Instagram : @peejburhan

cuba try test

semalam pukul 3 pagi macam tu telefon aku bunyi.
lama pulak tu. memekak je. aku silentkan je.
then lepas tu call lagi.

yang laki aku tidur pun boleh terjaga.
pastu tanya siapa.
bongok sangat. aku yang debar-debar tau.
ye la sesuatu sangat telefon bunyi kul 3 pagi kan.
aku jawab kata tak tau, no tak kenal.
malas angkat.
kalau customer pun agak-agak la if nak call pagi-pagi.
takyah. esok-esok ada.
ok lets tidur.

tapi keep on call ok.
sampai aku terpaksa silentkan phone.
sebab silent, merasa hari ni terlajak-lajak aku tidur. cisss.
aku check. amik kau. ada dekat 7 miss call.
pukul 4.30 pagi. lepas subuh pun.
ada la selang few hours. eeiiiii.

aku dah macam, apa yang penting sangat?
if customer pun usually tak dapat call, kau order je la through whatsapp or sms kan.
lantak la.

then tadi around 2pm macam tu call lagi.
sumpah aku sampai dah kenal no tu.
so aku jawab la. ok la siang kan.
maybe la kot customer.
sebab aku ada customer yang tak reti sms or whatsapp.
usually yang berumur sikit. n sometimes dorang ada persoalan ke apa nak tanya.

sekali jawab suara lelaki.
sengau.
ok takpa.
pastu biasa la.

me : hello
him : hello. ni siapa ni?
me : tak ni siapa?
him : tak kenal ke?
me : sorry tak kenal. nak apa ye?
him : alaaa tak kenal ke?
me : tak la. nak apa ye?
him : ni siapa ni ye?
me : tak serious nak apa sebenarnya ni?
him : takkan tak kenal.
me : takda nak apa kan? sorry tak kenal. bye.
him : hmmm ok la. bye.

e eh kau ni dah kenapa?
memang aku tak kenal la. ngan suara sengau kau.
biadap call orang pagi buta.

tak lama lepas tu tengok masuk whatsapp, "hi".
ok BLOCKED.

serious aku tak boleh blah la orang macam ni.
apa takda kerja sangat ke kau randomly main call/whatsapp je no kau tak kenal.
apa faedahnya? bazir bil/kredit kau ada la.

dengan harapan akan berputik kot bunga-bunga cinta if di layan.
tapi maybe la kot.
kalau dedua jenis sangap.
tapi kot ye pun bercinta la macam orang normal.
sekarang ni ada camera 360 la apa bagai.
jangan jadi macam ada kes tu. bercinta sakan.
bila jumpa tengok gf dia selama ni tu tak lawa macam dalam pic dia biasa tengok.
terus terjun kat mall tu bunuh diri.

tapi serious aku masih terngiang-ngiang suara mamat sengau tu.
rasa nak tumbuk.
tumbuk bukan sebab sengau. tumbuk sebab macam orang gila call berkali-kali.
bodoh piang.

10 Comments:

Dils said... [Reply to Comments]

Naseb baik laki peej tak angkat. Kalau tak terberak agaknye caller sengal tu.

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hahahahahaha..siyes lawak

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Eh...aku pulak yg hangin baca conversation mcm tu.
Ko yag call2 org, lg ko nk tnya sape. Pastu assume org nk kenal ko.
Panas hati dpt call mcm ni, mcm xde hari siang nk main fon tu, kot ya pun nk menggatal.
Ehhh...ehhhhh panas ah camni

mia azzah said... [Reply to Comments]

lawak plak..aduhaiii.....hilang ngnantuk petang2 ni

Aty_Fared said... [Reply to Comments]

it's happened to me tooooo..!!!! rasa nya die main petik2 nombor orang niaga kat blog kot.. aaiihh... memang biadap kan...

ieda iedana said... [Reply to Comments]

eee.... call banyak2 kali ingatkan macam emergency, sekali main2 je. rasa nak tumpang tumbuk sekali boleh? haha.

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Eee i baca pun geram. Mmg bodo piang punya jantan. Maybe dia ada baca blog u kot, tu yg dpt your phone no... Lps ni if dia call lagi cuba pass kan kt your hubby. Biaq hubby u skolahkan dia biaq tercirit kat situ

elle said... [Reply to Comments]

motif sangat kan nak buat prank call kat bini orang pukul 3-4 pagi... masa I kena call macam ni dulu, sambil mamai2 I selamba cakap "lagi sekali ko buat prank call macam ni, aku buat report kat polis & SKMM. ko ingat diorang tak boleh trace ko sape???". fewwww..... terus aman tidur malamku lepas tu, takde prank call lagi dah.

sya mokthar said... [Reply to Comments]

eh eh.. kite yang bace ni pun rase nak kasi sebijik penumbok je kat laki tu.Motippp?? hish....

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

dulu saya pun penah kena macam ni. lagi teruk kot sbb die boleh lak megaku die tunang bf aku. dah la masa tu kitorg memang dah plan nak kawin. hampir2 gak gaduh besar dgn bf. tapi last2 buat xtau je sbb org giler kan. lagi satu dah tentu saya kenal mak bapak bf saya. xkan la diorg x bagitau die nak tunang kan? 2-3 bulan baru org tu senyap terus.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...