Instagram : @peejburhan

Assalamualaikummmm….uncleeee...

laki aku ni kan ramah tamah orangnya.
macam aku pernah cerita.
walaupun aku ni duduk sini dah 2 tahun, tapi rasanya jiran yang bebetul aku kenal n tau nama 2 orang je kot.
tu pun sebab aku kenal daripada zaman aku kecik.
yang lain cam la muka, nama langsung tak tau.
tapi yang macam tu pun ada la 3-4 muka je aku cam. hahaha.
sebab aku memang tak berapa nak jadi ahli bertenggek di depan ke apa.
aku selalu dalam rumah je.
if keluar pun betul-betul keluar la. keluar masuk kereta. balik keluar kereta masuk dalam.
gituh.

lain pulak ngan laki aku yang suka duduk depan sapu-sapu la.
suka tegur semua jiran sembang la apa.
kadang if keluar. kita orang dalam kereta. sanggup dia turunkan tingkap n bagi salam tegur.
amboi over sangat ni haaaa.

kadang if keluar. tetiba nampak dia bertegur ngan someone siap sembang.
aku blur-blur je.
pastu nanti orang tu gerak aku tanya la siapa tu. pastu laki aku kata tu jiran la.
haaa jiran? jiran mana? jiran duduk hujung sana.
hujung as in hujunggggggg jauh ok.
macam mana dia boleh kenal aku pun tak tau la.

tu takpa. tu takpa.
terpaling baru aku tengok bebudak area rumah ni.
selalu petang-petang memang ramai yang berkumpul bermain bola la apa segala la.
dah lama ada
tapi lately aku rasa dorang rajin mengacau laki aku.
sebab rumah aku ni, laki aku suka bagi kucing luar makan.
kesian. memang kesian. tapi satu la i tak sanggup.
sebab bermacam kucing keluar masuk. memang jawabnya ada la adengan pancut sana sini.
kadang tu ada la bau hancing kat luar tu. grrrrrrr….

so nway, so kadang macam-macam kucing la ada kat rumah ni.
buat macam rumah sendiri je.
so bebudak suka la kot. esp bila ada kitten datang ke apa kan.
so maybe laki aku suka melayan bebudak tu pasal kucing ke apa.
ok takpa la. suka hati korang.

then ada satu petang tu, laki aku takda.
dia ada urusan kot. belum balik kerja. ke keluar eh. aku pun lupa.
aku tengah main laptop sambil on tv.
biasa la tv on takda purpose selain jadikan background peneman je. hahah.
then tetiba dengar suara bebudak 2-3 orang.
assalamualaikummmmmm….uncleeeee….uncleeeeeee.
assalamualaikummm…uncleeeeeeee..

aku?
aku slowkan tv, duduk diam-diam dalam rumah.
hahahha buruk perangai kan.
sorry kids. uncle memang suka melayan bebudak.
aunty ni anti social sikit. hahahhaa.
after awhile aku tengok dah takda dah. phewwwww.

then semalam sama jugak aku kat dalam.
laki aku dok menyiram pokok bunga.
aku dengar dia bersembang ngan budak.
tersengih-sengih lak aku dengar conversation.
daripada cara bercakap n sembang aku syak budak laki tu dalam darjah 3 macam tu la.
semangat dia cerita pasal diri dia.
kata dia duduk mana. nampak tak kereta sekian2 tu. haaa tu rumah kawan saya.
kawan baik kat sekolah la n tah apa-apa la.
elok je laki aku melayan. bertambah seronok la kan.

aku memang kurang reti daripada dulu.
sekarang ok la sikit. tapi still takda la hebat sangat.
boleh nampak kot. tak kira la comel macam mana baby orang.
aku takkan offer diri nak dukung or cium. tengok n senyum aje.
orang kata nak dukung? pun taknak.
unless jenis yang paksa terus letak kat aku. ok macam tu boleh la.
tapi aku keras macam tu je la. hahahahha.

sembang lagi la.
boleh la setakat layan sikit-sikit.
banyak tanya sikit terus aku akan, tak tau la..pergi tanya kat mama awak. mama mesti tau.
hahahha kong ajo sangat kan perangai.

entah la. dah aku macam tu.
tapi kau bagi aku kucing aku tau la bercakap.
aku suka kucing. kucing kita cakap dia macam paham.
pastu nanti aku samakan kucing ngan manusia. pastu nanti semua bengang.
dah la comel rasa nak tumbuk.
pastu kucing don't judge u.
wah yakin je kan, walaupun daripada pemerhatian aku..aku tau kucing aku macam lagi suka laki aku daripada aku je. hahahhaha.

ok aku pun tak tau apa motif entry ni.
tetiba masuk cerita kucing.
sebenarnya nak cerita aku suka pulak curik dengar laki aku melayan budak-budak ni sembang.
n budak tu semangat cerita macam-macam.

tu pun laki aku dah masuk sebab dah maghrib.
aku dengar ada bebudak ni dok bercakap lagi.
dorang cakap eh dah jumpa la. ni la kucing tu. eh mana uncle tu?
sorang lagi jawab, eh uncle dah masuk la.
takpa nanti kita bagi tau uncle.
hahaha comel sangat.



4 Comments:

Mama Eqalicha said... [Reply to Comments]

Mcm sama je kite.. suami sy ramah tamah dgn jiran2.. sy ni silent-mode... kekekeek :D

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, perangai kita lebihkurang sama. Suka bercakap ngan kucing dari manusia. Ada dunianya tersendiri.... heeee....xpe la...janji bahagia kan :)

- Hayati -

sya mokthar said... [Reply to Comments]

rajin nye husband kak peej layan budak kan..
budak-budak age cenggitu memang banyak sembang nye..
otak nak berkembang..
hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, petua nak elak kucing tu pancut peej curah cuka kat tempat die slalu pancut tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...