Instagram : @peejburhan

no more mini heart attack

rasanya aku pernah bagi tau kan.
yang aku obsess dengan tv series game of thrones.
aku memang daripada zaman aku budak suka tengok cerita yang ala-ala zaman tu.
mama la suka, then dulu time kecik aku selalu teman mama tengok.
terus suka.
so masa memula keluar hbo.
memang aku macam tak paham.
ye la tetiba dah tengah2 cerita kan.

then tak silap abis 1 ke 2 season begitu baru start tengok.
amik kau marathon dalam sehari setengah habis. haha.
memula memang la kau tak paham sangat sebab terlalu banyak watak.
tapi lama-lama dah tau la.
tapi still until now ada 2-3 watak aku ingat2 lupa la nama dorang. gituh.

aku tau cerita ni asal adalah adaptasi daripada novel.
ada pernah nak beli tapi aku mana la tau tajuk2 dia.
kira mana satu buku no 1, mana satu no 2 n seterusnya.
tapi memang rasa nak baca buku.
sebab aku takleh tahan la bila keluar episode yang memang membuatkan kau menjerit, menangis n tersentak di dada.
aaaaa i is cannot.
betapa terkesannya aku ngan series ni.
terus belikan dvd untuk mama n papa tengok. paksaaaa.
baru ada geng nak sembang pasal cerita ni. hahahha.

siapa belum tengok, sila la tengok.
serious best okkkkk!

tu takpa, tu takpa.
tadi tetiba noy ajak beli buku.
dia kata dia nak beli buku apa tah.
aku cakap jom, aku pun nak try carik if ada buku game of thrones ni.
aku tak sanggup la terseksa setiap minggu.
especially bila ada episode terkejut2 ni.
nanti mula la keluar meme, kat youtube la…orang yang baca novel tunjuk reaction orang yang baca buku, n orang yang hanya layan tv series.
memang berbeza weyh. hahahah.
pastu paling nyampah if ada orang pergi bagi tau spoilers. kong ajo sangat.
sebab aku memang jenis tak suka bagi tau.
sebab tu sesiapa tengok cerita ngan aku, tanya apa jadi? cerita la sikittt je, ok kita nanti dia ok ke tak?
aku mesti takkan jawab, akan cakap tengokkkkk la. bestttttt. sambil muka eksyen.
hahaha.
so aku pun tak suka if orang yang jenis nak cerita2 kat aku apa jadi.
taknakkkk tau!

so nway, tadi pergi mph tu.
adalahkan gembira rasa hati rasa nak tepuk kaki.
haaa kau mampu tepuk kaki? orang tepuk tangan je ok. hebat sangat.
bila nampak ada jual game of thrones punya novel dalam box set ni.
siap tulis buku no berapa sampai berapa.
haaa bagus. takda la kekeliruan.


i is super loveeee.
belakang tu ceceh the khaleesi. wah gitu.
ok kalau pikirkan beli terus macam ni rasa la macam mahallll je.
aku beli ni RM290. tapi if bahagi baru seketul berapa.
if beli novel dia 1-2 actually lagi murah.
tapi aku tengok yang seketul2 tu takda la box begini n dia takda la tulis ni no berapa ke apa.
gituh.
so sekarang cuma berharap aku ada kerajinan n masa untuk melayan novel.
kalau lama menyepi harap paham.
aku nak baca daripada mula la.
baru feel kan. :)

berat nak mampuih buku ni.
rasa macam nak keluar muscle tangan. ehh over sangat.
tapi serious berat.

later tu me n noy singgah area supermarket jj tu.
sebab nak beli barang basah untuk rumah mama.
since papa sakit, memang aku n noy la beli.
mama memang tak sihat kan.
aku bab pergi pasar memang tak la.
abis macam mana, pasar di pagi hari, kak jah bangun pukul berapa kan?
so kita beli di giant or jj sudah.

last week dah belikan barang kering.
tadi mama cakap barang basah dah takda untuk masak.
tadi pun makan asam pedas mama buat.
kemain dia kata sedap gila la apa.
aku pun amik la. ngan ikan goreng.
tapi macam tak kenal je ikan apa ni.
sekali kopek…eh apesal banyak tulang ni. ikan apa ni?
then kopek lagi haaa keluar tulang bercabang. cisss confirm terubuk ni.
aku tak suka terubuk, biar la orang kata sedap lemak la apa.
aku kalau kau letak terubuk, tapi ada pilihan ikan cencaru. aku sanggup amik cencaru.
hahaha jonet bengang gila aku kata sama je takda beza pun cencaru or terubuk.
aku rasa sepanjang aku hidup ni, baru 3 kali kot aku makan terubuk.
i is not like ikan banyak tulang. hua hua.

mama kata barang basah abis. tu yang masak terubuk ni.
terubuk ni acu bagi few night back dia ada datang visit papa n mama.
tu tadi pergi jj tu beli la apa patut.
tak banyak pun sebab noy kata taknak banyak nanti penat dia nak angkat.
so beli ikan cencaru (i like), senangin, pari, sotong, tenggiri, kerang kopek..
hmmm apa lagi tah. tu je kot. lupa la.
tapi aku suka la jj ni dah renovate.
siap ada sinki basuh tangan siap sabun.
i likeeee. aku tak suka nanti pilih ikan tangan hanyir2. bekas nak basuh tangan pun ngeri.
so ada paip siap sabun i is kagum. :)
then aku tengok noy siap amik, jantung pisang, petai la, lobak putih la.
hoiii macam sedap je terbayang mama masak. #untunglah
rumah aku ni takleh nak variety sangat. balik-balik masak sama je.
kang masak over sikit ada nanti aku sorang je yang kena makan.
takpa, maybe lepas ni aku try masak lauk2 teringin untuk aku sorang je makan. hmmm.

balik rumah then arjun datang.
mintak betulkan paip n check bumbung rumah.
aaaaa…ingat tak dalam tahun lepas aku cerita isu bumbung rumah iolls tu?
kan bocor teruk. bocor tahap orang datang beraya hujan lebat, anak orang boleh basah kuyup mandi hujan dlm rumah aku. hahahha kau mampu?
so memang dah teruk la conditon. seeloknya tukar semua.
tapi time tu memang mana la nak cekau duit.
so kasi tampal mana boleh. Alhamdulillah ok la.
tapi orang tu dah cakap, ni sementara boleh la. nanti jadi balik.
so setelah berbulan-bulan. start last week dah kena balik.
kan lately hujan lebat ribut taufan semua. tsk.
ikut mama kata biarkan je la.
e eh mana boleh. aku duduk kot. tak pasal basah sofa. kena tadah2 balik air.

so tadi mintak arjun tengok dia kata memang teruk dah.
if nak tukar sekian harga la.
ok la. murah few thousand dpd yang orang sebelum ni quote.
tapi stilll. syabasssss…sila la kumpul duit untuk tukar.
tapi kemain arjun, siap cakap mula2 tukar bumbung, nanti ada duit pasang siling cornish pula.
amboi kau. ingat ahkak cop duit.
meniaga pun kecil-kecilan aje.
semoga dimurahkan rezeki untuk menukar apa yang betul2 perlu la. Amin.

ok bye.
*tetiba je bye kan. ye bab penutup aku fail*



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...