Instagram : @peejburhan

zoo sangat

hari tu sibuk amik pic penyu je kan.
kali ni amik ic sekor lagi.
sekor ni bagi dia nama M aje. haha sebab tak tau nak bagi nama apa.
why M? sebab kat dahi dia ada huruf M ketara sangat.




time ni boleh la buli2 lagi, amik pic bagai.
now dah debab n keras kemain badan.
dah pandai melenting2.
memanjat sana sini.
sian je penyu tengok je.
nak join tak boleh. aku tak rasa tangan penyu tu kuat.
so dia bab panjat tak boleh.


:: si penyu special cat ::




tapi manja sangat dua-dua ni.
favourite nanti tidur mesti nak selit2.
gelisah aku nak tidur.
bukan apa takut nanti kang jadi kucing penyet.
mesti akan terjaga tidur penyu samada kat leher aku or kat belakang pinggang.
yang M ada kat bawah pelipat kaki.
sejuk la tu sebab aircond. huhu.


penyu dah kenal nama dia.
balik je nanti panggil nyuuu. penyuuuu.
terjenguk je.
pastu terkedek2 ngan tangan penyu dia tu datang ke kita.
nak duduk rapat2. anje angat ni.
tapi paling dorang suka noy la.
termasuk la milli.
paling kelakar time noy solat semua la dok mengadap dia ok.
dah macam dewa kucing pulak noy tu. hahahah.
pantang noy bergerak semua mengekor je dia.
aku takda la kena kacau macam tu sekali.


tak tahan sangat time ni.
eeiii comel.
cepat-cepat capai handphone snap.
tetiba type ni terpikir.
canggih zaman sekarang kan. nak amik pic pakai hp je.
lawa, filter, upload sana sini.
bayangkan if zaman dulu. let say digital camera.
jadi kerja nak kena pergi cari, capai, keluarkan daripada casing.
by then apa pun tak sempat.
tu takpa lagi. kalau zaman camera filem dulu?
memang takda la kau saje-saje nak amik pic kucing sangat.
ada la tapi 2-3 je.
lepas tu tunggu la kau sampai filem abis. baru boleh cuci.
sekali cuci dapat pic lawa takpa. tetiba buruk? hahah nasiblah.

teringat dulu. aku suka amik pic orang tidur.
PG la selalu mangsa. nanti cuci pic terselit. bengang gila dia.
ada sekali tu. dia kenakan balik.
aku tengok tv. aku suka meniarap dulu.
amik bantal besar then meniarap.
pastu kaki elok lunjur satu, satu lagi aku macam naikkan.
eh macam mana nak terangkan eh? akrobatik sangat.
but anyway, tengah syok tengok tv. nampak flash.
pastu PG gelak2. rupanya dia amik pic bontot aku time tu.
kurang ajar gila ok. pastu bayangkan pergi hantar cuci. eiii
memang horror. kejiii.
nasib la zaman tu dah berlalu. fuhhh.

e eh. tetiba off topik.
kak jah selalu macam tu kan. ;p


:: tengok la perangai tu. tak tahan sangat. kita orang tengah tengok youtube twerk la apa. dia tengah main sempat stop n join tengok. ::





aku memang nak give away nanti.
tapi tu la. selama ni if bagi kucing, aku mmg biarkan dorang membesar dalam cage.
tak amik tau sangat. besar nanti n elok je tanya siapa nak.
tapi ni elok jaga n duduk sama, manja2. jadi tak sanggup pulak.
tapi takleh la. banyak nau dah kucing umah kak jah ni.
dah rupa zoo sangat.
dah la selama ni even kucing banyak.
tapi kucing aku semua anti social. semua suka nyorok2.
if ada pun depan mata sekor dua je.
tapi since ada dua kecik ni. dah la semua pun nak ramai2.
nak pitam aku tengok. tak sanggup.

ni pun tengah plan nak beli cage besar.
tapi tu la mahall hoiiii.
dah la if nak beli kena ada 2.
sebab tak semua sesama dorang ngam kan.
atleast ada cage. certain time boleh la letak cage je.
duit. duit. dimana kau duit?



8 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

comellll..geram gle...

oreo said... [Reply to Comments]

Kak peej kalau nak letgo penyu tu nak.. tengah plan nak bela kucing n duduk apartment tgkat 3 xde grill.. kalau kucing yg x memanjat senang sikit.hehe

oreo said... [Reply to Comments]

Kak peej kalau nak letgo penyu tu nak.. tengah plan nak bela kucing n duduk apartment tgkat 3 xde grill.. kalau kucing yg x memanjat senang sikit.hehe

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

aaaaa... comeiiiii!!! please dont give them away... hehe mcm saya plk nk jg. tp iskh, sygnyeee...tgk gmbr pun dh rasa sayang, tuan dia mesti lg melting kan?huhu

WaN HaQQ said... [Reply to Comments]

Leh tgk kat FB page Kucing4Sale biasanya murah.. leh kawtim..

A.I said... [Reply to Comments]

omey angat2 ni...! aku kt umah tu payah nk bela meow. takut lompat ke bawah mcm meow mak aku. huii..tobat aku tengok mak aku dah mcm putus nyawa rindu & rasa bersalah kt meow tu. makanya, aku skang ni masih teruskan membela kekura yg dah aku anggap mcm anak2 bongsu aku sendiri. tp letaknye dlm jamban. ngeeeeeeeee ^___^

mamabeauty said... [Reply to Comments]

how you toilet train them?? anak2 suka kucing but part toilet train tu memangla..

Aty_Fared said... [Reply to Comments]

alahaiiii...tengok anak kucen teringin nak bela kucen balik... geram... kucen penghibur hati....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...