Instagram : @peejburhan

Away

sorry last minit plan.
aku takda ni. tak lama pun aku.
pergi 2 hari 1 malam sahaja.

so untuk yang buat payment ke, order ke, sorry if aku tak dapat reply.
once balik aku akan attend to it.
siapa yang bayar malam semalam, aku sempat siapkan pack barang.
so barang akan di post. aku dah bagi pun tracking num kan.
ni pepagi aku dah gerak. so memang tak dapat melayan ye.
ni aku buat auto publish entry je.

kawan aku la ni buat last minute plan.
kata peluang tak datang selalu la apa.
ikut malas aku memang la tak kuasa weyh.
tau la aku ni bab malas memang aku la Queen kan.

boleh dia call aku pukul 4 petang semalam.
kata jom pergi, flight khamis pagi.
gila betul.
dengan pasport aku mati.
ok tak mati lagi. tapi less than 6 month la kan.
mana boleh. sia-sia kena tahan.
dia kata sempat buat. aaaaaa. stressssss.

dah la time dia call tu aku baru start balut parcel.
semalam pulak banyak gila order masuk. Alhamdulillah.
tapi if banyak tu kau tau la penangan peluh n tangan sotong tu macam mana kan.
boleh dia kata tinggalkan semua tu dulu tak penting. uruskan passport dulu.
eh suka hati sangat kat tak penting kan.
kang customer hantam aku tak pasal.

takpa. siapkan parcel.
then banyak gila barang. macam mana ni.
call noy mintak tolong. dia tak jawab2 phone dia.
cissss. aku usahakan jugak susun elok2. gigih kau naik motor ngan laki gi pos barang. ahahahhaa.
sumpah hebat sangat rasa.
dalam bakul depan penuh parcel. dalam bakul belakang penuh.
laki aku sandang bagpack ke depan.
antara dia n aku aku peluk parcel. survivor sangat.
sipi2 je aku dapat pegang laki aku.
abis dah penuh parcel antara dia n aku.

settle pos terus pecut ke utc sentul. nak buat passport.
boleh lak laki aku salah masuk jalan.
dia pergi ikut jalan dalam konon.
jalan dalam la sangat.
ikut jalan biasa boleh sampai 10 minit.
dia ikut jalan jauh tak pasal amik masa 30 minit kot baru sampai.
tu takpa la.
boleh kau sampai sana rasa nak pitam.
sebab gegaran motor dia pecut tu, kesemut kaki aku.
tak rasa apa je pijak lantai.
tu takpa. ngan bontot n cikpek semua kesemut. bongok sangat ok.
me not loike.

tapi adalah happy sebab UTC sentul tu bukak until 10pm.
pastu kan. aku sampai petang tu. takda orang sangat weyh.
ada la dalam 5 orang gitu je.
amik nombor bagi ic n passport lama, tak lama lepas tu terus kena panggil.
fuiyohhh dah takyah kena isi borang apa bagai.
then dalam 5-10 minit gitu panggil lagi untuk amik pic.
wah canggih setiap kaunter tu dah ada screen n camera.
siap sempat la kau adjust2 muka.
dah budget lawa ni.
sekali orang tu kata rambut selak ye, kena nampak telinga.
oh man. bongok tau. terus tak lawa muka kak jah.
matiklah nak gakkkkk kan. walaupun hakikatnya memang tak lawa pun.

but aku terfikir. motip kau suruh selak nampak telinga?
perlu ke kan?
orang pakai tudung tu? mana ada nampak telinga!
apesal tak suruh dorang selak bagi nampak telinga gak.
merepek sangat tau.
but what evs.

then gap 10 mins lagi panggil buat bayaran.
then 10 minutes lagi panggil n dapat passport.
kagum sangat kak jah uolls.
kerana tak sampai satu jam settle weyh.
patut la kawan aku begitu yakin kata boleh buat kejap je siap la apa.
hebat sangat.

then balik rumah.
mission booking flight pulak.
pun give up aku. sebab dah elok nak buat payment error. kims sangat.
aku memang dah malas dah, ah takyah la pergi.
tetiba kawan call paksa kata cuba la lagi. jangan la malas.
haaaa ye lah.
nasib try kali ni berjaya.
kalau tak memang tak kuasa la aku kan.

so begitu la betapa kelam kabuitnya hari ku ini.
suka hati tau buat tekejut2 macam ni.
harap selamat pergi selamat balik la.

yang laki aku kemain drama sedih.
siap mintak no account aku, kata nanti dia dapat gaji nak masukkan duit kt aku.
eeeiii mengada kan. aku pergi 2 hari je la. esok balik dah.
tak yah mengada sangat la.
pastu dia sibuk dok lap2 bag. lap habuk sikit2 sudah.
di tak kemain dok kebek2 lama2.
aku nak kemas ni. dia kata mana boleh. kena perfect.
sebab u artis. nanti orang perhatikan u, so kena la presentable.
eeeiii menaikkan darah je. *kecikkan mata bagi pandangan maut*
dia sambung, betul la..mama yang kata moling tu artis semua orang kenal.
ok malas layan. suka kau la nak lap macam mana pun.

ni dah siap kemas.
tapi rasa debar2 je. hahahah.
sebab tak pernah aku buat plan menggila macam ni.
pastu rasa macam eh nak kemas apa ni. tak tauuuuu.
eh ok la. aku kena tidur la. ada kang tak bangun.

aku nak keluar rumah pagi elak jam.
naik teksi uolls.
kawan aku bengang tu aku kata nak sampai rumah dia selepas subuh. hahahha.
dia kata lewat sikit takpa. taknakkk. aku tau hazab macam mana mrr2 tu.
so merasa la aku gerak awal n sampai awal rumah dia.
katanya. jangan terlajak tidur sudah.

oh btw ni auto publish entry.
by the time publish ni aku dah otw ke airport pun.
ok ta-ta.



3 Comments:

farah shazlina said... [Reply to Comments]

hahahaha.. lawak giler tang laki akak lap2 beg ckp akak artis..
mcm t'bayang2 je.. kelakar giler..
tapi, betol gak 2.. artis blogger.. hehehe.. ;-)

Nieda ramly said... [Reply to Comments]

suspens ...nak fly ke mana?

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Selamat pergi dan balik peej. Kalo ada terkasar taip, harap dimaafkan ya. selamat menjalani ibadah puasa.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...