Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: asrama Uni

Assalamualaikum hi peej.

Tetiba je tangan gatal nak baca kisah hantu n terus direct ke blog awak
then dah macam seronok plak baca kisah kisah mistik kat blog awak tu.
(walau sy penakut ta ingat.heh)

Jadi, saya pun nak share la kisah saya jugak.

Saya ada 2 kisah yang rasa sangat anker pada saya yang saya alami sendiri.


kisah satu : Malam terakhir di Asrama ( Un**el)


     Saya ni duduk 6 orang satu hostel. Hostel kitorang macam apartment, 2 orang satu bilik. Budak budak rumah ramai dah balik tinggal saya dengan room-mate je belom, kitorang konon nak sampai betul betul last la kat situ.  

    Hari sabtu tu, tetiba family room-mate datang, pastu bole pulak dia decide nak ikut balik, so tinggallah saya sensorang nak mengharungi satu malam tu. Fikir dalam hati, ala satu malam je kot, apalah sangat kan.


    Petang tu saya lepak lepak umah member, berbual bual ( yela nak cuti lama kan, pastu dah tak jumpa lagi), pastu tetiba saya nampak budak umah saya yang selama ni suka benar duduk menumpang umah kawan dia. Saya pun jumpa la dia, masa tu nak maghrib dah, pujuk dia tido umah malam nih..tetiba plak dia setuju tapi bersyarat iaitu nak tido bilik dia. saya pun okay la kan. Seronok ada teman tido. hehehe.


    Pastu, malam tu dia kata nak kuar kejap, sy pun ikut la sebab takut tetiba dia tinggalkan saya ke, dah saya kene tido sensorang kat umah, lama jugak kitorang kuar smpi kol 12 camtuh (jumpa kawan kawan dia , kawan kawan dia kawan saya jugak sebb satu course kan, cuma malam tu saya tak paham sangat diorg bualkan apa ). Saya bgtau dia, jomlah balik, ngantuk dah ni. Dia diam je. Pastu dia bangun.

   Sampai umah, saya terus angkat tilam bawak ke bilik dia, sebab tilam bilik dia macam kotor sikit. FYI, dia jarang tido bilik tu, room mate dia pun jarang ada kat bilik tu, macam bilik tu terbiar tak de orang duduk. 


   Siap siap nak tido tu, saya sempat la jeling tingkap semua, kawan saya tu, then saya tido lah..


   Pukul 3 pagi, Allah, tetiba dengar bunyi orang mengerang betol betol sebelah telinga, kuat betol lah. Terjaga terus saya. Saya tengok kawan saya lek ja tido, siap selubung sampai kepala. Masa tu mmg tak fikir apa, Tertengok plak cermin tingkap, terbukak luas, dahlah belakang tu hutan rimbun. Blur sngat masa tu sebab rasa mcm dah tutup, makin lama makin kuat bunyi mengerang tu. Saya buat tak tau ja, sebab saya fikir pukol 6 memang nak blah dari bilik tu pun.


   Terlelap sekejap, pukul 4.30 pagi, bunyi lagi, serius saya buat buat mengigau bunyik suara tetiba suara mengerang tu senyap. Tetiba katil kawan saya bergerak gerak, cuak jugak saya masa tuh. Segala macam surah saya baca, alhamdulillah, tertido ngam ngam 530 pagi. Terus saya blah tido bilik saya.

   
   Pagi tu, saya siap siap packing barang, sambil tunggu kawan saya kuar bilik, yela sebab nak balik dah kan pastu tak jumpa lagi, niat nak cakap terima kasih sebab teman semalam, tunggu punya tunggu punya tunggu tak kuar kuar bilik, akak saya dah sampai plak masa tuh, terus saya balik, 3 bulan pastu saya tetiba saya terfikir, saya tido dengan siapa sebenarnya. Sebab ada member ckp dia dah balik awai dah. Question Mark.


Kisah Dua : Berlawan dengan dia ( K*M*)


Kejadian ni berlaku masa saya tengah sambung degree di IPTS di kuala lumpur. Biasalah Asrama. Asrama kitorang ni macam apartment gak. Tapi yang ni saya dok bertiga dalam satu bilik.


      Bole dikatakan hari hari saya kene tindih, memang tak cukup tido betol saya masa tuh. Lesu je muka saya sampai kene tegur ngan member mcm penat sangat saya katanye. Padahal setiap malam saya "bertarung" heh.


      Sebab tak tahan sangat saya tanya ngan akak saya, nak doa pelindung sebab hari hari kene tindih, mana tahan kan. So dia kata baca surah al-falaq lepas tu sapu seluruh badan. Malam tu jugak saya buat apa yang dia suruh.

  
     Masa nak lelap tu, saya mmg dapat rasa ada tenaga yang datang ke arah saya, Kuat sangat sangat smpi saya asyik sebut ya allah banyak kali. Sakit dada saya sebab tenaga luarbiasa. Semakin hampir tenaga tu dengan saya, tubuh saya menolak tenaga tuh. ( macam magnet yang sama kutub ) saya dengar bunyi sore mcm marah tapi saya buat tak tau je sebab saya cuma nak tido dengan nyenyak sahaja. Alhamdulillah, 3 hari kejadian tu saya terus keluar asrama, dok umah je, ulang alik p kelas naik bus sahaja.


Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang saya alami, tapi nati saya share ye.


Assalamualaikum.

5 Comments:

Queen said... [Reply to Comments]

oooiii.. yang first tu scary weeehhh. mremang2 bulu roma ni.. huhuhuhuh

tapak kaki said... [Reply to Comments]

Seeereeeeemmm......meremang!

harry p said... [Reply to Comments]

Siri bersama jeanne ....tidur dan bercakap..

asy abd hamid said... [Reply to Comments]

Mcm tau je...tu mst blok f atau g atau h yg kt area2 hutan

Anonymous said... [Reply to Comments]

meremang bulu roma bila tido dgn makhluk yg lain.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...