Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Hantu Loceng

Salam Peej

Dapat tau Peej ke'putus'an cerita expose mistik.  
so saje lah nak share cerita ni tak berapa seram la.  
bolehla buat baca seronok2.

cerita ni pasal kat office kitorang.

Office ni walaupun architecture firm.  
Tapi kitorang ni memang bukan jenis selalu stayback ke apa.
Jadi biasanya sharp pukul 6 dah balik.  
Paling lewat stayback pun dalam pukul 8 lepas tu dah gelap.
Office kitorang ni pulak share dengan lagi 2 company.  
Kiranya bukak main door jumpe company lain punye receptionist dulu.  
Lepas tu masuk dalam sikit baru ada pintu lain masuk company kitorang.  
Loceng pun asing2.  
nak masuk main door loceng lain. nak masuk company kitorang loceng lain pulak.  
Loceng kitorang ni pulak mcm bunyinyah dah biol sikit.. bila hujung2 tu bunyi macam takde bateri. walhal direct pasang kat plug.  
Kalau dengar masa hari biasa kelakar. Tapi bila sorang2 jadi la scary woo...


So company yang duk depan sekali ni lagilah.. kalau pukul 6.30 tu dah siap tutup lampu. Gila dedikasi.

Kejadiannya bermula bila kitorang terlebih kerja.  
Office pula satu orang handle satu projek je.
Jadi kalau kena stayback die sorang2 jela akan stayback.  
Nak buat cerita, dia stayback sampai pukul 9 macam tue la. 
Siap bukak ayat quran semua.
Tetiba loceng bunyi tau.  
Dia pun pergilah ke pintu depan (pintu company kitorang).  
Tengok takde orang.  Lampu depan dah gelap.
So dia pun ingat loceng ni rosak agaknya.

Dia sambung lagi buat kerja.  
Sambil whatsapp dengan kitorang, cakap loceng bunyi sendiri.  
Kitorang ni duk gelak-gelakkan dia.
Lepas tu dalam 10minit kot. Loceng tu bunyi lagi. 
Die pergi la tengok lagi.  Takde orang jugak.  
Die pergi lagi sampai depan(main door), xde orang.
So die pun masuk balik dan ingat nak sambung sikit lagi sebab dah nak siap.
Sekali tuuu.. loceng tu berbunyi continuosly mcm org marah tekan loceng banyak2 kali.
Terus member tu shutdown, balik terus.  
Masa tu dah nak pukul 10 malam.

Esoknya tu dia cerita la kat kitorang, kitorang ni tunggu lah jugak. kot lah loceng tu nak bunyi lagi ke kan. Tapi takde.

On next week nya, kami pulak kena stay (saya dan husband satu office).   
So kitorang takdelah stay malam tau. Datang weekend la.
Siap bawak anak.
Kitorang stay lama..  malam pukul 8 lebih mcm tu belum balik.
Tiba-tiba loceng tu bunyi. Sekali je.
Saya pandang husband, husband pandang saya. dan dan die pun bukak ayat quran.
Saya ni susah sikit nak percaya mistik2.
Saya pergi depan, takde orang tau.
So saya bukak pintu, nak pergi main door.
Elok je lepas pintu toilet saya rasa meremang gila babs punya.
Tapi tetap gak gi sampai depan, takde orang.
Masa patah balik, lalu tempat sama meremang lagi.

Terusss..  pack barang balik.

Esok tu ahad datang lagi
Tapi mmg plan nak balik awal.
Pukul 11 hantu loceng tu dah buat hal.. 
Memang kitorang terus angkat barang blah je

Naik office hari isnin, kitorang cerita la kat bos.. bos gelakkan je.  
dah la claim OT kitorang sampai sekarang tak bayar.. cistat betul.

takpelah.. selang 2-3 hari lepas tu ada ofismate pun kene stay.. sampai pukul 8.  
Elok pukul 8.. loceng tu bunyi weehh.
dia teringat cerita kitorang terus dia balik.

Loceng tu.. sejujurnya lah.  Tak pernah pun masa office die bengong ke apa tau.
Tapi masa tu. Mmg sape stayback
Kena kacau.

Owh ya.. ada.. sekali.. masa office.. tetiba dia buat hal.  
Masa tu kes tu panas lagi.
Saya geram.  saya tutup suis loceng tu..  
Pastu saya cakap kat bos.. saya dah tutup. Kalau loceng ni bunyi lagi.. Saya tukar kompeni terus...

Haha..  tapi now mcm dah tak ada.. tak tau lah sebab kitorang dah tak stayback ke apa..
Hantu tu mcm tak bagi kitorang stayback pun ada tau.
Agaknya.. dah malam.. jadi rumah die la kot

ok tu je dulu..  lately perasan secretary dah pindahkan locengtu duk depan dan bunyi nya pun mcm dah new.  tukar baru la kott.

sekian  =) 

-nik-

2 Comments:

Adila Hassan said... [Reply to Comments]

hahaha risau pulak la bunyi2 bagai ni. tp mmg pnh dgr org ckp at certain places bila mlm dia suruh balik sbb tpt dia. siang dia consider org guna building tu utk kje so dia x kacau atau less kacau. allahualam..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Cuba dengar lagu "seloka cinta remaja" nyanyian seha freedom...rasai seram x seram lagu tu kalau dengar sorang2 sunyi2

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...