Instagram : @peejburhan

rambut sama hitam tapi hati…?

sejak kebelakangan ni macam-macam benda berlaku sekeliling aku.
ada benda boleh la komen.
ada benda setakat perhati n mampu diam je la.

selama ni kau maybe mampu baca kisah-kisah orang aje.
or setakat dengar orang bercerita.
or tengok dalam drama aje.
sambil berkata dalam hati. ada ke wujudnya orang macam ni?
macam tak percaya pun ada.

sampai la tahap kau sendiri alami benda tu.
kau sendiri nampak depan mata.
kau sendiri terpaksa harungi benda tu.
baru kau paham.

pastu tak semena-mena hati aku jadi sebak sangat.
terasa sangat sampai kau boleh rasa hati kau jadi sakit.
eh bukan sakit hati macam sakit hati benci tu.
alaaa, rasa macam kau tau rasa resah, sebak, speechless.
sampai rasa macam denyutan jantung ke hati kau rasa sampai ke luar ni la.

satu perangai aku.
aku memang pandai menasihat orang.
bila orang cerita masalah, amboi kemain aku bagi solution itu ini.
macam la aku terel sangat kan?
ok memang tak terel, tapi biasa dengar orang bercerita. so sedikit sebanyak kau amik la tips sana sini.
padahal aku pun sendiri tak pernah alami benda tu.
tapi, ye aku yang banyakkkkkkk sangat tips ni pun, tak semena-mena terkono jugak.
sebab? sebab aku ni jenis pengesian.
ikutkan kadang aku ni hati boleh tahan keras gak.
tapi bila orang keluarkan cerita drama-drama sedih ke apa.
aku kesian. cepat nau kesian.
n bersangka baik.

tapi bila kebaikan kita orang amik kesempatan.
rasa macam dipijak-pijak je. aku jadi marah.
tapi aku ni boleh dikatakan kesabaran tinggi jugak la.
ye tinggi sangat sebab tu mak pun cakap aku je yang sesuai ngan laki aku.
sebab aku je boleh tahan.
even mama pun cakap. aku penyabar.
sebab aku tak suka gaduh. aku kalau gaduh. kalau aku keluarkan kata-kata daripada mulut aku ni.
maknanya itu la penamat. memang bisa membunuh tahap laser aku ni.
so selagi tahap kesabaran ni masih ada. baiklah pendam je.
darah tinggi pun takpa la.
so aku kalau marah usually aku malas nak bercakap terus.

aku tak tau la orang lain macam mana.
tapi aku rasa aku di besarkan dalam keluarga yang close.
sangat close ngan parents n all.
biasa la family mana takda selisih paham ke, gaduh2 ke apa. mestilah ada kan.
tapi still tu parents kita. tu family kita kot. so takkan la nak berpanjangan pulak problem tu.
so aku tak dapat bayangkan bila tengok drama, dengar cerita ke apa pasal perihal anak-anak.

ikutkan memang la macam takleh percaya je.
tapi bila ada berlaku depan mata. kau macam takleh hadam je rasa.
ada kes yang sanggup taknak jaga mak dia ke apa.
sanggup letak kat rumah orang tua-tua.
tak pun biarkan mak dia sorang-sorang kat rumah mak dia.
then just upah orang setiap hari datang tengok mak dia n uruskan.
sedangkan kau duduk rumah besar, kaya raya, ada pembantu rumah elok je.
salah ke salah satu bilik tu mak kau duduk. kau malas sangat biar la orang gaji kau uruskan mak kau.
mak kottt! eeeiii sedihnya aku.

ada satu kes ni pun sama.
aku kesian tengok aunty ni.
anak ada tapi tak pernah anak-anak dia nak amik tau pasal dia.
suami dah meninggal. so sorang la aunty tu.
anak dia ada yang duduk luar negara.
bayangkan sanggup dia bila balik sini, tapi tak tengok pun mak dia.
tapi pergi party semua boleh.
tak pun ada anak dia, jengok ke tanya khabar taknak.
tapi if dia nak kemana ke apa. tiba-tiba datang letak anak2 dia kat rumah mak dia.
biar mak dia jaga. pastu berapa hari tak amik anak dia.
takda pun pesan or bercakap kat mak dia mana dia pergi. bila nak amik anak ke apa.
kau bayangkan raya pun tak balik ok.
sian gila la.
so aku tengok aunty tu now, pertengahan bulan puasa sampai la ke raya, dia akan pergi umrah.

kau bayangkan mak kau dah tua.
duduk rumah sendiri.
so nanti aunty tu boring dia datang la rumah fam aku. nak sembang ke apa.
nanti dia nak kirim barang kat kedai ke apa, dia pesan la kat abang aku.
ada kerosakan ke apa kat rumah. nanti mintak tolong abang aku betulkan.

aku tak tau la mana hati perut manusia ni?
aku tak dapat bayangkan.
aku baru sehari dua tak jumpa mak pak aku dah resah gelisah je.
tertanya-tanya je macam mana la dorang.
tolonglah. dorang semua dah tua ok.
tak tau berapa lama lagi Allah bagi kesempatan nak pinjamkan dorang kepada kita.
pikirlah.

macam mertua aku.
aku mengaku, memula dulu ada benda yang macam aku tak puas hati je.
esp bab duit la.
macam laki aku. gaji tak besar.
ni masa sebelum kawin aku rasa. aku pun lupa.
aku time tu pun tau la tak kerja ke apa kan.
so nanti MrB mesti akan kata takda duit la apa.
sebab bagi mak la, bayarkan itu la, ini la. macam-macam la.
padahal kita orang tengah nak mengumpul duit nak kawin ni.

aku jadi bengang je.
bengang sebab pikirkan hoih keluarga besar.
kalau sepakat kan senang.
ni takkan semua dia je nak tanggung.
aku siap bagi cadangan apa kata u pun buat tak tau gak.
banyak kali gak la boleh gaduh n masam muka la.

sampai la ada sekali tu MrB cakap kat aku. yang sampai sekarang terpahat kat kepala aku n buat aku sedar.
dia letak aku dalam situasi dia.
dia kata if la papa n mama tu takda income sendiri, memang mengharapkan anak.
sanggup ke u biarkan papa n mama duduk tak tentu arah, takda duit nak makan minum ke apa semua.
tu mak bapak dia. tu tanggungjawab dia.
biarlah la orang lain macam mana pun, tapi mana dia boleh bantu. dia akan bantu.
terus aku macam sedih. betul kata dia.
tak dapat bayangkan kalau la benda ni jadi kat family aku.
apa dia cakap tu buat aku sedar.

so sekarang, sebelum laki aku hulur kat aku duit ke apa.
aku akan tanya dulu, kat mak dah bagi?
sebab aku pikir, Insyallah ngan rezeki yang sikit Allah pinjamkan kat aku ni. aku boleh la belanja lagi apa perlu.
tapi mak tu, kalau laki aku tak bagi. macam mana la agaknya.
maybe la yang lain-lain pun susah ke, ada tanggungan so tak boleh bagi.
entah la.

Alhamdulillah walau aku ni takda la berkerja pangkat besar ke apa.
aku meniaga kecil-kecilan je.
tapi mana aku boleh bantu setakat aku mampu aku cuba bagi.
ada time of coz kau ada rasa bengang tu macam eh apesalll aku je ni kena bagi.
tapi maybe tu ujian Allah nak tengok kita macam mana ke apa. kita tak tau.
so maybe tak banyak boleh bagi. bagi mana boleh.
walaupun ikutkan, bukan tanggungjawab aku.
tapi bila tengok macam mana happy mak bila kita salam berisi tu *hihihi*, rasa sebak.
berpuluh kali mak ucap terima kasih. sampai naik segan.
tak ni bukan nak poyo ke apa. konon wah bagus sangat ke kau?
macam nak memenangi carta hati mak mertua ke apa.
takda ok. ni sekadar bercerita.

sebab lain orang lain ujian dia.
macam aku baca komen korang dalam cerita mak mertua few months back.
terkejut2 aku baca pelbagai kisah orang.
maybe bahagian aku, family suami aku bukan orang berada.
tapi aku syukur sebab dikurniakan mak mertua yang takda lorat sangat.
pedengki, saje nak porak peranda kan kau suami isteri ke apa. sebab banyak ok kes macam tu.
so janji kita happy dah la.

kalau boleh jangan la berkira ngan orang tua kita.
tak kisah la mak bapak kandung ke, or mertua ke.
kadang-kadang memang la if pikir, eh daripada aku bagi orang tua, baik la aku beli hp, baik aku beli bag, baik aku melancong, baik aku shopping.
memang if pikir macam tu, memang sampai bila la kau nak hulur rm30 pun pikir 80 kali. baru berapa tu, belum part hulur ratus ke, ribu ke apa. memang takdo la.
tapi Allah dah janjikan, 1 kau bagi, 10 Allah balas.
tapi jangan la kau bagi sebab mengharapkan balasan pulak.
takdanya luak pun duit kau kalau setakat kau hulur RM50 ke RM100 ke.
sebab kalau kau tak bagi pun, takdanya duit tu tetiba berbuah-buah ke apa.
sedar tak sedar kau guna je nanti duit tu tak nampak apa.
tapi if kau hulur tu, kegembiraan dorang tu.
tak kisah la kau datang daripada keluarga senang ke, susah ke. kau kata la mak bapak kau tak mintak ke.
dorang memang tak mintak n kadang-kadang taknak terima.
tapi kau cakap n make sure dia amik.
if dia elak jugak kata kau ikhlas nak bagi sebab ni hasil kau bekerja. memang niat nak bagi kat bapak or mak kau.
percayalah, in the end mesti dorang akan amik jugak n cakap terima kasih. :)


macam mak now tak kerja.
ye la dia bukan sihat pun. dah tua weyh.
tapi ye la income mana ada.
harap anak-anak hulur.
ada hulur, ada la. takda kalau?
tah macam mana mak ada la datang rumah aku few months back.
sekali laki aku kata takpa mak, mak tolong pija buat kerja, pija bagi gaji.
e eh. memandai sangat ni.
kaya sangat ke aku nak menggajikan orang ni?
dah la lepas2 tu mak tanya ada tak kerja. mak boleh buat.
kalau takda pun takpa mak tolong kemas2 rumah kau ke?
kau tergamak ke? mak kot.
macam kerja aku selalu buat. memang la orang akan kata, eleh apa sangat kerja kau buat.
setakat kerja pack barang post la apa.
hello, unless kau tak buat benda ni, kau jangan nak memandai2 kata benda ni tak penat ok.
tangkap pinggang ok.
aku yang umur 31 ni pun sakit2 badan buat kerja.
boleh kau bayangkan mak yang umur 2 kali ganda aku, aku nak tengok buat benda ni?
agak-agak la.

ingat lagi mama pernah offer aku nak tolong.
dia kata takpa la, if aku tak larat ke apa.
takyah ma, Insyallah if sihat aku masih boleh hadap lagi.
mak bapak kita ni dah tua.
bukan masanya la kau nak perah tenaga dia.
tak kisah la kau nak bagi upah ke apa ke.
tapi pikir logik, patut memang tanggungjawab anak untuk balas jasa n jaga parents kita.
so hulur je la, takyah mengharapkan balasan ke apa.
dah penat dorang hidup membesarkan kita susah payah. takkan la sampai tua nak susahkan dorang.

amboi kemain panjang kak jah bebel.
tapi ada lagi. sabarrr. hasil minum kopi.
terus rasa tangan aku ni adaaaa je benda nak type.
padan muka korang.

macam korang tau. kereta adalah mengalami masalah.
aku pulak dalam proses nak beli kereta. kereta aku sendiri.
proses lama sikit la. sebab akak kan bukan kerja berpayslipt ke apa.
so amik masa. takpa la.
tapi memang agak susah jugak pergerakan la.
tapi Alhamdulillah aku dikelilingi orang yang memahami.
bila aku memerlukan sangat bantuan. if roger akan ada membantu.
kalau boleh memang aku cuba elakkan la.
satu perangai aku. biar la aku susah macam mana, selagi boleh hadap, kita jangan susahkan orang.

so now kemana-mana memang naik motor je. ok je happy je.
sampai jugak ke destinasi. cuma ada time susah la.
esp bila barang aku nak post banyak.
taknak kacau orang, aku suruh laki aku postkan naik motor.
tiba-tiba dapat call dia kata ada parcel jatuh. dia nak selamatkan tapi kereta laju n kena langgar dah.
kesian dia berapa kali kata kesal la apa.
aku macam tersentak jugak la. sebab tau la barang2 aku jual mostly mahal kan.
untung pun ok-ok la. so if jadi macam tu, kadar kerugian nak tanggung tu menikam jiwa gak la.
tapi nak buat macam mana, dah jadi. dah tertulis.
nasib la parcel jatuh. kalau laki aku yang jatuh? Nauzubillah.

cerita kat mama terus kena marah.
dia kata asal tak call mintak tolong fam ke apa.
aku taknak susahkan orang, ye la orang pun ada life la.
mama kata darah daging sendiri, bukan orang luar pun. boleh tolong.
tapi memang lepas tu if aku mintak tolong, adik aku akan datang.
tapi if barang tak banyak kita orang post sendiri je pun. naik motor. baru feeling awie n erra zaman sembilu.
ewah. tapi kita orang version motor kapcai la. haha.

nway, bab nak ke sana sini pun ok je takda masalah.
alah ok je la. ada jugak motor.
ada orang motor pun takda, kena turun naik bas ke teksi ke kan.
so sila bersyukur di situ.

tapi ada kejadian macam mengejutkan aku.
ada someone ni tetiba cakap pakai la kereta dia.
dia ada kereta lebih. so sementara aku takda ni pakai la.
of coz aku taknak. ish tak berani la. kereta orang.
plus macam aku kata, kami ada motor. n best je naik motor. boleh je bergerak pun.
so kawan aku ni pun ok la.
tapi berkali2 dia tanya. aku kata takpa, aku ok.

tetiba semalam dia bersuara lagi.
siap dia kata suami dia pun kata amik jugak kereta ni.
punya la aku n suami aku menepis sana sini.
tetap dorang laki bini berkeras kata tak kira. amik jugak. malam dorang hantar.
aku terkedu. aku sebak.
kadang-kadang terpikir, Allah ni hantar rezeki, pertolongon dari entah mana-mana arah.
Allahuakhbar.

memang aku beria kata tak perlu.
lagipun aku rasa tak lama lagi ok la kot.
dapat la kereta aku nanti. Insyallah.
dia kata amik jugak. sebab kecemasan kita tak tau.
dia kata what if jadi la apa-apa ke apa.
time tu takda siapa, fam aku busy kerja, laki aku pun. macam mana aku nak bergerak.
aku tak terpikir pulak ke arah tu.
tapi kejap ni aku teringat, ingat lagi few years back, arwah maktok nazak.
kita orang semua ada ngan maktok.
tapi abang aku P.G lambat maybe seminit macam tu aje lepas maktok meninggal.
sebab? sebab time tu dia takde lesen n tak tau bawak kereta.
so mengharapkan orang jemput dia n bawak ke rumah aunty.
maybe ada betul apa kawan aku cakap.
so aku terima la alasan dia.

tapi tu lah. aku masih sebak.
tak terbalas aku kebaikan dorang suami isteri ni.
baik sangat.
tak sangka daripada pembaca blog, jadi kawan, now jadi sahabat yang sangat baik.
naik segan aku ngan dorang.
sebab tu aku selesa sangat berurusan dengan dia.

eh tapi takda la aku nak cakap yang lain tak ok.
masing-masing ada kelebihan n kekurangan. termasuk aku.
aku ni lagi la banyak kurang daripada lebih.
tapi rasa bersyukur sangat dikelilingi orang-orang yang baik n positif.
aku harap aku pun boleh contohi dorang ni semua.
takyah nak sebut ke apa. nanti aku tertinggal sebut kang ada kecik hati tak pasal.

semua la.
bila macam-macam ujian ni semua.
baru kau sedar mana ok mana tak ok.
bukan dari segi family or kawan-kawan je.
ada jugak kalangan reader, customers n yang sentiasa tanya khabar n bagi macam-macam tips.
bagi pertolongan n all.
semua aku baca. if mana tak sempat balas tu aku mintak maaf yea.
tapi aku appreciate sangat. :)

sebenarnya macam nak bebel panjang lagi.
tapi cukup2 lah. kang korang pun pitam baca entry panjang2 ni.
ok. sekian untuk hari jumaat ini.



26 Comments:

JDK92 said... [Reply to Comments]

Peja...u really touch my heart and my soul!!! Now i feel like running to my mother and mother in law and say sorry!!!

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

tetiba rasa sebak plak baca entry ni -_-
pasal kereta kawan awk bagi pinjam tu, ye betul mungkin itu rezeki Allah bagi melalui pertolongan kawan
mana tau hari ni hari awak, esok hari siapa pulak
kita berdoa lah semoga hidup kita sentiasa dibawah lindunganNya

Flying Fish said... [Reply to Comments]

Betul tu k.peej. kadang bile dapat rezeki camni baru la kite teringat betapa sayangnye tuhan kat kite even kite selalu lupe die *that's me*.

Bab kasi duit tu pulak eventhough kadang rase berat jugak tapi i always pujuk myself by saying 'murah rezeki tolong keluarga ni' hehe

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

sama la. macam aku pun sengkak gila tapi duit kat mak bagi dulu. alhamdulillah allah tolong aku takde duit pun jarang ada ujian besar besar yang memerlukan belanja, alhamdulillah

Anonymous said... [Reply to Comments]

wow...memang menusuk kalbu entry hari ini, dan macam tau-tau je memang isu ini tgh hangat kat opis saya...emmm a very good point of view. thanks for sharing. Barakallah.

BIRU vs PINK said... [Reply to Comments]

Sabar la Peej. semua org ada dugaan masing2. Pepandailah kita menghadapinya.

Suraya said... [Reply to Comments]

u made me cry la pgi2 ni peej...huuuu...but yet still lap u banyak2..

*anggapjelah mcm kita saling kenal..coz i buka blog u tiap2 hari*

Anonymous said... [Reply to Comments]

assalamualaikum.....

post yg amat menginsafkan...tak sedar airmata mengalir
rasa sebak sgt...teringat aruah mak dan abah.al-fatihah.
terima kasih.

luvlymaira said... [Reply to Comments]

terbaiikkkk peej...sy silent reader ja.tp baca entry ni rasa terkesan sgt...

ReeNaJoE said... [Reply to Comments]

huhu selama ni akak baca as ur silent reader je tapi pas baca post awak ni terus (T_T) n call mak terus tanya khabar..u're lucky to be surrounded by ur loving family n kawan2..dugaan ni dtg pelbagai cara n begitu juga rezeki yg penting apa yg kita buat kena dapat redha ibubapa barulah dpt keredhaan Allah...keep up the good writing peeja..

linda said... [Reply to Comments]

Sebak plak bc entry tu..insyaAllah yg baik akan dibls baik..

norbashima said... [Reply to Comments]

Salam Mrs B....sangat terharu membawa entry kali ni...Luv it very much..<3 <3...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Allahai panjang! hahahaha
terheadbanging2 tanda setuju bila membacanya peej. Baca lak pasal makmen tu alamakk i la tu salah sorang yg komen. sentapmaknak kejap :P

QASEEH HATIKU QASEEH said... [Reply to Comments]

i lup u adik peeja wlu pn x knl n x prna brsua..heee..nmpk rowk..tp dlm hati ada tmn..entri arini kira mcm tazkirah utk hari jumaat.. sesuai sgt..very2 touching..n menyedarkan..mmg kejadian ni byk jd dlm kehidupan kita..sedar dgn pura2 tak sedar saja..kann..

Anonymous said... [Reply to Comments]

tersentap kejap baca entry ni. Thanks peej for this reminder. Love my mum and late MIL so much

Lavender violet said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum..
huu rasa mcm kena tampar kat pipi bila bab mintak tolong mak ni..
thanks peej for this beautiful entry :)

nuui said... [Reply to Comments]

Syurga Anak (lelaki) di bawah tapak kaki Ibu-Nya.
Syurga Isteri pula di bawak telapak kaki suami.
Rezeki datang tidak hanya dengan limpahan wang ringgit. Tapi ianya hadir mungkin dari pertolongan dan bantuan ikhlas dari yang sudi membantu, tiada demam atau selesema. Dan juga rezeki datang dengan keluarga yang bahagia tanpa ada masalah yang tidak dapat di handle.

Jadi sebagai Manusia, itulah percaturan hidup. Sebagai contoh : Jika memberi sedekah biar Ikhlas. Jangan awak memberi sedekeh Note 100 awak berharap Tuhan membalas rezeki awak note 1000. Jika ada Allhamdullilah.

Mana tau awak sedekah RM100. cucu-cicit awak lagi 40 tahun mendapat balasan/kesannya. Peace!

Tahniah peej. Saya bangga dengan awak.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Harap dapat maju dalam hidup dengan menutup aurat pula lepas ni.

PetakBunga said... [Reply to Comments]

selamat hari ibu peej.

doa ibu bapa insyallah berkat kat hidup anak2.

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

salam ukhuwah..membantu selagi mampu dn percaya setiap rezeki yg Allah beri ada bahagian org lain juga...:-) nice entry....dil pernah mengalami situasi begini..tp percayalah ukhuwah itu indah dn rezeki Allah itu luas....lapangkan dada tenangkan jiwa...in shaa Allah hidup bahagia

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Alaaaa sebak pulak aku baca. Tsk tsk tsk

Mitah Limpu said... [Reply to Comments]

Salam kak peej. entry kali ne buat saya menangis :'( even saya belum kerja but still if anything happen to me especially about money i tak berani nak mintak kat mak ayah sebab faham diorang tak kerja. saya study pun harap duit ptptn je..huhuu
saya nak share sikit. dalam family kitorang ada 6 beradik. 5 pompuan 1 laki. akak first dan second tu belum kahwin. akak yang ke3 tu dah kahwin dan dah ada anak sorang. masa cuti sem1 haritu saya ada pulang rumah kat Sabah. btw,saya orang Sabah tapi study kat KL :) mak ada cerita yang makcik saya tegur mak. dia cakap "awak ne tak nak ke tengok anak-anak awak kahwin? tak payah la nak susahkan diorang nak minta duit bagai." lepas dengar tu saya nangis tapi tak tunjuk pun dengan mak. sebak. mak tak pernah pun halang anak-anak dia kahwin. even tak pernah pun minta duit. akak saya tu memang suka bagi duit kat family. every month kirim duit. kitorang dulu hidup susah. tapi mak selalu ajar kitorang bersyukur. everything happen pun kena bersyukur. tak kisah baik or buruk yang jadi. huhuu.

Happy Mother's Day in advance kak peej :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

bagi saya inilah entry yang paling terkesan dihati dan sangat2 memberi keinsafan.

lyza safa said... [Reply to Comments]

Very touching. ....kdg2 berfikir byk kali nak hulurkan bantuan utk family sendiri....tp saya dh tetap dlm hati...bila hulurkan bantuan pd sesiapa jgn fikir byk kali...terus buat....kdg2 bisikan akan buat ubah fikiran. .tp bila dh hulurkan bantuan..betapa leganya hati...terutama tolong family sendiri..love u peej..moga Allah berkati u

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

setuju, peej. kalau kita bagi kat orang, Allah akan bagi berganda2 balik kat kita, sama ada kita sedar atau tak. walaupun sometimes bila nak memberi tu akan terfikir, eh lepas tak bajet bulan ni nak bagi duit kat orang pulak. tapi percayalah Allah akan bagi kecukupan tu kat kita, kita akan rasa setiap benda tu cukup je walaupun gaji tak de la puluh ribu sebulan. its better than duit banyak gile, tapi every month tiba2 tau2 habis semua duit and tak pernah rasa cukup. mintak dijauhkan la macam tu. you're a kind and good daughter/DIL. teruskan la berbakti kepada family selagi mereka ada :) keep the chin up! ramai syg ko peej. termasuk la kitorang2 readers ni. hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Duit yg kita belanja utk diri kita tu utk kegunaan kita di dunia je...tp duit yg kita sedekah tu la yg bantu kita di akhirat nanti

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...