2.
lawa tak masuk akal. stock mtv cribs sangat.
so tanya la ni kat mana.
dorang kata ni pondok indah. sini banyak celebrity duduk. oooooo.
pondok eh nama kau. tapi silap2 pondok guard dia je besar rumah kita. gila.

yang pasti tau2 lepas tu aku tertidur. hahaha. ngantuk. memang tak sedar.
sedar2 nak sampai rumah ibu desi tu.
pastu sampai terkagum2 sebab lawanya umah dia ni.
padahal antara rumah yang tak duduk pun.
maybe agaknya sekali sekala je pergi. ada majlis ke, ada tetamu ke bagi duduk sini.

dah la sampai tu ada dua dah maid lelaki tunggu.
siap tolong angkat bag semua.
tak reti aku. aku ni kan independant woman.
ni semua orang buatkan. pelik je rasa.
tu takpa tu takpa. pastu kan total aku kira maid yang ada je, ada dekat 6 orang.
bestnyew. makin gemuk la kak jah kalau maid ramai gitu. haha.
ye la ramai sangat ada yang stock makan pun aku mintak suapkan.
suapkan plisss, i malas nak angkat tangan. panggggggg sedas. hahah.


ada kolam ikan di dalam rumah. kolam ikan besar dpd bilik master ku. uhuk uhuk.
time ni suami azlin bagi aku guna wifi dia.
eh tak tau la nak sebut apa.
baru la aku check hp.
layan sembang ngan elly n filla. hahha.
dorang sesuka hati suruh aku snap2 pic.
oi segan. n takut. kang kena tembak kang how?

:: amik pic sendiri mengubat rindu dorang dah la kan. amboi dia punya drama tu. macam lama tak berhubung. padalah pergi semalam je punnn. hahaha ::

:: berseri sangat muka padahal kerja hari sebelum tu 18 jam, then tido sejam then berjaga lagi 18 jam. kelas sangat ::

tak lama tu dorang bagi bilik.
siap dah kemas n pasangkan aircond. oh indah.
terus mandi.
ingat nak la lepak ngan dorang.
sebab lepas mandi tengok dah ramai sangat datang.
agent2 indonesia lain la.
seronok ni sembang, bukan senang jumpa.
tapi aku tau aku memang weng je kepala.
pastu mostly aku kurang paham dorang sembang apa.
dorang pun aku yakin tak berapa paham aku cakap apa.
so baiklah aku tidur.


plus tengok la betapa empuk tilam tu.
baik la aku tidur. memanggil-manggil sangat.



esok tu pepagi bangun.
ibu desi relax je dpd dining hall jerit, "morningggg".
eeei dah la tumpang rumah orang. bangun sesuka hati.
rupanya sepupu dia tengah tunggu kita orang nak hantar ke airport.
flight pagi jugak.
breakfast n dorang sembang apa tah. aku duduk je la.
then gerak.

nak gerak tu nampak lori comel ni.


ok bukan lori pun. tu motor. so cool eyh. hahah.
oh aku suka gila kereta ibu desi. kereta idaman yang takkan dapat sampai bebila.
rasa nak snap pic tapi takut orang tak suka ke apa nanti.
baik jangan. huhu. aku berat mulut kan.
padahal aku yakin if tanya mesti dia ok.
sebab dia jenis sweet je.
siap pesan jangan serik. nanti datang la lagi.


nway, jalan kat sana ni menakutkan.
jam satu hal la.
tapi jalan kecik n orang macam tak ikut peraturan je.
relax je lampu merah pun dorang nak jalan.
pastu bersimpang siur semua.
pastu tetiba motor brake, kau terlanggar, takda dia mengamuk, dia macam angkat tangan suruh kereta tu lalu la ke tepi sikit. macam tu je ok?
aku rasa if aku duduk sana memang tak berani la aku bawak kereta.
rasanya aku stop tengah jalan menangis je la.

then ke airport.
beli ole2 sikit untuk mama n mak.
then breakfast kat oldtown.
tak lama pun lepas tu azlin n laki dia gerak.
aku smoke sebatang lagi.
then gerak.
elok dah boleh masuk pun.
tak terasa sangat la.



ni ole-ole daripada ibu desi.
sweet gila. hahah dia baru balik bali.
so dia kata ni ole2 bali. ada monopod. tapi dorang tak sebut monopod.
lupa aku apa nama dia. tapi kita orang la kata monopod ke?
dia kata iyaaaa, nanti kalau ke malaysia kita bisa selfie.
comel je.
tapi semua ni aku bagi mama sebab tau if kat rumah aku tak makan nanti.
n monopod tu aku bagi noy, sebab aku tau nanti aku tak guna.
aku takda la vain tahap begitu kan. :)

so itulah kisah kak jah selama 2 hari 1 malam di Jekarda.
gedik kan Jekarda. tampar kang.
hahha saje je, sebab kawan2 aku pedd, fa, adik dia famil suka nau Jekarda, Jekarda. memang rasa nak lempang je.
tapi bila aku ke sana, aku lak kena penyakit gedik nak sebut macam tu. ;p

so lepas ni belilah dengan yakin ngan iolls.
hanya yang original.
macam-macam kisah dah keluar pasal itu dan ini.
tapi masa akan menentukan. :)




5 Comments:

from the lappy of a tectonic person said... [Reply to Comments]

bestnye g backpack cmtu kan.. sumenye last minit, tp bile dah pegi n balik rasa cm berbaloi sgt..hehe be spontaneous!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Morning peej. now sdh ada confident utk try tabita tu...tapi tunggu bajet i mantop dulu bru beli dgn kamu :)

~deem~

Anonymous said... [Reply to Comments]

Monopod = Tongkat Narsistik = TongSis

Betul tak?

lola said... [Reply to Comments]

Tongsis.

Pening kepala coz kat sana depa habaq tatau sapa owner Tabita? Tingin nak pakai and jadi jelita mcm peej ;)

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeeej. smlm kita nampak peej kat pasar ramadhan danau kota/ibu kota. heheheeh.. tanjat makcik tgh dok rambang mata tgk mekanan, nampak peach jalan ngan muka penat, mr b follow belakang. nak tegur, tergamam. kiki~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...