Instagram : @peejburhan

choco top

few weeks back filla ada datang rumah aku.
nak keluar makan masing-masing malas sebab tau la cuaca nowadays.
memang panas bahang tak boleh tahan.
baik duduk rumah aku je, pasang aircond, baring-baring. nyaman je.

tapi lepas tu perut lapar.
nak masak rumah aku barang banyak habis.
so lets order makanan.
aku kata order mcD nak?
dia ok je.

omg filla ni kalau nak order makanan punya la lama.
nasib la aku ni penyabar orangnya. urut dada.
nak tunggu dia decide nak makan apa pun lama.
kejap nak ni, kejap nak tu.
last-last dia tanya, aku makan apa?
aku cakap la aku makan sekian2.
pastu dia kata, eh nak makan sama macam aku la.
hishhhh *pandang dia sambil kecikkan mata*

ok nak call.
sekali dia kata eh nak choco top jugak.
aku dah macam, apa choco top tu?
dia kata ala yang sundae kon tu. yang ada chocolate tu.
aku dah macam eh boleh ke delivery order ice cream? cair la nanti.
dia kata boleh.
aku kata tak tau la aku tak pernah order.
if la boleh pun takkan la nak order sundae cone. macam mana nak bawak kan?

tak puas hati gak tu. dia suruh gak aku tanya.
dia nak ice creammmmmm.
cuaca panas2 ni sedap makan ice cream. eeeii sabar je la.

ok la aku call la mcd.
so order la itu ini.
muka filla tepi aku dah sibuk2 nak ice cream. *kecikkan mata pandang dia lagi*
so aku tanya.

me : nak order ice cream boleh tak?
cs : yes boleh.
me : hmmmm kalau nak order sundae cone yang choco top tu boleh? *rasa nak tikam diri sendiri*
cs : hhahaha *gelak sinis* eh yang tu tak boleh la miss.
me : a ah kan. *maluuuu*
cs : tapi if nak sundae or mc flurry boleh.
me : hmmm kejap yea. (tanya filla) eh kalau nak mc flurry or sundae boleh. kau nak apa?
fillaaa : hmmmm. jappp…alaaa nak choco topppp.
me : tak boleh la. cepat la.
filla : hmmm taknak la ice cream.
me : *jeling filla* eh takpa la taknak ice cream
cs :  haahhaha *gelak sinis lagi* ok miss. thats all……

eeiii rasa nak tumbuk je filla tu kan.
dah la memalukan iolls tetiba nak order choco top.
pastu tetiba taknak ice cream pulak.
saje je suruh aku tanya kan.

tapi lepas kes tu.
aku asyik la terbayang je choco top tu.
aku tak pernah makan ok. hahaha.
entah tak terasa nak try sebab terbayang macam eh mesti manis chocolate banyak sakit kepala ah.

dah la aku berapa malam asyik la teringat je.
pastu keluar ngan noy pergi drive thru.
aku kata la nak choco top tu.
noy pun buat muka pelik. kata sedap ke?
aku kata tak tau la. filla kata sedap.
sampai dia suruh aku order kat delivery.
dah dedua beli.
pastu sanggup kau berhenti tepi jalan layan ice cream baru balik rumah.


aaaaa sedapppp.
dah rasa macam magnum lak sedap tu.
kalau ada almond memang sebijik la. oh im in love.
patut la filla gila suruh aku sampai order delivery.
hahhaa gila jakun kan. orang dah bertahun makan benda ni. aku je baru try. hua hua.

yang noy pulak.

noy : omg sedappp. tak boleh yea order delivery kau kata?
me : memang tak boleh la. kau gila ke? tengok la macam mana. macam mana dia nak bawak motor pegang benda ni. cair la semua.
noy : mana tau dia ada bekas or alat untuk hold n sejukkan ice cream ni.
me : kau ngan filla sama je.
noy : serious ok dia kena cipta alat tu.
me : *kecikkan mata pandang noy*

Ya Allah Ya Tuhanku, kau beri aku adik yang begini, sekarang kawan pulak sorang macam ni jugak…aku pasrah.
serious dedua tu sama je.
sama blur. sama bimbo.
aku n elly sentiasa mengurut dada melayan kerenah dorang.

paling tak tahan bila dalam whatsapp group filla berbunyi, "aku cuti so aku free esok. siapa freeeee?????"
dia tau dah tentu elly kerja. aku memang kerja kat rumah je kot.
haih la filla *pandang hp sambil kecikkan mata*

:: tadi noy saje je whatsapp pic dia beli lagi. kong jaq ::


p/s: aku terbayang org mcd delivery gigih kena pegang ice cream ni. hahhahahaa.

15 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

kann aku dah kataaaaaa... choco top tu sedappppp... makan pastu choc dia tu pecah2 crunchy, ice cream tu lemak manis2 tak manis sangat.. omg.. ko degil kan peej? *kecikkan mata tengok peej*

Liyana Raziff said... [Reply to Comments]

OMG Peej, ini pon favorute kita ni, gigih drive thru mcd hari2 beli choco top. hahaha, semata-mata choco top je, x beli makanan lain pon.

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

tak bole blah part kecikkan mata tu.. ahahaha.. so funey tapi sgt menghiburkan.. thanks peej.. pagi2 ai dh gelak... :D... u made my day! :D

sharon m.q. said... [Reply to Comments]

omgg kak peej..now i want that choco top tu jugakkk.. f

Mama Eqalicha said... [Reply to Comments]

lamanyaaaa x mkn choco top nih... dah stat terbyg2 nih...

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

haih! pagi2 baca ni.. rasa nak tikam diri sendiri.. hahaha

BIRU vs PINK said... [Reply to Comments]

hahaha lawak giler korang nih... tapi mmg best kan?

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

heyyyaaaaaaaaaaa!! Korang ni biar betik??? Hahahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej...aku suka je ada kwn2 yg blur n sengal ni...baru meriahhhh..(sbb aku pun sengal)..hehehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

amboi kak peej..sedap nyer... omnomnomnom.. balik nanti kena beli la...even dalam freezer banyak da eskem.. hoho...

WhiteOrchid138 said... [Reply to Comments]

Hahaha post ni sgt funny

linda said... [Reply to Comments]

entry kijem nih..sy pun nak pi bli gak la huhu..

TunSha Ayunie said... [Reply to Comments]

Aku tumpang terbayang sama mat delivery tu pegang chocotop sambil bawak moto... wakakakkaa !! gigih !

Anonymous said... [Reply to Comments]

aduh.... lawak kentang betul. sengal la bila terbayangkan budak delivery tu pegang aiskrim sambil menjejeh jejeh.

nadira alham said... [Reply to Comments]

seriusly lawak... tp choco top tu memg best pun..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...