Instagram : @peejburhan

frenzies

last saturday aku attend wedding.
siang tu filla datang rumah aku.
seperti biasa anak dia ada tuition kan.
so elly takda pergi singapore.
filla kata lepak rumah aku je.

sekali otw tu dia kata tuition anak dia takda ok. sebab public holiday. haha.
bimbo gila minah tu.
ye la public holiday birthday agung kan. heheh.
dia kata boleh ke dia bawak acih lepak.
boleh je la. gilo. takkan tak boleh abis kau nak tinggalkan anak kau?

sekali rupanya acih ni takut kucing ok. hahah.
sian gila.
terpaksa aku kurung semua kucing kat office n biarkan penyu n M je lepak depan.
kucing kecik ok la takda menyibuk sangat kan.
sian je acih kena seksa ngan filla amik pic ngan kucing.
kejap2 menggelupur jugak la acih.


maafkanlah kerusi kak jah tu.
membela memang macam tu la keadaannya.
dah la kedai yang beli sofa ni tah mana pindah.
if tau takpa gak sebab sofa ni kalau nak tukar cover boleh. gituh

filla siap bawakkan kita nasi ayam ok. hew hew.


special sangat.
dah la aku kan tidur.
dia call kata dia bawakkan nasi ayam aku blur je. aku ok kan je la.
aku ingat dia belikan nasi ayam kat mana2.
rupanya siap bawak yang dia masak kat rumah. awww so sweet.
sukaaa. banyak pulak tu.

sebab aku kan takda kereta.
so filla nak gerak petang tu aku mintak tolong hantar rumah mak aku.
sebab malam aku ada wedding.
aku nak pergi ngan noy.
aku ajak noy sebab tu wedding kawan BBGS. so mostly dia kenal.
n best sikit la.
sebab wedding kawan sekolah ni best sebab nanti lepak lama.
so baiklah aku ajak noy. lagi best. ;p



dah la menggelupur nak pikir pakai baju apa pergi wedding.
sebab aku mana ada baju baru.
berapa tahun tak tempah baju.
ada la baju raya tahun lepas.
tapi kan baju moden. aku ni dah la makin di pam je badan.
harus kang tetas baju. siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka.
gamble je pergi rumah mama bawak skirt je.
dengan harapan jumpa top kat sana.
sekali jumpa. muahahahha.
tapi noy adalah bengang.
sebab warna baju kita orang sama. kebetulan. la la la.

:: ok aku dah perasan lama. aku rasa camera iphone la. ada certain pic dia akan buatkan bibir ada kelabu tu. korang perasan tak? dah banyak ok. ke mata aku yang bertompok ternampak benda tu? ke memang jadi kelabu? aku ada tengok few pic orang lain pun jadi macam tu ::


see bibir noy jadi mangsa.
ada la few pic.
sampai aku tetiba terpikir teori bodoh.
pernah tak tengok movie omputeh.
kalau orang tu nak mati pic orang tu terkabur la..or apa2 la.
so adakah tompok ini sesuatu? Nauzubillah la.
tapi scary n me not loike.

nway, noy membuat muka nyampah sebab baju kami sama.
dah la tak abis membebel kata memalukan la kau ni.
dah nak sama la warna baju kita.
pastu aku melawak kata, takpa la, dia takda bridesmaid kita boleh jadi ok. sebab sama. hahah.
sekali sampai kat majlis tema warna hijau dah nak sama.
ahli keluarga, pengapit pakai emarald green gitu. huahuahuaahaahaah.

oh ramai tanya pasal top aku beli mana la apa.
actually tu dress daripada Kree.my
takda jual sebab time tu dia buat custom untuk aku masa pergi launching kree.my tu.


so hari tu aku pakai je balik.
tapi pakai ngan skirt. :)
gituh. mix n match sangat.





see..see..see.
sama tema kan ngan pengapits. hihi.
kalau dorang memerlukan bridesmaid malam tu boleh je ok. ;p
nanni ni kawan bbgs aku.
last jumpa dia rasanya mau 10 tahun lepas kot.
terserempak kat mall. tu pun sembang kejap je.
tapi masa sekolah rapat gak la. sweet sangat dia ni.
ada je benda lawak.
kita orang lepak malam tu cerita perangai dia kat noy.
tergelak semua orang. ada je dia tu.
sorry la pic jauh.
blogger tak tegar n berat bontot memang pemalas bangun. hihi.

:: vain itu perlu ok. tau-tau laki pedd tengah pandang. pastu geleng2 kepala. eleh pedennnnkiiiii ::



seronoknya makan nasi minyak. i is love. ok siapa lagi nak kawin yea?
i nak makan nasik minyak niiii.

:: noy n pedd ::

:: pedd takda kerja. tah apa pic yang dia amik ni. ::


see kan seronok macam ni.
tengok farhan kat belakang tu. kesian kesepian kan main hp. hahhaha.




:: ok pertandingan carik bibir siapa jadi kelabu. ada jumpa?? ::

:: us with ze bride n groom, nanni n hazman ::

:: noy tak puas hati ngan pic ni. dia kata semua lawa kenapa aku macam tu? sudah berapa kali ku katakan aku bab amik pic memang kayuuuuu. segan ah ::


park agak jauh.
sakit kaki kak jah.
aku nak pakai sandal flat je.
filla tak bagi. paksa bawak kasut.
kan sakit akak menapak.
dah la feeling kardashian kasut runcing. nangis.
tapi sebab parking space sebelah great eastern mall.
so dorang ajak ber-starbucks dulu.
jalan kaki je.
agak2 la jalan dah kengkang dah aku sakit kaki.
meh tukar selipar dulu.

menangis nak jalan ke kereta tu.
sampai kereta confident ada selipar. rupanya takda. hahah.
nasib noy ada selipar. takpa la. bak sini pinjam.
tapi lawak la woihhhhh.
dah macam kakak tiri cinderella aku rasa.
sebab bayangkan noy selipar size 4 ye.
aku kalau beli selipar havaianas selalu size 8 ke 9 gitu.
memang pakai tapi tumit terkeluar. hahah ada aku kisah?
ku redah jugak lepak great eastern mall. ;p

lepak dalam 1-2 jam lagi baru masing-masing gerak.
ah suka lepak ngan dorang ni. ada je benda kelakar.
Alhamdulillah kawan-kawan aku tergolong dalam orang yang fun n kelakar.
ceria hidup.
mama pun baru je cakap kata, untung kau pija dapat kawan semua baik-baik je semua.
Alhamdulillah, rezeki aku tang situ. :)

di harap semua baik-baik aja di masa-masa akan datang.

6 Comments:

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

Sebabbb,.. Peej baik.. jadi semua sayang!

cik rabak said... [Reply to Comments]

kak peej, kelakar sgt ni..pagi2 masuk ofis mesti bukak blog akak dulu. hee :)

Lyly said... [Reply to Comments]

couple bside pedd tuh my cousin.. ~heeeeee

kathy jem said... [Reply to Comments]

hahaha tergelak2 aku baca..takleh bayangkan ko berjalan pakai kasut cinderella tu..hahaha

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Somehow, aku rsa mcm nak sgt lepak2 dgn ko peej. Nk bersembang2 mcm dh lama kenal, padahal jumpe cuma beli Tabita je huhuhu. Bila bca blog kak elly, kak elly pun puji sb ko easy going n simple person.
Aku dapat rasakan, yg ko kwn sejati bleh bersusah payah bersama. Happy dpt kenal dgn org mcm ko.
So, please update lg blog dgn kerajinan maksima supaya bleh share kebaikan ko pda kami ya hehehe

Adliza Azilda said... [Reply to Comments]

Kak Peej, nnt kite kawen, kite jemput akak datang makan nasi minyak yeh..... datang la angkut kak pilla, kak elly sume tau.... =)

http://lizazilda.com/projek-duit-raya-gempak-2014/

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...