Instagram : @peejburhan

hi-tea bersama pengguna EPHYRA ku.

wah lupa pulak nak cerita kan. aku memang macam ni.
nanti nak clearkan picture baru sedar eh ada pic ni. tak update lagi.
so mari update.
so seperti yang diketahui, 31st may hari tu ada buat hi-tea untuk pengguna Ephyra.
since untuk pengguna Ephyra so hi-tea kerjasama ngan pihak Oceanlife.
dorang nak join.
mula-mula terfikir-fikir jugak, nak buat ke taknak.
aku bukan apa. aku ni segan sebenarnya. u know me.
if kat luar reader tegur pun aku terkemut-kemut malu.
ni pulak nak berjumpa ni. eh segan.
tapi kemain filla n elly kata buat laaa. dorang lak teruja.
dorang kata takpa, if aku segan dorang ada.
n noy pun tetiba kata nak join. ok set.
ok sikit la kot kan.

so dah plan semua.
boleh kau filla kata ada wedding. eeiiii tumbuk kang.
tapi nasib wedding venue dekat je.
so dia kata sempat dia join. fuhh.
tu takpa, tetiba pulak elly kata tak dapat join sebab nak pergi singapore.
saje je kan nak kenakan aku. peluh2 i memikirkannya.
nasib in the end semua ok. elly cancel n pergi singapore next week nya.
selamat. :)

dah la nak mendapatkan yang datang payah jugak.
payah bukan apa sebab rupanya timing di pilih tu tak sesuai.
cuti sekolah kan.
so ramai yang pergi bercuti la, ada class weekend la, ada wedding la.
tak pun yang free n nak join semua tak boleh sebab semua jauh2 kan, kat sabah sarawak, kat perak, kat kuantan, kat johor n macam-macam la.
mana tau ada rezeki kita jumpa lain kali.
mungkin lepas ni tour satu malaysia pulak.
hahahahha lempang sekali. artis sangat nak tour satu malaysia kan.
takda makna ok. orang macam aku ni makan tahun baru berani jumpa orang. ;p

ok hari kejadian.
tu takpa. dah la kelam kabut sangat.
dengan boleh pulak aku tak bawak baju, so kena patah balik rumah tukar baju, then amik barang sebab aku order untuk hi-tea tu.
then amik stock ephyra sebab ada few yang nak COD kat situ.
then noy ajak buat rambut. gigih sangat kan. hahaha.
dah la buat rambut takda makna bagiku. kejap je lawa.
lepas tu melepet. sebab bak kata hair stylist ku, lambut u jenis lambut harus (halus), macam baby la.
yeee. so memang takda la nak tahan if apa style pun aku buat. cissss.

tapi sementara semenggah tu mari la vain. hihihi.


gigih sangat kan walaupun menanam jerawat di tepi bibir. hahaha.
mengada kan time nak jumpa orang la dia nak buat hal macam tu.
dah la kemain ketara tak dapat coverline. me not like.
bawah ni dah filter n edit uolls.
wow terus flawless sangat.


btw, ada few PM tanya pasal make up kan.
sorry tak balas.
aku tulis sini je la yea.
aku barang campur-campur ye. aku tak setia pada yang satu. haahha

concealer utk mata panda aku - M.A.C
foundation - bobbi brown
eye shadow - M.A.C
eyebrow pencil - shu uemura
eyeliner n mascara - maybelline
blusher - benefit > sugarbomb
lipstick - M.A.C > prolong Overtime

if aku rajin aku amik la pic nanti benda2 tu.
tapi dapat rasakan tak berapa rajin. ;p

ok sambung.
aku sampai tak tepat pada waktu.
gila jam kau time tu.
maybe sebab time orang dapat gaji, cuti sekolah orang berjalan, or banyak wedding. entah.
tapi seram jugak la lambat.
lambat dalam 15 to 20 minutes jugaklah. ;p
sorry peeps.

sampai, salam-salam cakap hi kat sesapa yang datang terus keluar balik smoke kejap.
aaaaa segannnn. *lap peluh*
nasib lepas tu sampai elly filla apa semua.
so kuranglah segan.
tapi still segan sebab dorang elok berkumpul meja lain.
aku kena la duduk meja lain. abis tu takkan nak melekat je kat. agak2.

lama jugak la nak tunggu semua sampai.
sebab ramai yang stuck kat jam n sebagainya.
yang dorang tanya aku dah semua datang ke?
aku pun mana la ingat. haha. bagus kan buku siapa yang nak datang aku tinggalkan kat rumah.
tapi balik tu aku check, ramai jugak yang bagi nama tapi lepas tu senyap aje.
tak datang n takda pulang inform. takpa.

seronok la sembang.
amboi macam-macam dorang tanya kan.
mana selama ni aku coverline kat blog semua tanya-tanya.
aku pun jujur je jawab. huhu.
pastu tetiba miza datang kata, lepas ni miza nak buat speech.
nanti dia akan suruh aku buat pulak.
aaaa takut.
kena ke?
memang kena la kata event aku kan. hahaha.


miza bagi speech.
time ni debar-debar sangat.
lepas tu dia panggil aku. aaaa tak suka.
memang merapu2 je aku.
pastu tak tau nak cakap apa.
elok aku cakap n bg ucap selamat.
mengada elly n filla kata tak puasss. cakap lagi.
we want moreeee. eeee rasa nak tampar je dorang.
actually noy ada amik video, tapi tak sanggup aku nak tepek sini. bongok sangat. hahaha.


ni bell, manager kat flora cafe.
dia bagi tau apa menu hari tu.
serious best ok semua makanan dia.
siapa tak pernah try sila la pergi try.
semua yang datang puas hati sangat ngan makanan yang ada.
dah la makanan dia banyak gila.
confuse kau nak makan mana satu.

:: goreng pisang ::

:: cucur udang n kek gula hangus ::

cucur udang dia best ok.
since balik tu banyak lebih, so pack bawak balik.
aku malas check amik je.
sekali balik dapat sos cucur udang je. cisss.
filla pulak kata dia bawak balik cucur udang tak dapat sos.
syabas.
tapi stillll. better la kot. aku dapat sos je nak buat hape. hahaha.

:: spaghetti bolognese ::

pun sedap.
antara yang paling laku kat table kita orang.
table kita orang tak ramai, tapi kita orang punya lagi luak ok dpd table sana.
table sana ramai yang sibuk nak diet kot. huhu.
selain dpd tu ada jugak nasi goreng kampung, mihun goreng, ubi kayu rebus, rojak buah, air sirap n teh tarik.


antara yang datang.
sharita yang kiri tu.
pemalu sangat dia tak bersuara apa.
aku ye-ye ingat dia datang sekali bertiga ni.
rupanya tak ok. aku tau dia sharita pun masa nak balik dah. huhu.
ingat aku ni dah cukup pemalu, rupanya sharita lagi pemalu :)

yang berdua ni kanan tu kak lina.
kiri tu adik kak lina, aku lupa nama.
yang aku ingat nama adik kak lina unik n glamourous sangat. tapi takleh recall pulak.
kak lina ni antara customer terawal n loyal ku.
rasanya dpd aku start meniaga. macam-macam dia beli.
sekali beli mesti banyak-banyak je.
so dia ada ok la sikit. kurang segan aku.
sebab kak lina if beli mesti COD kat rumah mama. so selalu la jumpa.
lawak je cerita-cerita balik.
sebab macam aku cakap, aku kan segan.
selalu orang COD, aku pass barang, orang pass duit, then aku cakap thankss. byeee.
aku masuk rumah. hahahah keji gila.
ye la tak reti laaaa.
tapi if orang tu ramah banyak tanya or sembang, aku sembang la jugak. baru la aku macam ok.
tapi kalau aku yang ramah2 dulu macam tak reti.

so kak lina ni kata memula memang aku macam tu.
terkulat-kulat je dia lepas tu aku masuk rumah. hahahahhahahahaha. eeeii bongok.
tapi lepas-lepas tu dah ok. ada la sembang bagai.
ok, note to self, mari cuba lebih ramah selepas ini. ;p

btw, cantik sangat skin dorang ni kan.
terpegun aku tengok.
terus rasa macam amboi lawan tokey sangat.
tokey pun ada jerawat di tepi bibir tau.

oh time tu baru tau umur kak lina.
terkejut sangat sebab dia super senior ku.
tapi tengok la muda remaja sangat.


:: eh ada la pic rojak buah. nyammm ::


:: sahabat handai yang datang join memeriahkan majlis. juara post paling over kita boleh bagi kat kak filla kita ye. hahah ::



oh lupa cakap jonet pun join :)
kesian reader aku baie n sorang lagi japp. kawan dia kot. eh ke cousin. ok aku keliru.
dorang terpaksa mengadap dorang ni semua.
mesti dia terkejut betapa kecohnya perangai sorang-sorang. haha.
btw, kagum aku..baie datang daripada bentong ok.
rasa macam eh jauhnyaaaa. tapi dia kata tak jauh. dah biasa.
thanks sangat tau sebab sudi join hi-tea ni.



benci kan.
rambut noy lawa sampai ke sudah.
rambut aku? menyedihkan. grrr. bayar sama ok!



 :: ceera, elly, filla, me, miza n noy ::

hebat kan filla menggunakan teknik menyorok di belakang aku.
tak kesian langsung.
aku ni dah la almari, kau buat aku macam tu filla. sampainya hati muuu.
pastu again, juara posing bagi kat filla. semua orang sama je.
tengok dia. hahahahah

:: ni pulak dengan ayu. rupanya ayu ni duduk satu taman je ngan aku. berjiran rupanya. hua hua ::




ni pulak ngn eyka.
eyka team dpd ephyra.
selalu aku berurusan nak amik barang ke apa ngan eyka la.
sorang lagi fiza. tp hari tu fiza takda.
baik sangat eyka ni. hari tu dia yang tolong aku packkan barang utk bagi semua yang datang.
siap bagikan sekali. sweet sangat.

pic memang aku tak amik banyak.
tak sempat. n aku kan tak berapa gigih.
pic kat atas pun mostly noy bagi. tak pun aku suruh dorang send pic kat aku :D
so pic lain-lain ni dpd team Ephyra n aku cilok dpd blog filla :D

:: thank u ceera datang ::

tak dapat sembang sangat pun ngan ceera sebab meja lain kan.
tapi bila semua dah balik tu baru la sempat la gossip light-light.
tergelak-gelak je sebab mengenangkan zaman memula blogging.
aku ngan ceera dulu gigih blogging kat friendster. hahaha.
pastu join sembang. zaman dulu noy ada blog kejap.
time tu semangat ajak jumpa la apa.
dia la. aku memang tak la. aku kan segan.
dia nak jumpa ceera sangat, dia kata sebab ceera cantik. e eleh tah apa-apa alasan.

pastu elly n filla tak puas hati apesal dia takda.
helloooo..time tu tak geng yea.
kita orang geng lain. wah gitu. hahaha



ni huda.
mula-mula dia segan nak datang. sebab kawan dia tetiba tak jadi join.
aku kata datang je la. aku pun segan. so mari segan bersama. hahaha.
tapi lepas tu ok la.
pastu boleh tak dia kata suami dia tunggu kat kereta ngan anak.
aku kata panggil je la. makanan banyak ni kot.
tu agaknya tengah berwhatsapp ngan suami la tu.
ada some yang tanya boleh tak if nak bawak suami ke apa.
aku kata la boleh aje, sebab tau ada some yang susah kan if nak bergerak sendiri.
so ok aje la.

:: ni pun reader ku, kak nat ::

pun semeja hari tu.
so banyak la sembang n bergelak sakan. huhu.
kak nat kemain cakap boleh tak jumpa nanti nak peluk kuat-kuat.
hahahha speechless. 
aku ni bab PDA memang fail. tak kisah la ngan siapa.
even adik aku ke, laki aku ke, peluk la kuat mana. aku keras macam kayu.
namun aku nak tetiba feeling berbalas pelukan memang tak la. tah apa-apa.

:: candid. cantik sangat ceera ni. nyampah tau. ye aku puji ceera je. hahhaha ::



:: dua beradik yang flawless sangat ::

:: ngeri sangat rupa tu. amboi miza kemain suka mengenakan aku kan. suruh aku bagi speech panjang lebar ::


:: apa la yang aku merepek tu sampai happy sangat huda ::


hakikatnya…
ngeri sangat rupa. tu takpa. tengok la siap peluh2.
kau jangan ok. time memula ni.
aku sembang tapi kaki aku kat bawah meja terketar-ketar ok.
serious tak tipu. hahahha



:: apa aje la yang aku buat kat belakang tu. hahahah ::

:: wah dapat gift dpd miza bagi pihak team Ephyra. aaww terharu ahkak, elok lagi dpd paper bag ok. nak pakai sayang. hua hua ::


siapa paling over? haruslah kak tonnnn.
kemain lentik2 tau.
time ni lawak sebab memula amik pic.
pastu ada video sikit. kena cakap kami suka ephyra.
tapi time cakap semua macam kami suka ephyraaaaaa….
suara mendatar gila takda semangat. hahaha bongok sangat.
berapa kali take tah.

bawah ni pic cilok dpd blog filla ye.








oh btw, aku bagi dorang blueberry cheese tart ni sorang satu.
semua suka. sedap sangat ok.
kalau korang nak beli korang boleh try contact FB - Mummy Damia Dhani

tak tau nak bagi apa sebenarnya.
tapi dah kata tuan blog suka makan kan.
harus bagi kat orang pun haruslah makanan. hihi.

:: wah kak bedah sangat rupa n tangan aku tu kan nak dapat hadiah. macam tak sabar nak capai. huhu ::

:: dengan baie n her friend. tangan harus pegang plastik sebab nak bagi sorang satu blueberry cheese tart. hahhahahah ::

:: dengan sharita. haaa time ni la baru aku tau dia sharita ok. kalau tak yakin sangat dia datang ngan kak lina ke apa ::


nak tergelak tengok pic ni.
ye la semua nak amik pic.
aku ni kalau amik pic tau la. selalu nanti kayu n awkward sangat rasa.
mesti terus hasil pic macam hape je.
tapi takpa la. layankan.
lepas ni akan cuba lebih berangan depan cermin supaya dapat menghasilkan pic yang lebih senonoh rupanya.

:: dengan huda ::


oh time ni pihak EPhyra ada amik testimonial video.
dorang suruh aku. hahah memang tak la.
aku mana reti. segan la weyh.
tapi ada orang yang pantang di suruh. laju je dia nak.
ye siapa lagi kalau bukan kak filla kita.
bagus sangat tau.




dah habis ni baru perasa ada few yang tak dapat pic sesaa kan.
sorry. or maybe ada pic kat camera dorang. tapi aku takda pic tu.
pic wany takda yang proper. padahal dia paling banyak sembang.
ija ngan cousin dia pun takda.
pun peramah n sweet ija tu.
sorry ye. nak harap aku ni amik pic memang malas je sekarang.

had fun.
rasakan if ada lagi masa akan datang aku ok kot.
kot. tak janji.
tengok la ada rejeki kita buat lagi.
kan kan kan. :)

akhir kata, siapa nak beli EPhyra ada ready stock ye.
sms/whatsapp je macam biasa at 012-2758575. :)

3 Comments:

nuui said... [Reply to Comments]

saya boleh bayang tahap gelabah awak tu peej. sebab saya pun begitu,. muka gangster. tp mengelabah. Orang ramai pandang kaluu, mau langgar pintu. Yes! itu la saya .. hahaah

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Bagus. Aku tak update lg. Boleh la aku cilok kat blog ko. Kikikiki

Khamsi Abdullah said... [Reply to Comments]

Saya nak tanya, kenapa saya tak faham tajuk post ye? Ke saya sorang je ni? -.-"

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...