Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: marahkan siapa tu, anak?

Salam peej,
Lama dah tak hantar cerita.
Asyik tunggu cerita nak dibaca je.
Pastu kalau takde cerita, perasaan ku hampa... Cewah!

Oklah, kali ni nak cerita pasal si anak ku pula.
Sejak bujang sampai kawen, sampai anak dah nak masuk 2 org ni, daku masih lagi tinggal di apartment depan jirat cina yg ade kes Bangla tersepit lift dulu.
Kalau dah lupa... Sini link nye... 
http://peejburhan.blogspot.com/2011/10/tersepit.html
Ok over nak bg link 2 tahun lepas bagai hihi

Hmmm anak aku gegirl, sekarang dah setahun 11 bulan.
Kitorg masih duduk rumah sama, apartment dan tak de tingkap kecuali tingkap dapur. 
Berkuap. Maka laki bini dasar kepanasan doploh pat jam akan bukak sliding door kasih hangin masuk.
Then bile anak dah besar sikit dah boleh duduk, main, merepek membebel, selalu sangat dia bikin momy saspender.
Masa dia belum setahun. Laki ku mmg waktu tu keje stok2 balik lambat.
Tgh2 main dgn budak kecik ni, selalu posisi dia ngadap sliding door yg terbukak tu, aku pandang ke dlm rumah.
Motip? Supaya dia kalo nak kuar sempat ku tahan.
Then beberapa kali la tetengah main tu dia like jerit kemarahan pastu tunjuk2 ke luar rumah.
momy adelah saspen.
Haram ku pandang! Huhu
Tapi bila pusing nak tutup pintu takde ape pulak.
Lagi scary kalo tetibe dia lambai mcm menggamit sesuatu masuk ke rumah.
Mesti aku sergah, "Jgn friend dengan monkey!"
Cuak wei... kan org cakap benda tu mmg takkan masuk kecuali kalau ade yg pelawa huhu

Sekarang dia dah besar. Dah tahu bercakap. So makinlah aku geram.
Sebabnye, kalau katekan dia ternampak ke hape, sure dia akan jert.
"Angannnn!!! Gi! Gi!" (Jangannnn!!! Pergi! Pergi!)
atau "Angan cuk! Angan!" (Jangan masuk! Jangan!)
atau lagi scary kalau dia cakap "Miiii... Tu! At!" (Momy... Tu! Jahat!) Sambil tunjuk keluar rumah dan tepuk2 tangan mcm kalau kita marah tu kan atau pon tunjuk nak cubit arah ke luar.
Mustahil sgt nak babap atau cubit kucing sebab kucing dia panggil cat atau cing.
Dah tu hape? Huhu

Ade sekali tu tetibe elok aku tutup lampu nak tido, dia jerit "Mimi... Angan... Kak! Kak!" (Momy... Jangan... Bukak! Bukak!) suruh on balik lampu. 
Ingatkan hape pastu aku bukak lampu dia tunjuk ke kipas sambil nak pukul n cubit.
Kau berani? Memang bukan aku la yang berani tu. 
Dah la waktu dia cakap KAK tu aku dok terpikir kan 'akak cantik' atau cik pon huhu
Tapi buat2 berani aku cakap "Jgn friend dgn monkey!" huhu tu je nasihat yang mampu.

Kenapa monkey? Sebab mak mertua aku yg start, g tanya dia hahaha
mcm opposite la kot. malaikat vs monkey.

Ade sekali tu otw balik umah mak mertua aku. salu tanak jem MRR2 tu kitorg lalu duke. 
then nak turun flyover tu kan blh nampak highland tower atas tu belah kiri.
masa tu aku n anak dok belakang sebab mls nak alih2kan carseat dari dpn ke blkg.
Sekali tgh dok menggesel2 kat bahu aku, minah ni bangun pulak.
terus tunjuk ke luar pastu buat tgn mcm kepak burung tu sambil cakap 
"Mimi... Kiii~~ Kiii~~" 
Kiii~~ Kiii~~ tu korg bunyikan mcm tipikal bunyi org nak takutkan org tu. 
Mendayu2.
Laki aku terus suruh dia tido. Padahal sikit lg nak sampai.

Since then sampai skrg kalo dia nmpk je pape mesti ckp "kii kii" kat kitorg.
Benci betol! Hahaha 
Sambil ckp kii kii sambil tunjuk kat tempat dia nmpk tu.
Kekadang dia xmo lalu situ sebab alasan ada kii kii. 
Geram haku! Huhu
Tapi kitorg rasa dia bukan nak buat bunyi hantu, mungkin nak bgtau kat situ ada "monkey" huhu

Cuma skrg aku tgh pening pk cane nak bgtau dia yg monkey tu ialah monyet.
Nak bawak g zoo tak terbawak lg ni sebab takut dia kompius nanti monyet dgn hantu hahaha

Sebut sal mak mertua, nak pulak cerita psl rumah mak mertua yg kat tetangah bandar tu tapi ade jugak haishhhh...
Tapi nantilah.
Tak lalu haku nak type dah haha
C ya.

yours truly;
                      

             adelle

4 Comments:

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

first sekali penyampaian cerita ni best. suka suka suka
Eeh, monkey tu dah kenapa nk berkawan dgn angel pulak kan..
pi main jauh2 sibuk je.

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

As Salam
Elok klu p bawa berubat ngan pak ustat mana2 yg pandai.
Ikut pengalaman, bdk bawah 2 tahun mmg hijab di buka
dan seandainya berlarutan,dangan izin Allah, hijab tersebut akan dibuka sehingga akhir hayat.
Hanya hamba Allah terpilih sahaja hijab ni sampai mati.
Cuma bl ianya sampai tua, banyak yg nak berdamping. tak kuat iman, memang hanyut. even jwp exam pun leh tlg bg jawapan dengan syarat bk 'dia' makan.. so elok cepat2 sebelumjadi 'penyakit'

Anonymous said... [Reply to Comments]

whattttt????...haa aku macam tau je area tu..scary ...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Words tulis betul2 ye

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...