Instagram : @peejburhan

kesayangans

elok transfer pics nampak pic ni.
this was 2 weeks back.


jumpa huda n ice before dorang balik UK balik.
nak lepak keluar takda free time.
bila kita orang free dorang busy.
dorang free aku n noy pulak busy.
so last2 dorang kebetulan ada orang nak hantar barang kat customer.
berdekatan area aku.
aku pulak memang tengah lepak kat luar.
so datang la jumpa.
dapat la lepak dalam sejam. jadi la. huhu.
noy takda la. sebab dia fly time tu.
rinddduuuuuuu sangat.
takpa ada rejeki next year kami ke sana.
tapi pikir balik spend pergi sana boleh aku bercuti 5 tempat kat asia ni. hua hua.
matiklah kedekut berkira. ;p

oh btw, dorang kat sana sambil2 ada buat online shopping tau.
jual segala macam barang la daripada sana, handbags, barangan baby, barangan dapur, mainan, clothing, macam-macam la.
boleh check out instagram dorang @kakishoppinguk
if siapa takda account instagram boleh check out dpd sini http://instagram.com/kakishoppinguk.
if korang nak apa barangan ke tapi takda dorang upload pic ke apa.
boleh je request. nanti dorang carik n quote harga.
ni bff iolls ni, so belilah tanpa was-was :)

lately ni aku banyak berulang alik ke rumah parents aku.
sebab aku takda kereta kan.
wah takda kereta lagi? lama gilaaaa? bukan kata loan dah lepas ke?
well well well. memang dah pun.
tapi boleh pulak kereta yang aku nak ni akan keluar model baru soon.
katanya dalam bulan depan, Wallahualam.
aku macam tak minat sangat yang baru tu punya design. tapi macam canggih je. lalu suka.
tapi still tengok la. kalau harga tak banyak beza dengan now. ok kot.
tapi if jauh sangat. aku tak sanggup pitam bangun balik, pitam bangun balik nak bayar downpayment.
nanti aku menangis bila tengok simpanan menyedihkan. hahaha.
tapi reason aku tunggu sebab alang2 keluar model baru kan, if ever la aku tak amik yang tu, tapi by that time model yang aku nak ni harga akan turun. gituhhh.
harga turun tu ahkak suka. hahaha.

so nway, since takda kereta n papa pulak banyak appointment this week.
then mama pun banyak urusan kat tabung haji.
kena la i ada di sana untuk tengok2 kan papa or bawak pergi appointment tu.
so bila dah kat setiawangsa. harus la ada je noy ni mereka-reka nak ke sana sini.
ok aje. jom.




lepak GE mall macam tak bermotif je.
dia nak beli barang kat guardian. e eleh.
kat area umah pun ada saje je.
katanya nak cuci mata. sabar je la.
tak pasal i tercuci mata jugak, macam mana itu? hahahha.


malam tu aku discover aku ada 4 kotak rokok dalam handbag. haha kau mampu?
nampak sangat otak tak betul.
sebab aku memang suka beli rokok spare.
senang if putus takda la rasa nak tikam orang.
ada je spare. takyah keluar pergi beli ke apa.

tapi rupanya hari tu. aku dah bukak satu. tapi tertinggal dalam kereta noy tak sedar.
so bukak lagi satu. sambil ada spare sekotak.
tak sure ada spare ke tak, boleh pulak pergi tambah beli lagi spare.
sekali noy bagi rokok, haaaa kau ada 4 kotak ok. hahahhahahaha. *gelakdalamketakutan*

oh ini pun hari tu.
since aku nak pakai kereta untuk bergerak.
aku hantar n amik la noy balik kerja.
alang2 aku nak amik quite lewat. n aku kena restock barangan tabita.
so kawan aku ajak jumpa makan nasik arab kat marakesh, kg baru.
hahah nama je orang KL, baru ku tau area tu banyak kedai nasi arab. hua hua.
btw, hanya peejburhan mampu melantak sorang lamb mandy pukul 1-2 pagi.
memandangkan dah berbulan tak makan lamb sebab takut.
tapi kira ok la kan sekali sekala layan. ;p

ni hari lain pulak.
wah kemain ada je program kan.
aku n noy bosan, so mari kita tengok wayang.
since x-men dah keluar. jom layan midnight movie.

lapar baq ang.
nak makan kat pavi tau kedai mesti dah tutup. duhhh.
so takpa la. lets tapau mcD.
sekali mcD kat area rumah tu bersusun kereta. ni mau stuck 1/2 jam ni.
tak sempat. takpa terus ke pavi.
noy bawak makan kat glitters cafe.
cafe untuk gsc ni. oh ada yea? aku pun tak tau. haha nice.
sebab dia tutup lambat.
menu pun banyak. nice
tapi makanan so-so aje.




serious x-men best gila ok.
siapa penggemar x-men sila tengok yea.
cerita kali ni kurang action. tapi jalan cerita menarik. i is loveeee.
n aku tau next x-men mesti akan best balik.
sebab dia ala-ala back to future n ubah2 sejarah gitu.
so macam nanti macam semua ada balik.
kan x-men sebelum2 ni banyak watak dah mati kan. gituh.
hahahha korang kalau tak layan x-men mesti tak paham apa aku merepek kan. ;p
whatever, impian aku tetap nak jadi mystique.
wah bestnya.
if aku mystique mesti sabtu ni hi-tea korang terkejut sebab mencari-cari peejburhan tak jumpa, sekali yang datang beyonce gitu. hahahahaha matiklah melampau sangat imaginasi kan.
masalahnya ayat kat atas tu confident sangat orang mencari-cari peejburhan dah kenapa kan?
tah-tah join sebab nak jumpa kak pilla n elly. cisssss.

oh pasal hi-tea ada few je lagi kekosongan.
ramai korang decide last minute kan nak join.
tapi ye la ramai ada program kan.
silap timing lak tu, time cuti sekolah, ramai ada program bercuti la, class la, balik kg, orang kawin n all.
tu ramai nak datang tak dapat join.
takpa. ada rezeki nanti maybe next time jumpa :)

oh ada few yang kata nak join tapi segan sebab dia silent reader je.
silent pun boleh. tak kisah la. tetap reader kan.
so takyah segan ke apa. if last minute rasa nak join inform je ye.
selagi ada few spots je ni.
jangan terus terjah pulak. tu sesuatu sangat tu.

eh ok lah.
ingat nak mengomel lagi.
tapi ada banyak kerja ni.
so later.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...