Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: pasir

Hi Kak Peej,

Saya pernah hantar cerita expose mistik tajuk Pulau dulu.
Hari ni nak cerita satu lagi kisah seram.
Maybe tak seram sangat la kot.
Tapi bila saya fikir balik meremang la jugak bulu roma nih.

Cerita ni dah lama masa saya study  Uni dulu.
Tahun 2008.
Masa tu ada trip kat hutan simpan. (tak ingat nama dia)
Konon nya nak study dan ambil sumber inspirasi dari alam semula jadi la ( konon-nya)
So task kitorang ialah perform satu tarian kat pensyarah,
Tugas ni grouping. Campur la laki perempuan satu group.

Ade satu group nih.
Majoriti perempuan.
Diorang amik case study tarian Ulik Mayang.
Lepas tu one of them,  saya bagi nama dia A, dia ni memang mistik sikit.
Mistik macam mana?
Saya rasa sebab dia belajar silat la kot dia macam ada ilmu yang bukan macam orang biasa.
Plus orang ramai kalau tengok dia mesti macam terpesona/ enchanted giteww..
Sebab dia memang lawa dan boleh di katakan hampir perfect jugak lah.
Dia pernah cerita kat saya, dia selalu mimpi orang bunian pinang dia lah.
Mimpi dia  bersanding kat istana besar which tak ada suami pun kat sebelah dia.
Mimpi macam-macam lah yang seram.
Mungkin sebab hati dia baik kot..
Plus suara dia merdu gila kalau menyanyi. 

So group diorang perform la dekat tepi sungai.
Ye Kak, tepi sungai.
Kawan saya yang A ni la yang nyanyi lagu ulik mayang sambil menari.
Kire dia lead la tarian tu.
Masa perform tu siang.
Lepas tu, malam pun menjelma....

Tapi tak ada apa pun berlaku.... ( saja suspens..)

Ok..lepas tu balik kampus..
Masa sem tu, saya sorang je terpisah hostel dengan kawan2 kelas saya.
So saya selalu la jadi roommate tambahan kat bilik kawan saya yang A ni.
Siap beli mattress yang boleh lipat tu letak dalam bilik mereka.
Malam tu, saya macam biasa la tidur kat bawah (lantai).
Yang kawan saya ni, tidur atas katil tingkat atas. (katil double decker)
Saya tidur kat bawah dengan roomate kawan saya yang sorang lagi.
Malam tu, tidur memang lena sangat...

Pagi tu.....terjaga sebab ada rasa pasir-pasir halus kat kaki.(pasir pantai..)
Dalam hati, saya bermonolog.. Eh aku pakai seluar track yang tak basuh sejak balik hutan hari tu ke? Napa macam ada pasir je..?
Saya terus bangun dan duduk.
Tengok2....ada segumpal pasir ( dalam semangkuk besar kot) kat betul-betul kat hujung matress saya.
Terbeliak la mata saya.
Apa ni??
Macam mana boleh ada pasir kan.?
Saya cari la mana asal punca pasir ni.
Tengok-tengok, ada je meniti dari hujung matress tu sampai la ke meja study dan kat tingkap dan kat luar frame tingkap tu.
Bawah bantal saya pun ada.
Lepas tu roomate diorang yang tidur sebelah saya tu pun terjaga.
Kecoh la jugak bila semua orang terjaga.
Diorang semua cakap saya sleep walking kekdahnye.
Saya cakap la saya bukan jenis macam tu.
Then, kawan saya yang A ni cakap..
"Korang, semalam aku mimpi aku main-main dengan 7 orang puteri (bunian) kat tepi pantai.
Lepas tu, diorang hantar aku balik sini.."
Saya dah macam..biar betul....so for real la kan? bukan la mimpi sebab siap ada pasir lagi kat bilik tu..
Satu bilik terdiam.
Saya buang je pasir-pasir tu.
Saya terfikir jugak.. Ni mesti pasal tarian ulik mayang tu kan..dah la diorang perform kat gigi-gigi air (laluan mereka)
Tu yang diorang ikut kawan saya ni balik kampus kot..

Lepas tu saya cerita kat kakak saya. Dia cakap pasir tu mungkin hadiah dari mereka kot. Untuk kawan saya yang A tu..
Tapi, sebab saya yang terjaga dulu, jadi pasir la hadiah tu.
Or mungkin untuk saya kot..? Sebab saya baik ngan A. Kira macam kredit la untuk saya kot.?
Haha.. nak jugak kan...
Tapi sampai sekarang jadi persoalan...

So itu je la cerita saya Kak Peej..
Sorry la if tak seram sangat.

Nanti saya hantar lagi cerita seram ok..

- Miss J -

5 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

betul ke pasir tu dtg dr si kawan A? cam pelik jer..
sebab masih jd tanda tanya disitu.
satu lg,xde ke story psal si kawan A ni berkenaan benda2 mistik tu?
kalau ad..rasa ley kuatkn jalan penceritaan ni.
btw,"nora bagi 3bintang.."erk camtu plak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tak seram tapi mistik tuh... misteri pasir dtg dari mana.. hu hu

asy abd hamid said... [Reply to Comments]

Mak aiii...

asy abd hamid said... [Reply to Comments]

Makk aii..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saper kata x seram...seram le tuuuu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...