Instagram : @peejburhan

daddy..daddy coollll...

ok takleh lama. update pantas namanya ni. :)
hari ni busy memoack barang.
Alhamdulillah banyak order. patut dah siap awal.
elok settle pack barang, ada lagi menderu masuk 5-6 order.
so sambung pack.
siapa nak barang semua ada ready stock yea.
skincerity Insyallah malam dapat barang. nanti aku update kat social network aku.
if nak apa-apa whatsapp aje 0122758575.

ok kali ni nak update progress papa.
last week kita orang bawak papa pergi untuk check up kat HAT Mizan.
dekat je so ok je.
tapi dah kata burung hantu kan.
terkulat2 jugak la aku kena bangun pagi kan.
aku n noy bawak.
sebab PG bawak mama untuk urusan haji mama.
isnin tu noy n PG bawak papa.
so aku n noy pergi selasa tu.


papa still tak boleh jalan sendiri.
so memang berkerusi roda la.
noy drop kan kat main lobby.
aku lari dapatkan kerusi roda, then noy parking.
so senang berdua la.
hari selasa tu takda apa. just amik darah n air kencing je.
then kena pergi check mata.

hari isnin tu jumpa doktor.
doktor kata pasal stroke dia tak concern.
sebab stroke memang macam ni. dia takkan getting worse ke apa.
usually if ok, getting better boleh.
so kena rajin la kan.
sebab tu kita orang paksa papa jalan sendiri pakai walking frame.
akan suruh dia exercise tangan semua.
tak boleh biar. if malas n biar tu yang nanti mati semua.
so Alhamdulillah papa boleh la if nak jalan pakai walking frame ni.
tak laju tapi ok.


n now dah boleh dah if  dpd kerusi dia nak menggelongsor je turun n duduk bawah.
masa mula-mula dulu berapa kali tersungkur ke lantai dpd sofa.
sebab tak balance kan. n dia tak boleh nak bangunkan sendiri badan.
tengok if makan pun tangan kiri tu boleh la hold mangkuk ke apa.
tak grip betul tp ok.
masa mula-mula tu pegang apa semua tercampak je.
sebab tak rasa kan tangan tu.

ok nway, actually papa ni ada tumor kat otak.
nama benda tu apa tah. kita dia ni main kelenjar yang mengawal semua kelenjar yang ada dalam badan kita.
masa papa kena stroke back in 2003 dah ada dah benda tu.
tapi dorang monitor benda tu takda enlargement ke apa.
so ok la takda apa.
tapi bila kena kali ni.
bila buat ct scan n mri. benda tu dah membesar. 
orang normal macam kita patut benda tu takleh lebih dpd 1cm.
so papa punya now dah 2.4cm :(

bila adanya tumor tu.
banyak system dalam badan ni terganggu esp hormon.
sebab tu la nanti papa ni suka nak marah tak tentu hala.
padahal ikut karater papa bukan seorang yang garang or suka marah2 ke apa.
tapi tu la. hormon dia tak stabil. n banyak lagi la.

salah satu ialah mata.
bila benda tu membesar. dia ganggu saraf mata.
patut la since few month back papa kata mata papa kabur je.
sebab tu aku tak suka dia nak datang drive malam2 ke rumah aku ke apa.
tau mata dia bukan clear.
tapi tak sangka la teruk.

so hari tu, check la mata.
kan selalu macam kita baca2 huruf tu kan if check mata nak pakai spec tu.
tau kan huruf paling besar kat atas sekali tu.
huruf E selalunya. besar gilaaaaa weyh.
so masa check tu tutup mata sebelah.
boleh tak, papa kata tak nampak. ye ok dia tak nampak langsung.

so check pulak kat tempat lain.
dorang check mata memang takda masalah.
tapi sebab kan tumor tu membesar, dia dah tolak nerve untuk mata.
sebab tu mata jadi tak nampak.
so di nasihatkan untuk operate benda tu.
sebab dorang kata if biarkan, nanti one day lansung tak nampak apa.
so saddd.

papa of coz la takut.
kelakarnya time tengah sembang tetiba papa kata, "aku takuttt."
hahaha kelakar. sebab papa mana pernah cakap "aku".
tapi memang la takut kan. duhhh.
esp bila dorang cerita pasal prosidur nak operate tu.
papa kata taknak.
tapi aku cakap la, mama nak ke tak nampak nanti?
tak nampak nanti tak boleh nak tengok bola, main fb, main instagram, tengok game of thrones.
nak?
papa senyap je.

tu tak. tengok macam mana.
nanti ni set untuk next appointment.
lepas ni akan bincang ngan family macam mana nak buat.
hopefully semua ok.
wish for the best.

:: us with daddy ::


ni sempat candid semalam.
mama suapkan papa. sweet sangat.
boleh je papa makan sendiri. tapi mama rajin suap.
tak tau la aku nanti boleh tak jadi sekuat mama.
semoga syurga tempat mu ma.
dalam sakit pun still jaga papa.

sekarang ni kita orang suka buli papa.
papa kan tak boleh jalan.
if nak apa-apa, kita orang akan cakap, paaa tolong amikkan hangbag tu.
pa, tolong bukakkan pintu tu.
papa gelak je geleng kepala. hahahaha. ye la sebab memang tak boleh la kan. ;p

ok la.
nak siap keluar. bye.


8 Comments:

Suria Muhammad said... [Reply to Comments]

Entry happy.. tp masa yg sama sebak.. Whyyyyy... hehehehe insyaAllah, everything gonna be ok.

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Uncle Burhan, get well soon kayh! Kuat semangat tau.... Hari2 saya doakan uncle boleh chill cam sebelum2 ni.. Im quite a daddys girl. Sob2 jap tengok uncle tapi u r bless with supportive & happy family! Kak peej, u n ur sibling memang anak2 yg soleh n solehah, unite masa parents tak sihat. Touched I tengok pengorbanan korang towards them. May Allah bless every1 in ur family. Be strong. (^^,)

akiss. said... [Reply to Comments]

semoga papa peej cepat sembuh dan kuat mcm biasa. sedih baca , apa2 aunty pun kuat. doakan kesihatan uolls :)

shuweet said... [Reply to Comments]

semoga uncle bob kembali sihat....ayah aku pun dah lama sakit camni...cuma tumor die tu tak membesar...bertabahlah dan doa banyak2 ye peej

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja.
i doakan your papa sihat kembali.. semoga dipermudahkan semuanyaaa... semoga kesihatan mama semakin baik.. semoga your family tabah dengan dugaan Allah ni, insyallah semua will be o.k

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peej.. speedy recovery to ur dad & moga auntie juga terus sihat... im so touched beyond words tgk the unity of your family... everything will be just fine... hugs ur dad n mama for me :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Rasa bahagie je tengok senyuman uncle. Kasih sayang keluarga membahagiakan walau sakit. Semoga Allah swt pelihara uncle.

A.I said... [Reply to Comments]

dalam tak sihat pun, uncle tetap nmpk smart & macho ^_____^
semoga diberi kesihatan yg baik utk auntie + uncle..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...