Instagram : @peejburhan

hari-hari pun sama

macam lama je menghilang kan.
padan muka. hilang sebab tak tau nak update apa.
ye la aktiviti pusing-pusing sama je.
malas aku nak cerita.
korang pun naik bosan asyik itu je la ceritanya nanti.
kalau ada aktiviti pulak penyakit malas nak snap pic ke apa.
pastu padan la muka sendiri, bila rasa nak update blur taktau nak cerita apa. hua hua.

anyway, hari tu kan beli novel game of thrones tu.
aku baru baca sikit je.
sebab tengok tv series pun boleh tahan pening ramai nau watak.
ni pulak baca novel. rasakan la lagi pening.
baca sikit aku tutup.
tapi hari tu tak sabar nak tungu episode baru baca jugak la.
baca terus buku no 4 la.
ok la paham sikit.
sambil baca sambil hp kat sebelah.
rasa-rasa lupa eh ni watak ni nama sekian ni siapa ni?
terus google. tengok pic baru macam, oh dia ni. hahaha jadi kerja kan.

btw, episode last dah habis.
ok la season finale. agak berpuas hati jugak.
tapi sungguh tak sanggup la follow cerita ni.
dah la season setahun sekali je, pastu 10 episode je. kong jaq betul.
season habis ngan hati debar-debar je.
pastu jenuh kena tunggu setahun woih baru ada new season. fuhhh.
tapi takpa. mari gigihkan diri baca novel tu. :)

nway, cerita tu dah habis.
aku sambung tengok orange is the new black pulak.
boleh tahan cerita dia. based on true story.
now dah masuks season 2.
tak sure memang dah lama keluar ke apa.
tapi ikut website selalu aku download tu dia season tu start june 6.
tapi masa june 6 tu aku tengok straight satu punya season 13 episode dah boleh download.
eh ni tv series bocor (ala-ala exam soalan bocor) ke apa ni?
yang pasti sementara ada tu mari download full season.
wah gembiranya hati dapat marathon.

nway, aku sangap al buaya ok.
ok aku pun tak sure kenapa tetiba al-buaya. jangan tanya.
tapi terbayang buaya pulak. buaya kan selalu bersantai berjemur sambil ternganga gitu.
haaa macam tu la rasa di hati.
few weeks ni tak kemana. pitam sekejap.
aktiviti mingguan bersama elly n filla pun takda.
elly kan busy je 2 weekend ni.
jonet kata nak start duduk rumah aku pun tak datang-datang lagi.
kalau tak happy la sikit.
noy pun mood malas nak lepak.
melepek je rasa.

tu yang sabtu lepas rasa tertekan jiwa kak jah.
rasa macam nak hantuk-hantuk kepala kat dinding.
wah dramatik sangat.
aku memang malam ke apa dah tak kuasa ikut lepak. penat la.
ikut sekali sekala if rasa lapar sangat n tak rasa nak tunggu later-later baru dapat makanan laki bungkus kan. so lepak la. tapi jarang la.
tu yang macam ke hape je tak nampak dunia luar. cehhhh.

so sabtu lepas ikut la lepak n makan.
then nak gerak awal tetiba dorang ajak beli dvd.
ikutkan aku suruh hantar balik. malas la.
tapi dah di ajak. n ok gak, boleh beli dvd ke apa.
then ingat lepas tu balik.
sekali salah masuk jalan. tetiba dorang kata jom pusing KL.
hahaha lawak je rasa, sebab lamanya tak pusing KL tengah pagi.
zaman 'malam masih muda' dah berlalu kan.
nampak bebudak pergi club terus sendiri rasa penat.
kau mampu? baru tengok dah rasa penat.
ye la teringat penat tu. sebab nak pergi mesti nak lawa-lawa konon.
bersiap kemain la awal. nak keluar malam tapi daripada petang hp bunyi sana sini,
kadang tu siap minggu sebelum tu siap shopping baju kau nak keluar punya pasal.
hahaha bongok je pikir balik.
kemain, nak pakai high heels. taknak pakai flats tak vogeh la kan. walaupun.
lepas tu takda table padan muka berdiri je. pastu muka macam taik sebab kaki rasa nak meletop.
hampeh.
sebab tu la sekarang dah tak kuasa. plus if pergi pun confirm terasa tua sangat.
tak sanggup.
pastu tengok anak muda menari macam cacing kepanasan takut aku hilang kawalan n siku sorang-sorang. hahahahha.

nway, dah jalan situ then pusing ke dataran merdeka.
tak pernah pergi sana.
so adalah terkejut siap jalan tutup.
aku dah macam, oh sebab ada perlawanan bola sepak boleh tengok kat screen kot.
eh takda pun.
jalan siap jam.
pastu baru aku tau situ jadi port lepak eh?
sumpah tak tau. segala orang kereta bikin-bikin ni berkumpul n lepak takda motif.
rasa bongok pun ada.
pastu ramai la perempuan mostly bertudung lepak dengan budak-budak kereta.
siap aku tengok ada satu kereta ni myvi bikin-bikin la. dalam penuh perempuan.
pastu tergedik-gedik semacam.
tengok again, aik takda dalam kereta dah.
rupanya park kereta n lepak tepi-tepi tu. ish.

dah macam pesta kat situ.
siap ada few orang jual air tin la apa segala dok pusing.
serious banyak gila kereta ada la dalam 100 kot. ke lebih entah.
nanti ada la bermacam geng satria, honda, myvi, impreza n tah apa-apa la.
satu geng ada la 20 kereta macam tu.
tapi entah aku rasa macam bongok je lepak macam tu.
lelaki suka la kot. sebab tengok-tengok kereta kan.
tapi kalau aku la jadi perempuan-perempuan tu, bf ajak lepak macam tu. aku hempok sekali.
oiiii boring la.
bawak la karaoke ke, tengok wayang ke, terhibur la jugak.
ni duduk tergedik-gedik, pastu selfie 18 kali.
pang kang.

ke sebab aku tak minat?
ke sebab aku dah tua jiwa takleh masuk?
ada antara korang suka ke macam tu?
maybe la kot lain orang lain minat
aku jenis suka dok rumah kot.
ok takda la dok rumah sesajo, tapi daripada tak tentu hala macam tu, baik aku duduk rumah layan tv series. tak gitu?

talking about tv series, ok bye.
aku nak layan orange is the new black sambil lipat baju yang sikit lagi dah rupa gunung kinabalu.



4 Comments:

Lavender violet said... [Reply to Comments]

kak peej sama la kite..
duk umah layan tv/dvd mmg heaven...
kite kalau hujung minggu mesti marathon movie kat umah ngn husband hihi

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Waahhhhhh~ Ni betul ungkapan "kain baju sebakul" hahahaha...
Aku tgk tv pun mesti hp ada kt tangan, sb akan google watak pelakon tu nk tgk rupa.
Bila dah tgk, ooww baru aku kenal hahaha. Short memory >.<

MsFigure said... [Reply to Comments]

Peej kat mana nak download series Orange Is The New Black tu ye?

Anonymous said... [Reply to Comments]

http://blogserius.blogspot.com/2014/06/serius-hot-wajah-sebenar-pelakon.html#more

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...