Instagram : @peejburhan

pengaruh kuat ni.

jangan tanya ni bila.
aku pun hilang ingatan kadang-kadang.
yang akak tau filla kata nak jumpa n lepak.
aku ok je. memang takda apa pun kan.
tapi filla bagi soalan2 tah apa-apa.
dia kata ok ke? ke takut aku nyampah ke apa.
eh mengada. datang je la gila.
plan nak melepak je.
sekali elly kata jom lunch.
dia nak belanja. wah apa lagi. ok aje.
orang nak belanja tak baik menolak ok.
apa lagi. terus siap.
kalau takat lepak rumah ngan kak pilla.
pakai baju kelawar je sudah. haha.

so elly kata jumpa curve.
ok on.
nasib la wujudnya DUKE ni.
kalau tak memang tak kuasa la nak jauh-jauh ni kan.
sampai je terus kena layan elly shopping.
elly jenis simple macam aku.
suka, beli, settle.
tapi filaaaa? boleh tahan pening la layan.
cerewet baq hang.
boleh tahan lama la.
tapi bagus gak dia tak beli.
sebab aku cakap. kasut ni biar selesa.
kang kau spend duit beli ikut nafsu. end up tak selesa nanti tak pakai kan.
aku lettew. hahha. tau perangai aku. beli sebab rasa lawa.
pastu sekali pakai tak selesa, mampus aku tak pakai lagi lepas tu.
aku ni kaki cepat penat n lebar. so memang payah la.
so baik la pakai selipar jepun aku je.
aku memang hampeh. semangat la bersiap sakan, kasi elok muka, pakai elok, pandang bawah tetap selipar jepun. muhahahha. ada aku kisah?
kasut aku pakai kalau ada event aje. sebagai menghormati majlis gitu. ;p


tunggu dorang ngan masalah kasut dorang.
baik iolls selfie kan. lagi best. haha
then si elly sepuluh kali kata nak makan TGIF so ok aje.
aku sebenarnya suka lagi chilis. tapi sana takda kan.
so TGIF pun ok aje.
dah la orang nak belanja lagi mau banyak cerita kan. hihi.
pastu elly siap paksa2 makan steak. layankan.
tengok semua order steak. ok la order sama.

:: actually elly order plain nanchos with dip. tetiba dapat ni. takpa. sedap aje. licin jugak ::


mine. sirloin steak.
dorang takleh terima sebab steak aku amik medium. so kan pink2 lagi.
eh suka laaaa. baru la moist je. rasa daging.
if well done ni selalu nanti dry. tak suka.
plus aku ni berketurunan edward cullen. vampire kan. kena la medium.
wahhh nak jugek.



kakak-kakak kesayangan
wah saje je panggil kakak kan bagi dorang bengang. haha.
ye la i paling remaja dalam semua.
dorang suka buat2 terkejut bila cakap umur aku.
konon nak samakan ngan umur dorang lah. e eh jangan nak suka2 yea.
tapi actually aku malas pun nak pikir.
sebab ramai je orang tua dpd aku panggil aku kakak.
suka kau la. kalau rasa dengan buat begitu membahagiakan kau.
tapi kadang terbiasa sangat. aku asyik bahasakan diri aku akak ngan customer.
nanti kena la sound sebenarnya dorang lagi kakak or sebenarnya sebaya. haha. tak kisah la.

tengah lepak tetiba lak elly dapat idea pergi ikea.
dia kata pergi la beli kain tengah ada offer.
elly ni bab pengaruh orang memang no 1 dia ni.
kita orang memang dah lama nak.
sebab raya last year tengok alas meja elly. lawa la suka.
design lawa sangat. dia kata dia beli kain langsir n buat jadikan alas meja.
so kirim kat dia. dpd raya lepas weyh.
dia malas la tu. so dia suruh pergi buat sendiri. baiklah.

so harap maklum tujuan asal nak pergi adalah beli kain ela untuk buat alas meja ye.
tapi kau tau la dah nama ikea.
aaaaa tetiba sedar2 trolley hampir penuh weyh.
elly paling over sebab dia patut teman je tetiba dia sama naik.
tu takpa siap paksa apa dia beli kita orang beli.
filla paling kuat terpengaruh la kan.
dia memang akan beli jugak sama ok.
aku lak taknak. sebab aku tau takda guna.
aku beli yang bebetul aku nak je.
pastu tak puas hati ok dua orang tu.
siap balik saje up gambar kata ruginya aku tak beli.
tah apa-apa tah. gila.


kau tengok la gaya elly membebel tu.
sebab paksa kita orang beli.
aku memang suka. so terus amik.
filla dok pikir2.
tu elly bebel tu. kata berguna la apa.
nanti dah beli mesti kau akan kata bagus kau elly, pilihan kau memang sentiasa terbaik.
nak jugak akhir2 nanti kena ada pujian kepada elly.
tu kak ton tu suka.


kau tengok.
daripada asalnya nak beli kain alas meja je ok >_<
tu takpa tukang tolak trolley aku ok.
dorang tu kelam kabut kejap2 hilang carik barang.
pastu jalan laju2.
pastu kata cepat peej, cepat peej.
eh kau tolak tengok. woi jadi berat trolley ni.
esp nak corner tu. menyenget2 aku nak tolak.
tau nak cepat je.
lepas tu aku saje biarkan dia tolak trolley, tau sengih2 lepas tu. haaaa berat kan!
tersenget macam ketam tolak.


over sangat ok dia ni.
tau-tau dia paling busy cari barang.
siap bagi cadangan mana yang lawa n all.
nasib aku tak terpengaruh sangat.
layan dorang memang agaknya bil aku rm1000 hari tu.

tu takpa.
elok time bayar baru masing-masing tersedar.
eh kereta park dekat curve weyh.
beratnya nak angkat barang ni. aaaaa.
tapi dah kata menggila beli barang.
rasanya kena angkut sorang satu ke the curve.
pastu bising masing-masing nak patah bahuuu. help. help. help.

takpa kepuasan hati tu penting. hihi.



tu takpa. tu takpa.
yang pasti aku beli beria.
sampai rumah taknak guna.
sebab ye la nak tunggu raya.
tapi boleh tahan lambat lagi la raya kan. haha.
rumah aku ni takleh guna awal.
jahanam nanti di kerjakan kucing uols.
bulan ni nak tempah langsir lak.
mama dah cakap dpd bulan lepas.
hoih. duit..duit..di mana kau duit?



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...