Instagram : @peejburhan

debaran

aku tengah layan cerita hantu ni.
aku tengok cerita the amityville horror.
cerita lama ni. tapi dorang ada buat balik back in 2005.
tapi aku nak tengok kat viooz tak boleh asyik la error.

tadi aku tertidur awal.
so rasakan ni tak boleh nak tidur.
so rasa nak tengok movie tapi tak tau nak tengok apa.
tanya P.G mana nak layan movie online.
P.G kata google je selalu banyak.
so aku google n dapat la tengok cerita tu. CLICK HERE.

tapi adalah tak kelakar tengok cerita hantu malam-malam.
pastu sorang-sorang kan.
aku kan dah lama tak tengok movie begini.
padahal sebelum kawin memang if beli DVD memang cerita genre macam ni la aku tuju dulu.
tah now tak berapa berani. hua hua.

tapi tah apa gatal nak tengok tah.
maybe sebab banyak sangat terbaca review kata cerita ni best.
siap katanya lagi scary daripada insidious, the conjuring bagai. amboi menarik ni.
tu yang gigih nak tengok.

amik kau baru start kejap dah scary sana sini.
tengok pun sambil2 kejap2 main hp. gila punya main tipu kan. ;p
cerita belum habis ni. aku pause kejap.
kasi hilang debar. hahha.
sempat update ni.
tu takpa..tu takpa. aku nak terkoncing sangat-sangat ni.
tapi macam takut nak pergi toilet. bongok gila. ;p
me not loikeeeee.

ok dah selamat pergi toilet.
lega rasa hati sebab depan terang sebab tak tutup lampu.
sebab takut gelap sangat terpijak anak-anak kucing.
tapi daripada toilet nak jalan ke bilik meremang-remang pulak bulu roma.
eeeee takut.

eh tertekannya nak habiskan cerita ni.
tapi nak la tengok n tau apa ending dia.

ok la siapa dah tengok bagus.
siapa belum tengok aku bagi jalan cerita sikit.

kisah pasal sorang perempuan ni ada anak 3. n bf kot.
eh ke suami baru. tak sure la.
dorang nak beli rumah baru.
tengok iklan memang murah rumah tu.
bila tengok besar gila best semua la. macam tak masuk akal.
so dia tanya la penjual tu, kenapa murah? mesti ada sebab.
so penjual tu kata la yang rumah ni dulu ada masalah. ada pembunuhan.
tapi kisah lama orang pun dah ingat sangat cerita tu.
yang perempuan tu beria sangat nak rumah tu.
laki tu ikutkan aje. n laki tu cakap la, yang rumah takkan bunuh orang, orang yang bunuh orang.
gituh.
so pindah la.

n well, well, welll….memang berhantu ok.
btw, rumah tu pembunuhan tu berlaku bila abang sulung tu dengar bisikan ke apa.
so dia bunuh semua ahli keluarga dia la.

yang bestnya anak perempuan new couple ni elok berkawan ngan budak jody ni.
jody ni kena bunuh ngan abang dia tu la.
banyak la benda pelik jadi.
tapi paling tak boleh blah.
dia mintak father datang tengok rumah dia.
father tu nampak la anak pompuan ni pegang bear.
pastu father tu kata la kat mak dia ni.
dia kata dia kenal family sebelum ni tu.
n dia involve ngan funeral family tu.
so dia kata la bear tu jody punya.
pastu dia kata la, masa pengebumian tu, bear tu di tanam sekali ok ngan jody.
aaaaaaaaaaaa…. *kalau aku dah lari angkat tangan terlambai kiri kanan*

tu takpa. then father baru nak buat upacara kena gangguan father lari lintang pukang ok.
kalau aku la.
contoh la aku mintak tolong ustaz, sekali ustaz pun lari tak cukup tanah.
kirim salam la aku nak duduk lagi.
memang time tu gak aku keluar woihhhh.

banyak lagi la.
tapi kang cerita semua tak best la kan.
nak pergi tengok sendiri. n sila seram macam aku. hahah.
cea eksyen kemain kan. padahal tak abis tengok ni.
nway, sekarang ni bf perempuan ni macam kerasukan la.
so minah ni dah rasa lain macam.
so dia pergi buat research kat library n baca kisah pembunuhan sebelum tu.
n sintom sama. n bf dia macam dah ke arah tu.
n kononnya pembunuhan tu terjadi hari ke 28.
akan ada bisikan suruh laki tu bunuh semua ke apa. gituh la.
so now dalam proses perempuan tu balik rumah nak bawak keluar anak-anak dia.
masalahnya sampai situ je aku mampu tengok.
i is so scaredddd.
takut terlebih sebab ini adalah true story if tak silap.

kemungkinan besar aku akan sambung tengok siang karang je la
tapi selagi tak tau ending memang terkebil-kebil la aku nak tau ending. ciskek betul.
first world problem betul.

p/s: aku try baca novel game of thrones tadi. kemain pening daripada tengok tv series. tahniah.


14 Comments:

syieda said... [Reply to Comments]

Hahahaha..harap bertabah peej. Aku pun berhenti nengok movie kat astro ni. Padahal bukan citer hantu..tapi psiko je pun..tetap aku rasa takut nak nengok endingnya..hahaha

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

"*kalau aku dah lari angkat tangan terlambai kiri kanan*" Hahahahahahahahahahaha........
Tengkiu Peej, balik kerja kang aku tgk.
Harap2 link ko bg ni xkena block smpai bila2 hehehe

Mama Safiy Arfan said... [Reply to Comments]

eh mcm sy penah tgk je cete ni....

attyfir said... [Reply to Comments]

thanks peej kasi link
kty peminat citer hantu ..

ieja isa said... [Reply to Comments]

eja peknen...tp suke tgk movie2 antu ni..harap baby dlm perot ni bertabahlah...hahahaha...

ieja isa said... [Reply to Comments]

eja peknen...tp suke tgk movie2 antu ni..harap baby dlm perot ni bertabahlah...hahahaha...

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

pham dah knp peej takut g toilet! gigih trus tgk tau...

Cik Polkust said... [Reply to Comments]

dah tgk jugak.. mmg favourite movie tuh! ending best. takde matik2 hehe..
lain2 fav adalah Conjuring, Insidious(1st part, ending dia adalah grr, masa tgk tatau aku 2nd part), MAMA pn best! lain dari yg lain..
sy slu tgk movie hantu sensorang gak, gelap2, malam2, tapi tak pakai earphone la, guna speaker hahah.. gila earplug yg suma suara antu masuk dlm telinga.. then nk tidur, tv teman sampai ke pagi.. atau bukak cite katun upin ipin sbg peneman nk tidur hehe
cite2 antu Stephen King pn best2 gile nk pengsan gak..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh xpernah tgk lagi.. baca sinopsis ko ni mcm best je. kena download ni, tapi harus tak tengok soang2. kena tgk berjemaah kt ruang tamu haha. kalau ada cerita best share la lagi. kebuntuan dah nak tgk movie apa ni. hehe

Filla said... [Reply to Comments]

dan aku baca entry ko separuh je.. ko start nak citer sikit pasal citer ni terus aku scroll ke bawah.. jangan takutkan aku boleh tak? walaupon ko akan cakap sapa takutkan kau? ye kau takutkan aku... aku tak kira..

aimi said... [Reply to Comments]

And the best thing is, it based on true story. I mean, rumah tu memang betul2 wujud pun. Haa..scary x? Nasib ryan reynolds berlakon, sedap sikit tengok kehenseman dia hehe

aimi said... [Reply to Comments]

And the best thing is, it based on true story. I mean, rumah tu memang betul2 wujud pun. Haa..scary x? Nasib ryan reynolds berlakon, sedap sikit tengok kehenseman dia hehe

kausar said... [Reply to Comments]

oh no i mmg takleh la tgk cite hantu especially kalau bakal outstation atau suami bakal outstation. sure terbayang2

Mrs Rz said... [Reply to Comments]

dl tgk citer ni kt wayang! habes kul 11 mlm, pastu dah takut nk drive balik umah...hahaha...tp mmg scary giler, termenjerit dlm wyg tau x mcm perasaan naik roller coster! bahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...