Instagram : @peejburhan

lebah sibuk

hahah tajuk macam apa je.
asyik tajuk busy bee.
marilah kita menaikkan martabat bahasa melayu.
jadi la lebah sibuk. hahahha. gilo.

sibuk sangat aku ni kan sampai tak sempat nak update blog pun.
kalau tak update tu memang sibuk sangat la.
Alhamdulillah walaupun tengah bulan banyak pulak order masuk.
tu yang menambahkkan kesibukan sebab masa yang ada digunakan sebaik-baiknya.

oh siapa nak order n nak tengok promosi apa yang ada boleh CLICK HERE

minggu ni memang sibuk sebab nak uruskan hal kereta tu.
last friday dapat call daripada bank kata loan lulus.
terus kak jah menyanyikan lagu, "Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat", sambil menari kepak-kepak.
kau mampu bersyukur tapi sibuk nak menari jugak. buruk perangai betul.
tapi serious rasa lega sangat.

ye la aku kan tak bekerja ni. takda payslipt.
semua berdasarkan bank statement je.
tu yang debaran lebih. takpa, nanti details aku cerita bila dah dapat kereta.
ewaaahhhh, kemain ni sambil type sambil senyum meleret ni. hihi.
tampar kang.

nway, so set la time ngan orang bank bila free untuk sign apa benda semua tu.
aku kena pergi ngan noy. sebab noy guarantor.
so bila ada noy tu yang jadi susah sikit sebab ikut jadual dia la kan.
macam aku takpa. aku boleh carik masa. if ada hal maknanya aku post la barang awal, gitu la.

tengok noy free isnin. so ok la set isnin around pukul 3 jumpa.
punya la aku rushing siapkan pack barang. dah la banyak.
ye la isnin kan. so ada gap weekend tu.
elok nak keluar rumah hujan selebat-lebatnya. takpa redahhh. dah ada appointment ni.
sampai post office melawati takda parking langsung. dah la hujan lebat melampau.
terus rasa, takpa kita try post office lain.
sekali on the way tu noy call kata dia tak dapat datang.
sebab dia memang pagi tu pergi gleneagles check up la apa.
daripada pagi meleret2 memacam check up sampai petang.
so memang tak sempat la.



terpaksa la aku cancel jumpa orang bank.
hilang terus keterujaan iolls yang tak sabar2 ni nak dapat kereta. hahaha.
takpa la. since dia cancel mari ke jj au2.
situ ada post office.
pergi sana sambil angkut barang. eh apesal ramai.
sekali amik nombor giliran amik kau no sekarang sampai ke giliran aku ada la 70 orang.
what the hell ramai sangat ni.
tak kuasa nak tunggu.
mari makan. so aku membawa diri ke sushi king sorang2.



eh ini je aku makan?
tidak mungkin. ini je yang sempat snap.
lepas makanan sampai harus golojoh makan lupa semua.

sedapppnya sushi. nak lagiii.
sedang sedap aku makan sorang tetiba datang sorang laki ngan dua anak lelaki kecik la.
sorang maybe setahun lebih. sorang lagi 4 tahun kot.
ok comel. anak dia la comel bukan dia.
tapi nakalnyaaaaaaaaaaaaa. nakal aku rasa nak sigung bagi terpelanting budak2 tu.
yang pelik bapak dia lagi menggalakkan.
dia nak bungkus je.
tapi sementara tu dia bagi anak dia main2 ok.
dah la betul2 sebelah aku. grrrrr.
budak2 tu main kicap la wasabi la tumpah sana sini.
main ngan tangan pastu dok pek pek pek tepuk kicap tu. kena aku awas ye.
dengan terjerit2 lagi. bapak pun sama jerit.

yang tak boleh aku lupa tah apa anak dia cakap.
sekali bapak dia kata, belasah nak? belasah nak?
sekali anak dia umur 4 tahun tu cakap, "kalau kau belasah aku, aku lempang kau!"
yang bapak dia boleh,"wahhh nak lempang aku…nak lempang aku yaaa."
e eh kau ni dah kenapa?

aku ni dah la kurang mesra budak.
dapat lak budak macam tu. aaaa tak suka.
ok maybe some akan kata, ala budak-budak biasa la nakal.
NO!
depan aku ada sorang bapak, nampak macam jenis warak2 la.
bawak 2 jugak anak lelaki. lebih kurang sebaya. tua pun maybe 1-2 tahun tua la.
sikit pun suara budak2 lelaki tu aku tak dengar.
elok je makan. biasa la ada dia berdiri2 sikit kat kerusi.
bapak dia tegur terus dia duduk elok balik.

entah la. aku ni pun takda anak. cakap boleh la.
kang aku ada anak mau anak aku stock bersilat atas meja kang tak pasal kan.
tapi entah la. budak zaman sekarang aku tak sure memang jenis tak makan saman.
or memang parents sekarang tak garang kot.
hoi zaman aku dulu jangan la buat pasal.
memang situ jugak mak aku cubit sampai biru.
berani kau nangis. terkulat2 je la kau kat situ.
menangis kalau memang kena jentik mulut pulak.
sampai rumah siap kau.
sekali dua kena cukup lah. memang pengajaran.
lepas-lepas tu mak aku takyah buat apa. kata la kita orang nakal, daripada jauh mak aku pandang jegilkan mata aje. amik kau menikus takut.
yang pelik jegil kat kita orang, pastu elok dia boleh senyum n sambung sembang ngan kawan. haha.
hebat gila.

nway, sambung kisah.
habis makan saje nak tengok post office mana tau giliran aku belum lepas ke kan.
boleh aku naik balik tengok baru 30+ nombor berjalan.
so maknanya aku kena tunggu lagi 30+ baru giliran aku.
takpa la terima kasih.
ingat nak berjalan la beli few barang.
tapi dengan kau kendong bag barang nak post lagi.
nak tercabut bahu. memang tak la. balik je la.

singgah rumah mama kejap, sebab aku ada packkan dia sushi.
ingat nak hantar terus gerak.
nak ke post office melawati balik. tsk. letih aku ulang alik.
tapi mama n noy tahan kejap.
so duduk la sembang dalam 20 minit macam tu.
then gerak pergi post.
aman damai senang hati bila sampai je terus ke kaunter. takda orang. super love.

then balik rumah.
balik rumah sakit kepala melampau.
sebab kena hujan kot.
n bawak kerja hujan lebat ni. mata kau strain nak tengok jalan apa bagai.
sakit gila.
so suruh laki aku urutkan kepala sikit.



haaaa amik kau. ni la muka sebenar tanpa budget. princess fiona sangat. hahaha.
aku tak sure dia ni urut untuk legakan atau nak bagi kepala aku pecah sebenarnya.
tapi serious sakit laaaaa!
pastu dia yang dok burp. kata dia amik angin.
yang aku tergelak2. motip boleh pass2 angin. tak suka tau.
yang dia bengang sebab aku tak serious gelak2.
kena serious ke?

tapi aku rasa bagus jugak la.
elok lepas dia urut terus aku ngantuk.
pastu nak masuk tidur kejap, amik kau burp non stop.
wau hebat. lega sikit la rasa. :)

malam isnin tu pergi amik mak.
laki aku kata mak nak tidur rumah kita orang.
boleh aje.
rumah aku tenang katanya.
tenang la dah takda sapa pun rumah ni kan.
ada pun kucing je la pun. huhu.

then selesa tu cuti.
takda apa sangat.
bawak mak jalan-jalan pusing2 je.
sabtu lepak macam biasa. aku dah lama jugak la tak join.
letih la.
tapi since kawan aku kata dia nak turun. so lets.
plus aku pun nak pergi keringkan baju kat laundry.
musim hujan. malas aku nak jemur2 nanti tak kering.

balik pun dah pukul berapa.
balik sambung lipat baju sambil tengok dvd.
then terbawak2 pulak rasa nak kemas almari.
amik kat tau settle dah subuh. haha.
aku kemaskan sekali MrB punya. kemain la kumbah ikut suka.

yang pasti aku dapat tidur dalam 3 jam je then bangun.
sebab kena siapkan pack barang n post awal.
sebab ada appoitment jumpa orang bank tu.

dah la tersampai dekat 1 jam awal. haha.
sebab ingat nak jumpa ice n huda sekali.
tapi dorang ada hal.
melangok la dua beradik selfie dalam kereta.



 :: hahaha gila kantoi vain nak selfie ::



letih gila rasa berapa hari ni.
tak cukup tidur je.
tadi balik je tertidur kat bilik noy.
hampeh maghrib semua lepas.
tapi tidur dalam 2 jam gitu je.
then balik rumah aku la.
singgah beli ni kejap.
hoi sedap.


ni saje mengadap blog kejap.
lama rasa tak update. update sikit la yea.
ok la. nak tidur la. sakit kepala la berapa hari ni.
baik tidur dan tenangkan diri.



2 Comments:

Raisah @ echah said... [Reply to Comments]

adoilaaa kelakar la k.peej ni. sakit perut tgk gmbr kene urut tu

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

peach kat mana kau beli kek tu RM5.00 je! Aku beli kat Petronas Taman Melati (kat Balai Bomba MRR2) tu RM 6.20. Hampeh!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...