Instagram : @peejburhan

Projek Iqra' : Shopping Raya 2014


ingat tak last year aku ada cerita pasal projek iqra' n program shopping raya tu. CLICK HERE
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
ni antara video shopping raya 2013.




seronok kan tengok happy je.
so program untuk shopping raya 2014 pun dah bermula.
kat sini nak panggil readers aku untuk sama-sama bantu mana kita mampu.
kalau tak mampu nak taja, maybe boleh jadi sukarelawan.
if dua-dua tu pun tak mampu, cukup sekarang spreadkan pasal program ni.
maybe ada antara kenalan, family or reader korang berminat.

untuk yang tak pernah tau pasal program shopping raya by projek iqra ni. meh sini cerita sikit.
tak pun mana tau dah lupa ke kan. 

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai.
Shopping Raya 2014 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 4 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012 dan 6 rumah anak yatim pada 2013, PROJEK IQRA’ merancang memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim bagi 7 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang untk 2014.

Senarai Pertubuhan Anak-Anak Yatim yang menyertai Shopping Raya 2014:
a)    Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak Yatim Daerah Sik (ADIK/ Rumah GEMILANG)
b)    Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Kuala Lumpur
c)    Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa
d)    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak
e)    Sebuah rumah anak yatim di Penang (akan dimaklumkan)
f)     Sebuah rumah anak yatim di Johor (akan dimaklumkan)
g)     Sebuah rumah anak yatim di Pahang (akan dimaklumkan)



More info boleh bukak page projek iqra'


Cara if nak donate. no akaun semua ada kat situ.

andai kata ada yang berminat nak mencari sukarelawan pulak boleh check link ni. 


semua jenis sukarelawan yang tertera kat gambarajah di atas.
- sukarelawan membawa anak-anak
- sukarelawan fotografi
- sukarelawan videografi
- sukarelawan semsa program
- sukarelawan blogger (untuk siaran event ini di blog)

syarat-syarat nak jadi sukarelawan pun ada kat situ.

so jom la sama-sama bantu semoga Projek Iqra': Shopping Raya 2014.
semoga berjaya seperti tahun-tahun sebelum ni.
Amin.

2 Comments:

eyza said... [Reply to Comments]

Salam Peej.. i ni silent reader you... I ada share tentang projek ni kat blog i.. harap dapat membantu.. :)

sherrina said... [Reply to Comments]

Terima kasih kerana membantu menghebahkan program ini :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...