Instagram : @peejburhan

Kacip Fatimah PHYTO PLUS Capsules

Ingat tak aku ada bagi tau sebelum ni yang aku ada bagi tau aku nak jual satu lagi produk.
sorry la sebab it took me so long untuk buat entry.
masa mencemburui ku. cea gitu.
ye la nak buat entry biar proper kan. 
bukan macam entry blog yang kau main type je tanpa perlu pikir.
nak kenalkan produk kena la proper dah dapat bahan cukup baru boleh buat entry.

ok sebelum aku cerita pasal produk.
meh cerita why aku nak jual tiba-tiba.
aku ni bukan senang-senang je nak jual.
aku suka try dulu, make sure ada kesan yang best baru aku yakin n berminat. wah gitu.

ceritanya begini.
aku di approach oleh reader aku.
dia kata nak iklankan produk, tapi sebelum tu dia nak aku try dulu produk ni.
so dia nak alamat nak post kat aku.
sebelum dia post aku tanya dulu apa benda?
sebab aku takkan amik if ni produk skincare ke, collagen ke, MLM ke.
sebab aku tak suka jual benda yang aku tau aku sendiri tak suka ke apa.
aku ada sejenis perangai yang tak suka nak kena mereka-reka cerita best semata-mata sebab nak marketing.
tu tak jujur namanya.
wah feeling islamiah sangat. poyo.
tapi well, itu aku.

so bila dia dah bagi tau yang dia nak bagi kacip fatimah. aku kata ok la boleh try.
tapi sebelum tu aku tanya aku ni on medication, aku kan ada darah tinggi.
so ok ke aku amik supplement ni?
dia kata ok takda masalah.
produk pun ada kelulusan semua, produk daripada UTM.
cuma dia kata if pregnant or period tak boleh amik.
so ok.

PERHATIAN : entry ada unsur TMI (too much infomation) so siapa tak selesa better jangan baca


ok dapat. aku still tak try makan.
sebab asyik lupa.
sampailah aku masukkan dalam kotak ubat aku.
baru ingat nak makan. ada la dalam 2 minggu lepas dapat.
so aku start makan.
aku amik setiap hari lepas makan.

hmmm. apa yang perlu aku rasa ni?
so that girl keep on whatsapp tanya progress.
dia kata macam mana?
ok aku ada la rasa sesuatu kelainan. tapi takkan nak bagi tau dia. huhuhu.
then aku tanya la apa perlu aku rasa?
time tu tak silap dah 2 weeks aku makan setiap hari.
dia kata antara kebaikan adalah period jadi regular, takda masalah keputihan.
so aku terus terang la. aku kata aku takda masalah keputihan ke apa.
so tang tu aku takleh la nak bagi testimonial kata wah produk ini berkesan. hahaha.
then pasal period. aku pulak time tu memang belum period. 
so aku tak tau la adakah regular atau tak period aku.
tu kena tunggu la.

btw, aku memang masalah period tak regular ni.
sesuka hati je nak datang bila masa dia suka ke apa.
so aku memang looking forward tang ni.
tapi since belum lagi. aku takleh la nak kata bagus ke apa.

tapi aku notice la satu benda.
aku rasa macam aku since amik kacip fatimah ni aku macam horny semacam.
muahhahahahahahahahha. ok malu. tak reti ahkak nak cerita macam ni.
so aku bagi tau la budak tu. dia kata tak pernah pulak customer cakap macam tu.
see, orang lain tau segan, aku je tak tau malu. hahahhaha.
tapi serious aku amaze ok. n tak leh blah plak rasa.
sebab tau la kita ni perempuan kadang ikut mood.
tambah lagi kadang penat buat kerja itu ini.
by the time lewat malam, woiii penat la.
ni aku takda anak, orang yang menguruskan anak-anak kecik lagi la kan.
dia punya penat tu la, so memang rasa nak tidur je sambil berdoa, tolonglah jangan diganggu. fuhh …fuhhh.. gitu.

tapi serious amik benda ni rasa lain macam la.
kadang tu sampai tahap eh kenapa macam nak lagi je ni. pastu macam nak lagiiii…
dalam satu malam yang sama ok.
hahahahahahah. ok ngeri ngan entry macam ni.
tapi ni apa yang aku rasa la bila start makan kacip fatimah ni.
seram.

masa aku dapat produk ni.
ada diberi few links pasal produk ni. 
tapi dasar pemalas memang la aku tak baca kan. hahaha.
tapi bila aku mengadu pada that girl dia pun gelak2 n kata tak sure.
so aku rajinkan diri baca.
rupanya salah satu yang aku ingat la aku ada terbaca, dia merangsang hormon-hormon.
wow. patutlah. tersalah hormon ni dia rangsang. hahahahha.

ok takpa. dah pasal tu. scary sangat nak details tang tu. ;p
so aku teruskan makan.
so ok aku period hujung bulan tu.
sebulan tu aku makan memang setiap hari takda skip.
then bulan kedua tu aku makan skip-skip jugak la.
maybe selang sehari. some lebih.
bukan apa, sebab akak pun takut dengan rangsangan hormon-hormon yang berlaku.
bawak-bawak bertenang ye. hahahha.
amazingly bulan kedua tu, walaupun aku skip makan, tapi period aku datang tepat pada waktu.
contoh bulan pertama tu aku period 24hb, bulan kedua tu pun 24hb.
sumpah aku teruja gila, sebab sepanjang hidup aku, aku tak pernah ok period aku ikut timing macam tu.
terus rasa, ok sumpah produk ni best.

so aku mula cerita produk ni kat orang sekeliling.
cerita sebab aku teruja.
satu teruja pasal hubungan suami isteri tu la. ehem ehem. hahahahahhaha.
then pasal period aku kot. gila kau tak teruja.

then aku start tolong beli untuk sesiapa yang nak.
cuba try tengok.
pastu aku dapat gak feed back menarik daripada few yang dah cuba.
ada yang kata memang masalah keputihan tu baik.
ada yang cakap dia naik seram nak amik setiap hari, sebab dia pun terasa 'rangsangan' tu.
nak tergelak-gelak dengar orang bercerita.
ada yang kata period dia pun elok ikut jadual semua.
happy aku.


ok maknanya memang best benda ni.
terus kata kat that girl aku nak jual :D
terus terang aku cakap benda ni memang ikutkan tak berbaloi sangat aku jual.
sebab untung kecik sangat kau nak buat belanja beli rokok or makan tengahari pun tak lepas.
tapi niat aku nak jual n kenalkan produk ni sebab aku rasa dia sangat best.
:) <--- ada="" makna="" nbsp="" p="" senyum="" tu.="">
serious best ok.

then bila aku tengok youtube ni baru aku tau. (ada share kat bawah video tu).
produk ni daripada UTM, so tujuan produk bukan untuk kaut keuntungan.
tapi sebab nak share benda yang bagus.
produk ni pun betul-betul pakai kacip fatimah, takda campuran benda-benda mengarut ke apa.
so sebab tu la untung dia pun gitu2 aje. ;p
tapi produk bagus.

ok meh cerita pasal produk.

Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM ada makmal sendiri dimana kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.

Ia adalah ekstrak (pati) 100%, bukan seperti kebanyakan keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu.

Antara kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:
  • mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj
  • merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
  • menambah tenaga selepas bersalin
  • menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
  • melancarkan proses kelahiran bayi (diambil semasa minggu kehamilan ke-38)
  • melansingkan badan dan menegangkan otot-otot
  • melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit sengugut
  • mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
  • mengurangkan risiko 'turun rahim' atau utirine prolapse 
  • mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan.





:: minit ke 9:58 ::




Satu botol ni ada 60 capsules.
bulan pertama tu boleh la amik hari-hari untuk korang rasa kesan dia.
tapi lepas tu boleh je skip selang sehari.
orang maybe lebih daripada tu.
ikut badan masing-masing.
kita sendiri tau badan kita kan.
boleh je amik untuk sesiapa pun kecuali korang tengah period or hamil.
hamil lepas 38 minggu pregnant boleh amik balik.
so untuk sebotol ni memang tahan lama la.

rasa dia?
takda rasa apa.
takda rasa pelik ke, jamu ke, rasa ubat ke apa.
takda rasa. so percayalah takkan terseksa makan.
tapi untuk yang belum kawin orang takda laki kalau boleh jangan amik.
kang rangsangan hormon berleluasa tak dapat ditolong. huhu.

oh by the way.
jangan risau. like i said. produk ni ada kelulusan daripada KKM.


harga pulak macam mana?

ok harga sebotol (60 capsules) = RM90

Harga sebotol termasuk postage

RM96 (Semenanjung Malaysia)
RM99 (Sabah & Sarawak)

harga postage RM6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah & Sarawak tu boleh untuk 1-3 kotak untuk 1 alamat sahaja.
if alamat lain-lain then setiap alamat ikut harga postage RM6 & RM9 seperti yang ditetapkan.

so if berminat seperti biasa boleh sms/whatsapp aku kat 012-2758575

cubalah n tau la keberkesanan dia.
n lepas tu mesti korang pun happy nak share testimonial tanpa di minta :)
serious weyh.
dia punya best tu tahap kau rasa nak buat iklan tahap scary macam makcik-makcik yang selalu kita nampak kat paper tu.
tapi takpa jangan risau, aku belum tahap gila nak buat iklan macam tu. :D

nway, ni ada some links pasal Kacip Fatimah ni.







7 Comments:

Julia said... [Reply to Comments]

wuahhhh dah try mmg product ni bestttt, dulu ambil sebiji now ambil dua biji sekaligus lepas seminggu try mmg berkesan tgk ketat ke tak ketat kihkihkihkihkih....

mazz said... [Reply to Comments]

Tang horny tu terus serammmmm....hahahaha.

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

sy pun br stat makan.. lum nmpk effect sgt.tunggu abis sebotol kot br rasa effect.
tp tang horny tu memang serammmmm..hahahaaaa

An Isya said... [Reply to Comments]

salam peej..nak tanyala untuk ibu menyusu boleh mkan ke? tq :)

p/s: saya selalu singgah diblog ni..tp tk penah nk komen hehehe..syok byk entry peej..

SafMan mamatOmar said... [Reply to Comments]

Kacip fatimah dengan manjakani sama tak kesannya ?

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam, klu tgah mrancang untuk hamil blh ke ambik kcip ftimah ni?

Salyana Salleh said... [Reply to Comments]

Assalaamulaikum.,sbgai perkongsian.,sy pn pengguna kacip fatimah.,sblm ni sy rbus y asli.,kayu & daunnye,.kesan mmg osemmm!! Suami sdri y ckp mmg ketat...😊 now sy cnsume jgk phyto plus ni tyme mls nk rbus.,keputihan ilang xmcm ddlu,byk ngat.,tmbh2 sy bekas student utm amik research.,sy yakin dgn produk ni sb sy tahu bgmana utm melakukan penyelidikan.,terbaik!!! :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...