Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Seram

hi peej

tak tau nak letak taju apa

yg pasti nak cita hantu la kan

1. cita nie time form 2. 

mmg agak nakal la time tu. tapi jaga mulut. 
ada la satu malam nie kecoh tau budak form 1 kat asputri paling chumel baru masuk kena rasuk hantu. 
lepas budak ni kena rasuk ada la beberapa budak perempuan lain pun kena rasuk. 
time nie baru balik dr prep. 
saya dgn kawan, iza gelak2 mcm tak percaya sgt la dgn budak yg kena rasuk tu. 
waktu nie kitorg berdiri je tepi tingkap dorm sambil pandang kat bdk yg kena rasuk tu tau. bg kitaorg bdk perempuan tu mcm nak perhatian je. 
ye la baru masuk n takde kawan kan. 
sekali budak perempuan yg kena rasuk tu pandang kitaorg dgn mata yg merah sambil menjerit2. terus lari masuk dorm. 
takut giler nak tido malam tu.


2. yg nie pun sama cita kat asrama perempuan gak. form 2 juga. 

waktu nie entah kenapa asyik la sebut setan la, hantu la. 
contohnya "ko nie mmg mcm hantu kan". 
cakap pun mcm tak berlapis. kawan2 dah bg nasihat sbb asrama kitaorg betul2 belakang kat bawah bukit melawati, kuala selangor. 
mmg terkenal la dgn 'kekerasannya'. 
perangai sendiri pun dah kalah hantu. 

nak jadikan cerita malam tu tido la kan. 
kedudukan katil disusun supaya ada ruang dibahagian tgh dorm. 
tujuannya supaya kalau ada mkn2 ke mesyuarat dorm senang ada ruang. 
tido katil atas dekat sebelah tingkap. yg nie ok je sebab dekat dgn kipas dinding senang nak tido kan. 
mlm tu la klimaks agaknya dok sebut hantu, setan. 
malam tido ok je tau. dlm kul 3 pg terjaga. 
semua org tengah tido tapi kemeriahan dlm dorm tu mcm org tgh berpesta di rung tengah dorm yg kosong. 
pelik gak saya buka mata pandang kawan sebelah, katil dia rapat dgn katil saya. elok je kawan saya tido tak terjaga tau. 
saya kuatkan semangat pejam mata n baca apa yg patut. 
tetiba rasa ada tangan seluk bawah bantal yg saya tgh tido. 
waktu nie seram yg teramat sangat. meremang segala bulu kat badan. 
saya kuatkan hati tak nak pandang ke arah lagi satu n terus tido. esok pagi cita kat budak2 dorm. semua ckp la kan dah kata jaga mulut. 
huh, lepas tu mmg jaga mulut betul.


3. nie asrama sama time form 5. 

lupa nak cakap asrama nie mmg terkenal dgn kekerasannya tau. 
semua yg pernah duk asrama ni akan kena. especially yg tgh period. lemah semangat. 
waktu nie malam katil double decker. tido bhgn atas and katil rapat ke dinding. lg satu tido betul bawah kipas dinding. asrama nie kedekut takde kipas siling. tapi malam tu ok je sejuk mcm biasa. 
tido mlm tu ok je. tgh mlm dlm kul 3. tetiba rasa mcm kena himpit tau. tak leh nak bernafas. mcm2 surah baca, mmg berpeluh habis. last2 buka mata tgk ada tangan hitam berbulu tgh himpit dada. 
dlm hati, eh tangan aku ke hitam berbulu. pehtu gerakkan tangan kiri  n kanan. subhanallah rupanya benda tu punya tangan. 
azabnya allah je yg tahu. susah nak bernafas. 
last2 tertido. 
esok pagi bangun cita dgn budak dorm. masing2 cakap ooo..benda tu mmg selalu kaco kitaorg gak. 

4. ada akak senior nie lg best terjaga sbb benda berbulu hitam tu berdiri sebelah katil dia. dia tido katil bawah. tetiba tgh mlm buka lampu dorm menangis2 sbb kena kaco. habis kami semua pun bangun bacakan yasin.

5. sekarang nie kat ofis baru lak. bos n ofismate suka cita rasa seram la kat ofis kalau keje lewat sorg2. ada la pagi ni dlm kul 8 pg mcm tu. bdk2 ofis suka masuk lambat, balik lambat nie before rules baru la kan. tgh syok2 surf internet tetiba bingkai belakang tempat i duduk jatuh. terus pasang surah yasin kuat2..


6. nie waktu form 5 gak..
waktu nie nak solat isyak dgn 2 org budak form 4 su and zura..
budak ber2 nie otaknya mmg gila2..
kadang2 rasa mcm nak lempang bila tgk perangai diorg..
nak jadikan cerita dlm surau tu mmg tinggal kami bertiga..
semua bdk perempuan dah solat isyak berjemaah..
nie hari sabtu mlm..takde prep tau dlm kul 10 lebih mcm tu..
surau besar tapi buka satu lampu..
saya solat isyak dulu..
tinggal la sorg2..
budak ber2 tu gi amik wudhu'..
tgh2 solat tu rasa badan mcm seram sejuk..
nampak nau tak kusyuk kan..
ada ke tgh2 solat leh rasa gitu..
pastuh time solat tu dgr org menjerit "hoi"..
serius waktu nie tergezut n rasa nak berhenti solat nak solat dlm dorm je..
tapi kuatkan hati solat jugak..
tetiba dgr budak berdua2 tu lari mcm nak masuk surau..
tapi diorg tak masuk...
cepat2 habis solat isyak..
baca doa lebih kurang..
tutup lampu surau n masuk dorm..
dalam dorm tanya la diorg asal tak solat sekali..
diorg cakap mcm mana nak solat..
sebelah akak ada orang...
macam harem kan..
padan la rasa semacam..
puas saya tanya betul ke?..
diorg cakap betul kak..ada orang sebelah akak..
haih..main2 betul diorg nie..
actually saya mmg rasa seram gila waktu tu..

7. cita nie waktu form 1...
kan dah cita kat bawah asrama puteri nie keras kan..
ada satu kisah la dorm nie..
dorm aisyah...paling keras antara semua dorm yang ada..
kakak2 senior mmg dh cita kat kami junior, first day masuk..
siap bagi tahu dah paku pintu bilik dorm dgn setem..
so kengkononnya dgn harapan takde la org mencabut setem nie..
kakak senior gi sekolah pagi..
yg tinggal budak form 1 and form 2..
pagi2 kami la yg bermaharajalela di asputeri..haha
so saya, iza n ros (nie la geng or kawan2 rapat saya waktu tu)...
saya mencadangkan kami ber3 cabut setem (paku) tu nak membuktikan kesahihan cerita hantu tu...
time prep pagi tu dalam kul 10.30 lebih kami dgn penuh beraninya pergi ke dorm aisyah..
siap amik kerusi tau sbb kami kan pendek2 belaka...
bersama2 mencabut setem tu..
susah gak nak cabut sekali gus..
akhirnya berjaya gak cabut...
kami diam2 je tak cerita dgn org tau..
dlm hati berdebar2 gak la..
tengahari gi sekolah macam biasa...
petang tu balik asrama gempar dgn cerita setem (paku) telah dicabut..
semua org tertanya2 sapa la yg bongok sangat buat gitu kan...(kami le tu)
esoknya baru lah tahu apa jadi mlm tadi..
pak guard cerita kat sorang akak ni..akak nie mcm alim2 sikit..
akak tu cerita kat kami semua...bdk2 junior..
malam tu dalam kul 2 pagi....
ada 3 org perempuan dtg mencari 3 org budak perempuan...
tak pulak dia bgtau sapa budak perempuan tu...
kami memang ketakutan tau...
tapi nasib baik takde org tahu sampai la sekarang..
pecah dah rahsia..tu je...

sorry la peej tak seram..hoho 


-shal


2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

omggggg...scary tau sekolah sains kuala kubu tu...

ummi kausar said... [Reply to Comments]

salam kenal...saya ni dari zaman kecik sampai la ni dah ada anak memang penakut. kalau suami outstesen memang saspen tiap malam. terkebil2 mata takleh tidooo...takat umo skrg lum pernah lagi nampak atau dgr apa2 nauzubillahhhhh :|

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...