Instagram : @peejburhan

awal sangat.

ada few yang message aku whatsapp confirmkan pasal hi-tea.
yes still on ye.
sorry aku tak sempat nak personally text korang bagi reminder.
semalam sibuk sangat dengan urusan macam-macam.
tapi siapa yang email ke apa tanya semua dah balas kan?
jumpa yea today pukul 3-6pm :)

semalam kebanyakan uruskan hal mama.
dari siang ke malam.
takda nap, tu yang boleh tahan awal aku tidur semalam.
tak silap around 10ish dah tidur.
so now pukul 4am terjaga. cissss.
terjaga pun sebab kucing2 kecik ni dok himpit kat aku.
sekor kat leher. sekor dekat bawah kaki. sejuk la tu.
dia tak tau rasa kena hempap ngan tuan dia.
nanti baru tau erti penyesalan. haha.

nway, tadi petang duduk bawah.
papa bukak channel sports.
tunjuk la pasal last world cup.
noy beria kata dia suka sorang ni. handsome la apa.
dulu dia follow kat ig tapi hari tu dia buang ig lama bukak baru.
dia tak ingat nama mamat tu.
kebetulan ada lak.
gigih aku google sebab nak tau siapanya????
rupanya hasil google, gregory van der wiel.
aku pun stalk la kat ig.
hoi hoi hoi. apesal kacak sangat ni.
i is dieeee.


pastu tu takpa.
noy tetiba sebut nama neymar jr.
aku dah macam. siapa tu?
cecepat check out ig neymar pulak.
lagi la terasa tak tahin lagiiii. ini betul punya kacak.
ok tak tau la bagi orang lain kacak ke tak.
tapi iolls taste sangat. hahahah.
tapi semua ni anak hikan la kan.
sentaps bila tau muda2 belaka je.
tapi takpa. sesuai untuk aktiviti cuci mata. hahah.
paling tak leh blah bukak insta vid neymar. noy tunjuk kat aku.
dia cakap bahasa brazil dia la, tapi muka aku punya sengih n terangguk2 macam paham.
bodoh gilaaaa. hahahaha.

pastu nanti kata alaaa penuh tattoo dia.
alaaa dia dah ada gf ke?
pastu tetiba noy, biarlahhh suka je, apa kau ingat kau dapat kawin ngan dia ke?
eh over pulak. hahah tah, motip nak perati pastu ala2 kecewa macamkan nak kawin. ;p

mama dah ajak mintak gunting rambut lama dah.
tapi takda masa nak bawak.
tadi siang nak pergi saloon biasa pergi.
aku pun nak buat sebenarnya.
tapi leceh la. takkan mama nak tunggu berjam kan.
tak pun takkan nak patah2 balik hantar n datang ke apa.
so cancel.
so malam noy kata jom bawak pergi JJ je.
ada saloon situ. so bawak mama potong rambut situ.
kita orang? lupakan je la. lain kali pergi.
so mari berhi-tea ngan rambut hazab.

settle kat saloon jom makan.
memang plan nak makan sushi.
dalam full so duduk luar la.
order je apa nak.
meja lak tak besar mana. boleh tahan penuh la.
hahaha hasil tamak aku n noy.
yang mama dah macam. dahhh. banyak sangat tu.
mama tak pernah rasanya kita orang bawak ke sushi king. tah lupa.
usually makan ngan noy then kita orang akan packkan bawak balik untuk mama.




aku sebenarnya tak kuasa nak snap pic.
aku amik pic dorang berdua je.
tapi mama terus cakap, amik gambar ye nak.
ye baiklah. dia nak update la kot nanti. hihi.
tapi tak semua la aku sempat snap. dah ngap.
tak pun jauh kat belah noy. aku tak kuasa.









e eh tengok ni rasa nak lagi aje.
lapar la pulak pagi-pagi ni. cisss.
nak keluar makan boleh tahan pukul 5 pagi. agak2 la kan. hahahha.
dasar kuat makan.

lepas makan balik.
yang mama kata rasa macam mabuk sushi je. haha.
ok la tu. takda la makan. aku n noy ok lagi.
selalu makan amount sama tapi makan berdua. lagi gila.
balik rumah dia mengadu kat papa. kata dorang order banyak sangat.
sampai 3 trip tak muat meja. macam pesta sushi.

mana gambar aku?
tak kuasa nak amik earlier.
comot tak menahan.
so balik baru snap.
tu pun nak tunjuk ni je.


terima kasih jerawat kerana muncul di kala aku nak hi-tea.
abis la kena keji nanti. tsk.
atau mari kita pose tutup jerawat. hahaha.
dayummm.

eh ok la.
nak try tidur balik.
tak pun kita keluar carik makan.
dapat tosai best ni.
tak pun maggi pun jadi.
eh tetiba malas nak bergerak.
gila confuse child.

buhbye.

1 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

sedapnye weiii! lama dah aku tak mensushi..
jerawat kau tu nnt, tepekkan ngan eyeliner buat mcm taik lalat. manes uols! ala2 wanita era 70an gitu. haha...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...