Instagram : @peejburhan

pilih kasih

aku tak sure dah cerita belum dalam blog.
tapi andai kata dah. anggap je la belum yea.
malas nak selak old entries check out.

btw ingat tak aku ada bagi tau masa repair rumah yang Milli terlepas tu?
well, syabas sangat sebab pulang membawa perut. dasar sangat perangai.
so anywau, tau-tau hujung bulan lepas lahirlah anak dia.
dia pandai sikit. tak menggelupur macam kasih dulu.
dia pandai beranak sendiri.
tapi terlebih pandai orang dah sediakan kotak kau tau dia beranak mana?
dia beranak dalam sofa ok! kau mampu?

tengah dok lepak aku dengar suara anak kucing.
amik torch light suluh bawah sofa takda pulak.
tapi kain bawah sofa ni melendut je.
dia dalam tu ok! grrrrrr.

tah bila dia buat kerja. aku rasa dia kitai2 kain bawah tu.
sampai ada koyak bukaan. dia masuk dalam tu. cissss.
tapi ye la sofa lama pun kan.
terbalik2 la sofa dibuatnya nak keluarkan dia anak beranak.
terpaksa aku basuh sofa tu..gila betul.

lahir 3 ekor.
teruja je ada sekor tu color oren.
nampak sangat si oren la laki si milli ni


serious aku rasa tu paling romeo area ni kot.
serious banyak gila anak2 kucing oren area umah aku ni.
but umur oren tu tak panjang.
after few days dia mati.

aku pulak time tu sibuk ulang alik hospital.
takda la monitor je kan.
tau-tau tengok dah mati.
tapi masa amik tu lembut lagi badan dia. maybe baru mati.

so now tinggal la berdua je.
tu takpa. si comel sekor ni aku risau je.
aku syak tangan dia patah.
sebab terdampar je tangan dia.
pastu dia tak bergerak sangat.
padahal sekor lagi kemain gerak sana sini panjat la apa.


see. nampak tangan dia?
aku tak berani nak betulkan ke check ke. kang jadi apa pulak.
tapi after awhile aku tengok dia boleh bergerak. lega sikit.
tangan dia macam cacat la.
tapi as long as dia boleh jalan sendiri ok la kan.
geram sangat tangan dia tu.
dah macam penyu aku rasa.
terus panggil dia penyu. hahah.


haha tengok la tangan dia tu.
eeiii geram.
first time keluarkan ni.
semua sibuk kerumun.
tapi riri la paling sibuk penyanyang.
dia suka feeling nak jadi ibu susuan walaupun takdok susu. haha.
dulu moolat n milli masa kecik sibuk hisap tetek riri. bongok sangat. padahal takda apa pun.
amik feel je kot.




now dah start lincah la.
tapi still penyu ngan cara dia la.
terkenkang-kengkang je if panggil dia. comel.
dah la manja gila.
mesti nak selit2 kat kita.
sebeb tu terpilih kasih sikit kat dia ni.
asyik amik pic dia je.
sebab sekor lagi tu eksyen.
dah tak suka kita pegang2.
penyu ni anje je.
:: geram sangat ti tompot penyu ni ::



penyu says hello.
happy weekend pipol.

p/s: no aku takkan bela dorang. sobs. byk sangat kucing ni. nanti cukup umur dah pandai makan n potty train aku akan open untuk adoption ye. :)


6 Comments:

Dils said... [Reply to Comments]

alahaii.. kesiannye penyu tu. Mesti nangis bile time nak bagi penyu kat orang. Penyu tu mmg tangan die ade problem kut, tapi kalau boleh jalan, bole berak and kencing sendiri ok je.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alo..omey angat..

haira cookies said... [Reply to Comments]

Siannya kat penyu.... Pandai je kak peej letak nama dorang kan?hehe.. Romeo d Orange, kelass kau..hehe

Do check out my page, http://hairacookies.blogspot.com

It means alot! (n_n)

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

tomel nyaaaaaa tangan mencapah tuuuu

Mia Kassim said... [Reply to Comments]

Sian anak kucing yang satu tu, kaki dia memang gitu agaknya bukan sebab patah kan. Tapi kaki dia tu buatkan dia seekor anak kucing yang special :D

Chempaka Aurora said... [Reply to Comments]

onyonyonyo....tomeynyer bebudak dedua tu...penyu tu paling buat gewams...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...