Instagram : @peejburhan

kecelaruan

rasa lama menyepi.
menyepi daripada membebel la.
ada je update kan tapi pasal hi tea je. :)

few days ni aku macam kelam kabut sikit.
entah la apa yang kelam kabutnya.
patut relax kot.
ke patut tak relax. aku pun tak sure.

yang pasti otak aku macam kekeliruan n bercelaru.
payah sangat rasa nak buat kerja.
macam rasa tangan macam sotong.
tapi sotong yang dah kat supermarket la,
longlai je tak bermaya. macam tak tau apa aku nak.
kejap capai computer, kejap nanti capai handphone.
tetiba nanti capai rokok sampai tercampak2.
tetiba rasa nak smoke capai lagi rokok tapi rupanya dah ada rokok yang light aku letak kat ashtray.
why oh why.
macam tak boleh fokus sangat.

tapi sebab kerja n mata pencarian aku dengan meniaga.
aku tak boleh rehat.
sebab if aku rehat, maknanya aku takda income untuk tempoh tu.
aku takda keistimewaan macam orang kerja pejabat.
bila ada MC ke apa boleh relax. amik la annual leave ke apa la.
tau-tau hujung bulan gaji tetap on.
no aku bukan merungut. syukur dengan rezeki yang Allah pinjamkan ni.
so selagi ada rezeki. mari la harungi.

cuma kalau aku kurang efisyen sikit lately ni *cea ayat macam la selama ni efisyen kan*, maafkan lah ye.
mana aku tak reply ke apa cuba contact balik.
maybe sebab kecelaruan ini, aku tak reply. then aku lupa.
selama ni memang ada kes macam ni, tapi kali ni macam double triple pulak teruknya.

aku letih ni. mentally.
tapi tak boleh lak nak lelap.
minum kopi maybe petang tadi.
aku rasa PMS pun ada ni.
tah kenapa rasa sebak je ni.
bongok gila menaip macam ni pun tetiba sedih ni.
pastu jantung debar-debar.
mungkin kopi. ye mari salahkan kopi. heheh.

aku rasa lately ni dugaan macam banyak pulak.
datang bertubi-tubi non-stop. Allah nak uji mungkin.
ada la tu salah silap aku di mana-mana.
tapi takpa. mari tabah menghadapi.
pernah orang nasihat kata, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak hadap benda tu.

aku cuba kawal perasaan aku.
aku ni jenis tak tunjuk sikit kat depan orang.
sendiri pendam kadang-kadang. tu sebab rasa senak sangat kadang-kadang.
orang tengok akan tanya sepuluh kali, kau ok ke tak? nampak macam ok je.
aku senyum je. tak pun jawab, ok. tapi hati aku orang tak tau.
entah kadang aku sendiri tak tau hati aku nak rasa apa. aku sendiri confuse.

aku macam tak boleh fokus apa aku nak buat ni.
rasa macam terkejar-kejar nak kena buat macam-macam benda.
tapi masalahnya, aku tak kejar pun. aku tetap statik tak bergerak.
perasaan je macam tu. tapi benda tetap macam tu.
contoh macam aku tau aku kena bayar few benda. ok aku tau..aku kena buat.
tapi nanti nak hadap benda tu, otak aku pikir benda lain yang lagi important.
otak aku melayang. tak boleh nak fokus buat benda tu.
so aku tinggalkan. then aku rasa ok mari buat urusan satu lagi.
tapi kaki tu berat n malas sangat nak bergerak. so kerja satu lagi pun tak selesai.
tak sukanya rasa macam ni. :(

then satu lagi buat aku panic adalah benda tak patut.
sebab aku excited untuk hi-tea ni.
Alhamdulillah banyak respons nak join.
tapi selagi tak penuh list jemputan aku, aku macam tak tenang.
hahaha bongok tak. tapi serious i is debar2 tau.
padahal ikutkan nak meet up nya next week kan.
tapi aku ni ada perangai selagi tak settle nanti tak tenteram. gituh.
rasa macam cepat sikit penuh plisss, so aku tak perlu pikir pasal tu.
just pikir nanti nak spend masa sama-sama ngan readers je :)
atleast nanti mesti aku happy dan melupakan sekejap duka lara hati ku ini.

noy pun sibuk nak join meet up ni. haha. ok la kan. dia pandai sembang sikit.
elly n filla of coz la awal2 aku ajak. sebab dorang penceria suasana aku.
kau ingat aku berani nak redah meet up ni sendiri. muahahaha. takuitttt.
eh tetiba teringat petang tadi sibuk kat group whatsapp memasing nak tunjuk bakat menyanyi so share voice msg nyanyi2.
elly la start. nak jugak semua lawan. filla paling kelakar.
tahap confident harus dipuji. tapi kelaut ye.
dah la orang share voice je dia siap bagi video. tak boleh kata dia, pakai voice msg whatsapp tu.
aku rasa boleh. tapi filla tu blur dia boleh tahan.
so aku n noy pun masuk kereta je terus nak jugak nyanyi.
tapi tak boleh blah kereta dia playlist semua lagu sedih je.
bongok nyanyi aku ni dah la tak hafal lirik, tetiba tak mampu nyanyi tapi termenangis. lirik menusuk kalbu. bongok sangat.
tapi yang pasti takda pertandingan pun elly tetap berkeras kata suara dia n nyanyian dia paling ok.
aku suka betul dorang berdua ni. ada je nanti benda2 kelakar.
sangat menceriakan aku. i is love.
so kalau korang jumpa dorang nanti, mesti akan suka jugak. confirm.
wahahhaha matiklah aku ni sejak kawan ngan elly confident tak agak2. ;p
entah-entah nanti kita jumpa elok suka tetiba menyampah pulak. ok takut. *stressurut2kepala*

e eh tadi mood sedih tapi ni tetiba menaip sambil sengih.
agak saiko di situ.

ok fokus lari lagi. tetiba aku bukak fb. scroll tengok timeline.
then teringat eh bukan tengah buat entry ke tadi?
tau2 dah 15 minit berlalu.
ok sambung sini.

aku rasa blog aku ni dah tak lama la.
ok bukan bermakna aku nak stop blogging.
susah kot. dah sebati dalam diri. walaupun ada moment-moment malas.
tapi nanti mesti ada je benda nak bebel, blog la yang di cari.
sedar tak sedar dah 8 tahun berblogging kan. :)
tapi aku rasa aku akan tutup blog peejburhan ni.
maybe tak. mungkin stay ngan blog ni tapi maybe semua entry lama aku delete n start all over again.
or maybe aku cari url baru n start new n fresh.
eh mana satu ni? see kecelaruan lagi lah ni.

eh tak sanggup betul la lalui phase ni.
Ya Allah permudahkan la semua urusan aku. Amin.
ok tiba-tiba tak tau nak cerita apa lagi.
as usual, akak suka layan perasaan sorang-sorang.
in the end, ni life kita sendiri, kita je yang kena tentukan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.




11 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nooooo..! kak peeja jgn tutup blog please. nanti saya dilanda kemurungan. please stay strong!! weolls ade dibelakang akak :')

Lavender violet said... [Reply to Comments]

be strong akak...
InshaAllah..kembali semula mood ceria akak nnt :D

me suya said... [Reply to Comments]

Janganla Peej.. Okay dah blog ni.. Jgnlah tukar or stop blogging :'(

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

kak peej. jgn la stop menulis. plsssss. sy suka bc blog akak.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej...please..jgn tutup blog ko...blog ko sgt menghiburkan...klu aku boring kat opis..blog ko, filla yg aku cari...kenkadang aku saja baca entry lama2 ko yg boleh buat aku gelak..so..teruskan berblogging..ko ramai peminat yg baca blog tau...n satu lagi..sbb baca blog ko yg buat aku langsung terorder tabitha kat ko bila tgok muka ko and noy cantik bercahaya...gitu...so..keep it up !!!!

- Hayati -
(silent reader)

suezen said... [Reply to Comments]

jgn tutup blog pls....hehehehe

Filla said... [Reply to Comments]

bersabar lah peej.. tuhan sayang orang yang bersabar... dilanda masalah, rujuklah padaNya.. rujuk pada orang lain bimbang tak membantu.. rujuk pada ibu bapa dan kawan-kawan yang boleh pakai.. yang tak boleh pakai no no no... aku doakan ko sihat, gembira dan berjaya.. amboi ucapan.. nak lagi tak video aku nyanyi? bahahahaha

nie eim said... [Reply to Comments]

Jangannnnnnnnn!
Nanti traffic blog baru tak kencang macam blog ni..
hehe..

Biar je la blog ni peej, kenangan..
Kenangan aku juga ni, aku dulu masa memula nak blogging, ni antara blog yang aku jadikan pedoman..hihi

I love your blog very much.
Please don't.
Please.


:)


*saiko jugak tetibe*

muna said... [Reply to Comments]

bertabahlah peej *hugs*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jangan tutup blog...tapi hiatus sekejap takpelah...nanti kami rindu. apa pun yang terjadi , ia adalah kisah hidup kita.
serious nanti kami rindu.

sya mokthar said... [Reply to Comments]

kak peej....please jangan la gini..
stay strong for whatever yang kak peej hadapi sekarang..
saya dah lama bace blog kak peej ni..(baru setahun kira lama la jugak kan..) n jadi inspirasi saya jugak untuk start berbloging.
Meh peluk meh..(even xpernah jumpe life....)
Oh, Kak Peej....
Sobs sobs....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...