Instagram : @peejburhan

Aku bingung

ok konon nak update secara gigih kan today.
sorry tak dapat. sebab busy sangat.
ni baru ada masa sikit ni.
ni pun ada rasa mengantuk la.
bahus jugak la. baru la ku tau perasaan orang normal yang bangun awal n tidur pun awal.
kalau tak rasa macam, e elehhh…apa ni tidur awal? malam masih muda.
cea ayat kan. malam memang muda. tapi lain kali sila sedar diri tu dah semakin tua ok.

nway, kalau today tidur awal.
mesti esok pun akan bangun awal kan.
tapi tak boleh. seperti biasa malam laki ajak session lepak la tu.
ikutkan malas ikut. aku memang lately kurang ikut pun.
tapi teringat hari ni nak restock tabita. so supplier ku datang join lepak.
so kena la aku pergi kan.

kemain laju pulak tabita ni.
kaylena pun sama lawan jugak.
sambil packing tadi pun still order masuk.
aku selagi aku tak gerak post ir ada order masuk memang aku post jugak same day.
walaupun kalau korang order tu aku cakap aku close pukul 12/2pm kan.
timing pun ikut if aku free ke tak la.
macam now kan aku takda kereta. so harapkan noy ke, abang aku bawak post.
takleh la lewat sangat. nanti jalan jam dorang bising.
so aku cepatkan sikit la.
so if korang order tu tengok aku kata bayar before 12 ke apa jangan kecewa ke apa.
sebab walaupun time tu kadang2 dah kul 3pm pun aku tetap pack n post same day.
pernah orang bayar pukul 5pm tapi aku still tak habis kerja packing.
aku selitkan sekali. so happy je la customer bila aku cakap aku post petang tu. :)
wah macam efficient sangat kan? puihhhh.
padahal last week, terlalu banyak order handle, ngan jiwa kacau papa sakit kat hospital.
ngan rasa terkejar nak siapkan barang cepat nak pergi hospital cepat.
terlepas jugak post salah barang, lain orang order, lain kak jah post.
mintak maaf la sangat.
jarang2 berlaku tu. kalau berlaku ku susun sepuluh jari memohon kemaafan ye. ;p


hari ni awal jugak la buat kerja.
tapi tengok jam pukul 2.30pm. tapi baru half ni je siap.
banyak lagi kena buat.
situasi biasa bila hujung atau awal bulan.
atau di kala promosi.

lepas siap half ni stop kejap. makan.
dah berapa kali mak dok ulang alik suruh aku makan.
kang tak makan sedih mak mertua iolls.
lalu mari makan.
makan terus rasa nak menangis. apo ko sodap sangat omak masak ni mak.
terus rasa bersyukurnya kawin ngan orang tak jauh ni.
selera pun sama je. sambil makan sambil lap air mata kegembiraan.
tak dapat ku bayangkan kalau la let say selera tak sama.
tapi nak tak nak kau kena gak makan demi menjaga hati. kan susah tu.
sebab aku ni takda la cerewet. tapi kalau tak kena tekak aku..mula la nanti tak habis la, tak makan la apa.
kan susah tu.
tu yang bila mak masak sodap pedas berdengung menambat hati harus bertambah-tambah je makan.
cea macam incredible sangat la tu bertambah kan?
padahal tengok badan pun orang tau kaki tambah punya la. hahaha.

nway, settle makan sambung buat kerja.
then siap mandi sebab noy call kata nak datang dah.
boleh tahan awal.
ingat nak tunggu petang sikit.
sebab ikutkan now kerja post kerja laki ku.
tapi dah dia bagi timing ikutkan aje.
kang dia taknak bawak lagi satu hal kan.

sibuk la aku masuk bilik air.
hari tu kan takda air. so takda la basuh sangat bilik air.
laki aku basuh la. tapi tau la kerja laki n perempuan tak sama
laki jenis basuh lantai je.
macam aku jenis mata mesti nampak dinding berkerak, sinki, pintu apa semua.
ni air dah ada. bekas air semua dah simpan. so bila alih tu nampak segala kerak daki ke apa.
so gigih la akak memberus sebelum mandi tu.
then tengok macam spray pewangi auto tu dok menghembus kosong je.
pewangi dah habis la tu.

aku pewangi tu suka letak kat tembok tingkap.
aku rasa ok je kat situ dah 2 tahun.
tapi aku tengok laki aku suka alihkan letak kat ada rak ni.
dah la letak kat rak. siap letak kat bungi hiasan iolls.
eh sakit je hati.
rak tu pun dah sepah semacam je sekarang.
sakit mata aku yang tak berapa nak OCD ni tapi feeling lebih.

so tadi aku tukar la refill pewangi tu.
pastu letak la kat tembok biasa aku letak tu.
then aku tunduk nak betulkan something apa tah la.
tetiba petepangggggg…
aku rasa blur n sakit melampau.
aku bingung. aku terpikir hoi siapakah kurang ajar pukul curi kepala aku ni?
then bila dah kurang berpinar kepala ni aku nampak pewangi tu berterabur tercabut sana sini.
cisssss. benda ni rupanya. sakit weyh.
sampai sekarang rasa dia.
aku ingat dah berdarah ke apa. nasib check takda apa.
cuma ada benjol ni. hahaha
berdenyut until now. hihi.
bongok gila pikir ada orang nak ketuk kepala aku.
padahal sendiri bengong.
pastu mengadu kat laki nak mintak simpati.
dia kata padan muka. ada sebab la maka dia letak kat situ.
dia kata aku tetap nak letak kat tingkap tu. tsk.
mana la iolls tau. ingat ok je selama ni.
padan muka la pun. balasan Tuhan.
sebab sambil aku letak pewangi tu memang mulut berkata2 mengeji laki sendiri yang pandai2 ubah susunan aku.
terus time tu jugak jatuh atas kepala. ;p

time aku post pulak hujan selebatnya.
tapi takkan nak tunggu. harung jugak la.
dengan hari ni barang post banyak.
ephyra la banyak. if ephyra banyak memang berbag-bag la kena angkut.
terkangkang dibuatnya.
dengan berat, dengan nak redah hujan, dengan mengawal supaya tak nangka busuk tergolek licin ke apa.
tu takpa abis kena hujan, aku dah rupa rambut orang mandi.
barang ok sebab pembalut semua plastik kan.
tapi tu la bila letak barang atas couter basah counter poslaju tu. hahah.
dorang tak marah pun. tapi aku dah ala-ala cinderella dok keluarkan tisu lap2 kaunter. haha.
patut memang boleh buat bodoh je. tapi pikir la nanti orang belakang2 aku nak letak barang kan.
tak pasal nanti barang dorang basah ke kan.
buatnya dorang pakai envelope kertas ke kan. not good.

lepas urusan post mintak kebenaran MrB nak pergi coffee ngan noy.
ewah mengada gila.
ingat nak ke cafelapis.
tapi monday tutup la. cisss.
so since jalan pun jam. malas nak pergi jauh.
pergi pastryville dekat wangsa walk je.
tak pernah try, tapi biasa tengok orang upload pic la.
nampak menarik.
jadi lah.

:: cappuccino ::

:: cream puffs ::

:: iced caramel latte ::


oreo apa aku tak tau nama dia.
makan cream puffs. hmmm ok la.
nothing to shout about.
pastu makan oreo ni. hamagaddd terkejut.
sebab sedap woih.
sebab dia panasssssss.
dalam tu ada chocolate ke oreo melt gitu. hoho.
texture dia macam kuih gandus tu.
kalau kuih gandus kan inti nenas. ni inti chocolate tu la.
makan panas2 sedap.
siapa tak tau kuih gandus nasib la yea.
siapa baca blog aku lama tau kot.
kalau bulan puasa papa suka beli kuih gandus tu.

nway, wahai baker sekalian.
kan selalu kalau desserts ada orang tabur gula serbuk macam kat dedua atas ni.
apa nama gula tu yea?
aku n noy cuba la pikir apa nama dia tadi takleh pikir.
al maklum kami bab buat kek segala ni memang fail. hahah hampeh.

lepak gossippin apa patut.
memikirkan segala macam.
noy bincang ngan aku pikir nak amik maid.
kongsi la bayar. sebab sian mama mana larat nak handle papa.
atleast ada maid boleh bantu apa patut dari segi rumah ke apa.
pening gak ahkak, rasanya bab bulanan aku takda prob kot.
cuma pikir nak bawak memula tu bayar tinggi jugak kan.
ahkak macam tak berapa nak masyuk sangat ni.
sebab ye la berderet lately ni kan.
hari tu aku repair rumah, then ni nak keluar kereta pulak.
kalau tiba2 nak amik maid pulak. harus pitam seketika.
akan ku usahakan. rezeki Allah ni kita tak tau kan.

betul la kena ada kot.
tambah pulak nanti mama nak pergi haji kan. Insyallah.
kalau aku ada sana lagi ok la.
tapi ni aku pun dah duduk sendiri.
n now aku pun ikutkan hari2 tak free, ada je kerja nak buat.
free pun mesti lewat petang kan.
penat jaga orang sakit ni.
mama pun bukan sihat kan. dengar tak dengar tu.
kelakar je noy bila cerita perihal papa n mama ni.
macam-macam la.

mohon Allah permudahkan la semuanya.
ok la. aku nak telan ubat la. pening kepala aku ni sebab kena "pukul curi".



11 Comments:

Dark @ng3L said... [Reply to Comments]

Icing sugar...

Cik Aann said... [Reply to Comments]

comeyyll je bace ayat2 you ni..hahaha..lawak berdekah2 i baca..hahaha..nasib xde selingan citer hantu kali ni,.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Icing sugar

MsFigure said... [Reply to Comments]

Peej, yg serbuk putih2 tu namanya icing sugar :)

Zetty said... [Reply to Comments]

Gula serbuk tu dipanggil castor sugar rasanya. Takpun icing sugar. Rasanya la.

aini rafiqah said... [Reply to Comments]

Icing sugar kak peej! Eh semangat sampai tak bg salam. Assalamualaikummmm herherher

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Hi Peej... Actually yang tabur atas tu bukan icing sugar tapi snow powder... kalu icing sugar dia tak tahan lama nt lama2 ia mencair. Peej boleh cari kat Bakery Shop ada jual...

btw kelakar baca entry Peej di pagi hari ni..

Lavender violet said... [Reply to Comments]

castor sugar i guess peej :D

Dils said... [Reply to Comments]

Mungkin Peej bole cari orang yg hari2 bole datang rumah parents tolong buatkan ape2 kerja rumah yang berat2 time siang hari gak? Ramai gak orang buat gitu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

heheheh,...takpe peej...mula2 macam terkejut jugak dpt parcel..pegang2..nape berat dan bulat semacam je nih....sampai blik, bukak..ehhh.... hehehehe,..... tapi boleh agak kekalutan peej sebab ulang alik spital kan....no hal la...sib baik kebetulan balik kl, leh singgah umah tukar brg.....ekekekek...

thanks yer...

-hasmat-

thinkpink said... [Reply to Comments]

yes snow powder namanya. kalau guna icing sugar dia x tahan lama nanti cair

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...