Instagram : @peejburhan

robek hati ku

few days ni macam tak sanggup je nak ber-facebook.
especially bila keluar kisah remaja OKU tu.
aaaaa sedih sangat.

aku pun tak tau nak komen apa.
memang rasa nak hentam mak dia tu cukup-cukup.
tapi macam mak dia kata orang tak tau macam mana kesempitan hidup dia.
ok fine la. ada betul.
sebab kita takleh cakap, kita tak tau kan sebab kita takda dalam situasi tu.

tapi. cara tu cara.
selagi kau boleh pakai elok, anak sorang lagi pun sama.
sihat je badan macam cukup makan.
maknanya kau boleh bagi yang sama kat anak yang OKU tu kan.

aku tak rasa anak dia yang OKU tu mintak apa pun.
setakat kau sediakan dia baju say 4 helai. seluar pendek 4 helai pun cukup.
ganti la pusing-pusing yang sama je pun.

n rumah dia elok ok. tapi bilik yang dia letak anak dia tu macam tu?
aaaaaaa. kucing-kucing aku pun rasanya hidup lagi selesa la daripada tu.
n boleh dia kata dia dah letak makanan.
for all u know budak tu tak reti pun makan sendiri.
suapkan la. :(
kau ada masa beli makanan n letak makanan tu. takkan takda masa nak suap.

aku ni bukan bela manusia yang bernama anak, aku bela kucing je.
pun aku tak sampai hati macam-macam ok.
nak bercuti memana pun pikir banyak kali nanti kucing aku macam mana?
let say takda sapa jaga aku letak makanan banyak2.
bila balik aku tengok makanan licin terus rasa bersalah sangat n terpikir eh daripada bila la dorang punya makanan habis ni?
n litter box tu pun. bila penuh n rasa malas je nak bersihkan.
nanti terpikir, cuba kalau aku kena berak kat toilet tapi toilet tak bersih.
hahah ye aku saiko suka bandingkan ngan orang. tapi ye la kan.

nanti asyik la aku tanya noy.
kau rasa kucing2 aku happy tak?
noy kata happy la, ada tempat berlindung ada makan apa semua.
sebab selalu terasa mana tau dorang tak happy kekurangan kasih sayang ke apa.
ye aku bahasa kan kucing-kucing aku orang, bukan ekor. hua hua. im saiko like that.

but kisahnya. kenapa ada orang tergamak buat macam tu?
anak sendiri kot.
takda ke rasa sedih tengok keadaan anak dia.
daripada budak tu elok comel je, sampai jadi macam rangka. tsk.
apa la perasaan budak tu kan.

ish sebak-sebak.
sebak sambil type sambil tengok kucing-kucing.
ok takda kena mengena tapi sedih la.

ni tadi ternampak orang share pic terbaru adik tu kat hospital.
berisi balik muka takda cengkung dah.

speechless.
tak tau nak cakap apa lagi.
sebab tak dapat nak selam hati orang.
tak tau besar mana ujian yang Allah bagi kat seseorang tu.
benda-benda macam ni kadang buat kita bersyukur.
kita rasa macam-macam masalah kita ni ada.
tapi masalah orang kita tak tau kan.

walau apa pun, harap kebajikan budak tu terjaga.
tak kisah la bawah JKM ke, mak dia sendiri ke, or sesiapa saje.
sebab sedih jugak if mak dia kata biar JKM amik je ke apa.
kalau dapat bantuan, sila la jaga sendiri.
sian la budak tu. sebab macam tengok video tu, dia dok panggil2 mak dia kan.
mesti dia ada perasaan sedih tetiba tak jumpa mak dia lama ke apa.

oh life.




9 Comments:

Mama Eqalicha said... [Reply to Comments]

Haiwan pun syg anak....... *sigh*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Memang sedih peej tengok budak tu.

Cuba bersangka baik dengan mak budak tu, tapi tetap tak boleh lagi-lagi bila tengok gambo FB mak dia kan main bling bling semua.

Tak kisah lah hidup susah macam mana pun, ko busy cari duit pun, anak tu kasi la dok tempat bersih sikit. Ni macam tak berjenguk langsung.

-dakpink.blogspot.com-

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Susah ngan terbiar lain. Anak dia tu dh terbiar. Yang lg org marah kantoi gambar selfie tudung lip lap lip lap tu...


nie eim said... [Reply to Comments]

Aku tak dapat terima alasan mak dia.
Seriously tak dapat.
Baju sampai reput...
Allahuakbar :(

TunSha Ayunie said... [Reply to Comments]

definitely true sis,
aku pun sentap dada bila kes melibatkan OKU ni...
tapi bersyukur sangat akhirnya nasib anak dia terbela under JKM...

kucing pun kita sayang bagai nak gila, inikan anak sendiri... oku pun oku lah... dah Tuhan kasi amanah, ambil je laa... macam nak bunuh anak dalam diam pulak...

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

sangat sangat sangat tak paham mak dia
how could she?
eeiiii... kurung dia sekali dalam 48jam,
tengok merana tak tak dapat makan,
buang air semua dalam tu.
mcm takleh imagine mcm mana bdk tu
endure kesengsaraan duk dalam bilik tu,
lapar, gatal, busuk, kepam, huwaaaa...!
heartless!!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam kak peej...
first time komen ni
mmg sebak tgk keadaan bdk tu. sy tak sanggup tgk video dia pun. takut terlebih sumpah seranah. huhu.
btw, kak peej, org yg syg kucing ni mmg dah anggap kucing tu mcm org jugak. biasa je panggil diorang ni org ke budak ke. hehehe. kadang2 siap borak2, marah2 macam marah anak. hehehe.

sya mokthar said... [Reply to Comments]

salam kak peej.
saya pun sebak nengok..
sampai tak leh tido..
dok terpikir nasib budak tu..
kejam sangat..
part selfie ngan tudung liplap yang tak menahan..
rase nak tampo..
ok bye...

Anonymous said... [Reply to Comments]

masih lagi sedih hingga kini setiap kali terbaca, terlihat, teringat adik firdaus tu. sampai penat nak sedeh.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...