Instagram : @peejburhan

ramadhan pertama

hola people.
macam mana ramadhan pertama? ok ke?
me? as usual aku ok je.
ok bab minum n makan. tak terasa sangat la.
sebab aku memang dah biasa makan lewat kan. so ok je.
tapi seperti biasa rasa nak amukan n bad mood sebab tak boleh hisap rokok. hahaha.
tu je pun.

dah la kemain dah keluarkan ayam untuk sahur.
takda makna sebab terlajak tidur.
elok terjaga tengah azan subuh. nice bebeh.
tapi aku ok je la. sebab malam sebelum tu aku keluar supper.
so rasanya ok aje ni.
cuma kesian kat laki aku la, dia kan jenis nasi punya orang.
tak makan nasi sekali je tapi macamkan tak makan sebulan gitu.
tapi tengok ok pulak dia tadi.

plan ramadhan kali ni taknak ke bazaar ramadhan.
sebab pembaziran tahap tertinggi every year kan.
esp laki aku jenis gelabah lebih if puasa.
nafsu mengalahkan budak kecik, semua dia nak nanti.
so aku kata taknak pergi. aku nak masak.
if let say pergi pun kita bawak sorang sepuluh ringgit je.
so sila beli within rm10 je. pandai2 la.
haha tak cuba lagi pun. mampu ke?
tapi rasanya if macam tu mesti akan beli ikut apa yang betul2 nak n takda terbazir ke apa nanti kan.

so anyway since nak masak konon.
n dapur aku memang banyak dah abis.
nak ke beli la kan barang basah.
semalam gila kau jam sana sini.
pergi JJ. kat parking pun jam ok.
so memang tak la aku nak beli.
decide takpa kita ke pasar tani pagi.
rigghttttt morning person nya aku ni kan nak pasar tani bagai.
pasar tani dah bungkus pun belum tentu aku bangun. hahha.

so anyway, selesai kan kerja apa patut.
n berazam taknak ke pasar ramadhan. ok nak taknak kena beli benda nak masak ni.
so nak ke JJ la.
around 3pm time tu tak silap.
laki aku nak ikut. haaa suka hati la.
aku sebenarnya tak suka dia ikut.
sebab satu dia ni kalau puasa nanti bad mood macam hapa.
satu lagi aku pun sama. if lapar/tak dapat rokok semua benda bikin aku annoyed.
nanti laki aku banyak cakap pun aku annoyed. eeeiii rimassssss.
tapi nasib tadi ok.
tapi ada time memang aku diammm je, sebab i is rimas.

sebab dah la ramai manusia.
cisss aku ingat dorang dah shopping semalam.
motip nak shopping sama hari ngan aku?
ngan cina, india apa pun semua penuh.
ye la hujung bulan n orang dapat gaji.
dorang pun nak restock barang rumah kot. hmphhhh.

yang pasti aku pergi sana satu apa tak dapat beli.
ikan tinggal 3-4 ekor, udang tinggal seketul, daging tinggal daging pejal me not loike, ayam semua habis..tinggal ayam fillet je. aku amik tu je buat nasi goreng ke apa nanti.
ye semua habissss!!!!!!
sayur pun banyak takda. tinggal semua sayur yang aku dah ada. tsk.
kicap kipas udang pun lemak manis pun takda.
telur asin pun takda.
semua takda la yang aku nak.
apa la nasibbbbbbbbb….

so tadi just beli barang kering la macam tisu, ridsect, bawang, cili kering, cili sos.
sedih bebenor.
basically macam by esok aku dah takda apa nak masak pun. hahaha nice.
tengok la, rajin esok aku check out giant kot2 ada apa2.

oh kan aku taknak pergi pasar ramadhan kan.
sempat weyh masa kat JJ tu laki aku tetiba stop beli cake la, beli rendang la -___-
ini nak bawak pergi pasar ramadhan? memang tak la derrr.
pastu balik tu lalu kedai burger pun dia dok kata, lama tak makan burger.
tetiba sangat. teruk bebenor. semua dia nak.
nasib dapat bini garang semua tak bagi beli. hahaha.

balik aku just buat ikan bilis kentang.
dah takda apa kan.
n memang semalam tu aku tanya laki aku dia nak apa berbuka?
dia nak tu. so layangkan.
aku buat banyak sambal tadi. rasanya 2-3 kali masak lagi boleh.
bagus. senang. kata laki aku ni kalau boleh nak sambal hari2.
senang sambal dah ada. nanti goreng telur mata campak sambal, ikan goreng ke, ayam goreng ke, semua jadi berlada sebab sambal dah ada. mih mih mih.

so berbuka tadi gila takda apa.
nasi makan ngan rendang daging, ikan bilis kentang sambal n telur dadar je.
pastu sendiri emo. sebab rasa tak meriah. if rumah my mommy mesti meriah sangat.
ok fine. maybe lepas ni pergi bazaar untuk beli kuih 2-3 jenis ke, air meriah sikit ke.
tapi tu la. if pergi aku suka datuk keramat or keramat au2 punya. situ punya selalu mostly sedap n dah kenal muka2 orang yang meniaga tu.
aku benci nanti beli, tapi bila makan tah apa rasa. kekecewaan sangat.

tapi sebelum berbuka je sedih.
dah berbuka tu Alhamdulillah kenyang gak walau simple kan.
then takda kemana pun malam semalam.
sebab 3-4 orang COD barang. so kena melekat je la kat rumah kan.
sambil tu aku dah tulis semua borang poslaju for tomorrow.
sebab musim dapat gaji ni kau tangguh kerja rasakan menangis la.
sebab mesti banyak masuk nanti.
sambil buat kerja sambil tengok cerita Karak.
saje nak tengok sebab dah lupa kan.
yang laki aku suruh tukar cerita.
aku kata biarlah aku nak tengok.
dia tengah main game kat hp tapi menyibuk dengki dah kenapa.

tetiba sakit perut lak aku.
so pergi toilet jap.
keluar part yang perempuan pakai kebaya tu kan.
sebab aku dengar la perempuan tu dok kata, "incikkkkk…nampak anak saya incikkkk??"
tetiba keluar suara orang gelak2. komedi ke apa.
aku dah macam, eh iklan ke? gila potong.
aku keluar tengok laki aku tengah ngadap tv.
tanya la u tukar channel ke? dia kata a ah, ite tu takut.
cehhh. hampeh gila.
lawak lak aku rasa. sebab dia ni badan besar mana or gangster la macam mana pun.
tapi cerita hantu tetap takut daripada dulu sampai la ke sekarang.
takleh harap betul.

settle orang amik barang, aku start pack barang untuk post.
lega dah siap.
masuk bilik santai nak tidur.
tetiba teringat aku basih baju tadi.
so ada satu load baju nak kena jemur jap lagi.
oh life.



5 Comments:

permatabiru said... [Reply to Comments]

wahh busynya hidup walaupun weekend kan..

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

sama la, kite pon malas nak ke bazar, sbb bazar tuh transit cepat kaya bagi peniaga segera. masak bilis goreng kicap pon jadi, berpinggan pinggan boleh licin

kUyacUmi said... [Reply to Comments]

Nampak kak Peej semalam ngn Mr B tu kt JJ wangsa maju....muka dia macam ketat je kat kaunter bayar...apa yang dia x puasa hati xtau la...sabarlah....bulan puasa..hahaha...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

asalnya harini malas nk ke bazar, sbb tau dh jam gle kt putrajaya ni. Bazar ada seketul je, kt situlah org tumpu, kt situlah setengah jam pusing cari parking je. Siap ada org meninggal kt bazar td sbb nk lompat longkang xlepas, terantuk pulak ke tebing. sy nmpk td dh siap tutup satu badan dgn paramedik apa semua ada.
so asalnya xnk ke bazar tp terpaksa pergi jgk sbb bahan dlm fridge xde. plus kalau mkn nasi time berbuka, mlm tu lapar balik. so kena ada substitute mknn utk lps isyak. Hahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

basih pun comel je peej. hehee..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...