Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : hostel

-- 
~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
salam peej. 

sronok pulak layan expose mistik ni and buat saya rasa nak share jugak.
tapi bukan jadi kat diri sendri, kat kawan masa zaman skolah menengah dulu. 
tahun 1997 camtu kut.

dulu saya duk asrama. dari form 1 sampai form 5. 
asrama desa je. asrama tu 50 org je.
sepanjang saya duk asrama 5 tahun, tak pernah lagi la ternampak, or kena apa2. 
tapi ada kawan2 yg nampak and kena histeria and dll. 
tapi tak teruk. just gangguan yg kecik2 je like nampak bayang2, dengar bunyi mcm2. 
blakang asrama, kat tempat sidai kain ada 1 pokok besar. mlm2 mcm gerun sket la tgk pokok tu sebab besar and rimbun. 

petang nak maghrib mcm tu, kami akan make sure semua dah angkat kain and takda nak lalu kat luar dah sebab ada yg pernah nampak ada something atas pokok.
toilet pun kat blakang and ada ruang terbuka sket kat bumbung. 
so boleh nampak pokok tu. dah jadi kebiasaan, nak g toilet mesti berteman.
tapi klau ikutkan, tak pernah pun kena sergah or nampak real hantu, tapi sebab semua perempuan, takut tu lebih.

pernah sekali, masa tu saya form 3 kut.
kes ni takut ada lawak pun ada. 
ada sorang akak senior, rambut dia panjang sampai punggung.
mlm tu kawan saya ni duk usik2 akak tu, duk main2 rambut akak tu. 
memasing pakat gelak2 jelah. 
pastu kawan saya ni nak g toilet. sebab awal lagi, baru pkul 9 camtu, dia g sensorang. 
masa nak masuk toilet tu dia nampak akak senior tu nak masuk toilet sebelah dia. 
dah masing2 duk dlm toilet, menunaikan hajat, tetiba kawan saya ni dengar akak senior tu kentut. 
kuat plak tu sbb dengar kan? selamba jelah dia jerit kat akak tu sebab akak tu kentut kan? 
pastu dengar pintu toilet akak tu buka. means dia dah kluar dulu. 
kawan saya ni pastu keluar g masuk dorm, beriya cerita punya kuat, bgtau akak senior tu masuk kentut dlm toilet. kami yg mendengar ni gelak la apa lagi. 
pastu akak senior tu sound dari belakang. dia ada kat katil kat hujung dorm tu je. dia cakap, dari tadi dia duk sini je tak g toilet pun. 
kawan2 dia kat situ pun mengiyakan yg akak tu ada kat situ dari tadi, takda g memana. 
kawan saya ni terdiam, and tak cakap apa2, terus blah g kat katil dia. 
persoalannya, siapa yg kentut kat dlm toilet tadi tu???
dia nampak sebijik mcm akak senior tu yg masuk toilet, dengan rambut panjangnya tulah..
huwaaaaaaaaaaaa.. memula gelak, pastu semua diam terus.. hihihi
pas kes tu, akak tu takda nak lepas rambut panjang dia sesuka hati dah..asyik bersanggul jelah..
hehehe..
 
 
feel free to visit my blog : http://genuine-1224.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...