Instagram : @peejburhan

untung anak-anak zaman sekarang

sekarang ni segala benda kita boleh nampak bila online.
macam-macam medium media sosial ada.
so macam-macam jugak la share daripada orang kita akan nampak.
salah satu yang aku selalu nampak sharing daripada kawan-kawan yang bergelar parents.

maybe la zaman dah berubah. aku tak sure.
tapi aku rasa macam untung betul anak-anak zaman sekarang ni.
almost semua parents aku tengok mesti ada sediakan ipad untuk kegunaan anak-anak.
cara paling mudah nak distract bebudak daripada meragam kot.

takda isu bebudak tu jealous tengok kawan ada ipad ke apa.
sebab semua pun ada masing-masing punya.
time tu la masing-masing nak eksyen ngan cerita cartoon dorang.
or tunjuk skill main game.
ok maybe bukan semua ada ipad/tab tu.
tapi aku rasa out of 10, maybe 9 daripada budak-budak tu ada ipad.
sekarang aku tengok dah kurang sikit la mak bapak bagi anak main ipad.
sebab few months back aku tengok ramai parents dok share artikel dpd doktor pasal tak bagusnya ipad ni untuk budak-budak.

then aku teringat zaman aku.
zaman aku memang takda semua tu.
bukan zaman internet.
tapi aku ingat lagi. time tu ialah zaman game apa tu nama dia?
eh hilang ingatan pulak nama benda tu.
ala yang letak battery then boleh main tetris, tak pun aku ingat dulu ada game cowboy.
game tu kau cowboy mengadap bar. nanti ada cawan kot bergerak2 atas bar tu.
kau kena tembak. if high score bangga weyh.
if anak orang senang sikit. ada la game boy.
oh siapa ada tu dia la terpaling eksyen kat taman tu.

kita orang? memang takda la semua tu.
sebab tu semua mahal kot. aku pun tak sure.
so dapat kawan yang baik hati n tak kedekut.
dia bagi la pinjam main. seronoknya rasa.
bila game tu dah lama sangat dorang pun dah boring, boleh pinjam pulak bawak balik.
pinjam la 2-3 hari. :D
tapi pinjam pun kena sorok. main pun kena tutup sound.
mama tau nanti mama marah. mama suruh pulangkan.
tak bagi pinjam barang orang.
:( time tu game tetris tu mahal tau. time tu ada yang ori je.
dah lama lepas tu baru la wujud segala tetris bongok yang rm5 dah dapat beli.
kat kedai runcit di longgok2 aje.

haaa dah ingat nama.
namanya game console laaaa. ceh boleh lupa.
btw nama game bukan tetris tapi brick game.
tadi aku google.


hahaha macam ni je ok.
sapa ada ni dulu pun dah bangga gila.

tu hal game. hal telefon pulak.
aku tengok bebudak sekarang mostly dah pakai hp kan.
untung gila.
aku zaman hp memang dah la lama.
tapi yang pakai mestilah parents kan.
zaman anak-anak pun start pakai phone masa aku form 4-5 macam tu.
aku? memang tak pakai la.
mana mampu kot.

aku sekolah bbgs time tu.
mostly memang anak orang senang.
dalam kelas rasanya 3/4 pakai phone kot.
time tu popular hp alcatel, sony T10.
ni yang budak sekolah pakai la.
siapa pakai nokia 3210 tu maknanya kaya sangat tu.
canggih tau hp takda antenna gitu.
takpun sony ericson T28, handphone jalaluddin hassan pakai dalam rancangan who wants to be a millonaire.
fuhhhh sapa pakai tu terus kau rasa macam…kayo..kayo..kayooo.
aku mampu tengok je la pun.
aku start pakai hp awal tahun 2002. aku dah masuk upper 6.
pakai nokia 3310. sebijik macam dlm link ni aku punya. warna merah. hihi.
takpa la. janji ada daripada takda kan.
ada orang dah kerja baru beli sendiri.
aku mama n papa belikan.

tapi sekarang semua pun pakai canggih2 je.
kecik2 dah pandai fb, instagram semua.
paling tak tahan bila ada yang share kisah percintaan budak darjah 2 kat fb T_____T

dan aku rasa anak-anak sekarang ni semua ikut trend kan.
mak pak la yang ikut. bebudak sometime tak tau apa.
salah satu aku tengok segala play school la apa.
ok aku tak tau term korang ni. aku takda anak lagi.
aku tengok parents sekarang anak tak sampai setahun memacam class dah bawak.
then anak 2-3 tahun dah hantar pre school apa bagai.
mahal-mahal pulak tu.

aku dulu tadika masa dah masuk 5 tahun.
so memang standard dulu tadika mesti 5 n 6 tahun.
sekarang tak kan.
siap aku tengok anak orang tu kecik lagi, nanti ada la yang tanya..eh tak hantar sekolah ke budak ni.
wah? perlu hantar ke?
terpulang la kat mak bapak budak tu if dia taknak hantar awal.

then aku tengok birthday party anak.
amboi rajin orang sekarang buat birthday party anak.
seingat aku la, dah 31 tahun hidup tak pernah sekali pun aku ada birthday party.
hahahah sedih ke? takda la.
sebab masalahnya zaman aku memang takda orang yang beria buat birthday pun.
atau pun sebenarnya ada tapi aku tak cukup cool maka tak di jemput? hahah entah.

tapi serious aku rasa takda.
aku pernah pergi pun sekali je rasanya time darjah 5.
kawan sekolah buat birthday party dia kat the mall.
belah atas tu kan ada tempat segala games n rides tu.
so parents dia sewa situ sempena birthday. wah gempakkkk.
tapi memang dia kaya melampau pun. so tak kisah la.
tapi serious time tu takda terasa macam nak pressure mak kau kata kau nak birthday party gak.
sebab time tu sampai la aku membesar n sebesar ini, celebration tiap tahun ada kek sebijik tiup2 ngan family pun dah rasa best sangat dah.
pastu if special sikit nanti ada la bun2 sausage beli kat bakery tu.
tak pun order pizza. wahh time tu pun happy sangat dah.
siap ada kenangan muka aku kemain tepung gomek berbedak sakan.

time aku kecik maybe umur 4-5 tahun.
memang tak ingat satu hapa la kan.
tapi tau sebab ada kenangan dalam gambar.
celebrate birthday kat rumah aku duduk now ni.
yang ada fam aku, atok n maktok, n acu aku n cousin aku anun.
hahah tu je kau. tapi dalam pic aku punya sengihhh tu. macam happy sangat.
aku tengok mama buatkan topi birthday tu. pakai manila card je.
then tampal2 corak kat topi tu. siap ada rambu ramba belas atas.
sebab aku birthday girl so topi aku tinggiiiiii.
topi adik beradik aku n cousin aku topi kontot je ala2 topi petani cina. hahaha
alaaaa, album aku kat rumah mama.
if ada sini boleh aku share gambar.

aku tengok time nonoy ada buat birthday party.
tapi aku takda pun time tu. cisss. time tu aku zaman mrsm.
noy special sikit sebab dia anak bongsu kot.
n satu lagi tau sangat perangai dia. dia pemaksaaaa.
mesti terpaksa je mama buat tu. haha.
aku tengok ada la games gak.
paling tak tahan ada musical chair.
amik kau pakai kerusi meja makan antik mak aku yang berat berapa tan tu.
mesti menyumpah je orang yang di tugaskan keluarkan kerusi setiap kali start level baru. hahaha.

tapi ye la. zaman dulu susah kot.
susah maksud aku kau nak buat segala majlis.
semua kau kena masak sendiri n buat sendiri.
time tu mana wujud segala party planner, khemah, catering n all.
semua buat sendiri ye.
ada kawan ke sedara tolong, untunglah.
kalau tak terkangkang la kau buat kerja sorang if nak buat.
so if ada party pun takda nya nak tema bagai. jangan berangan.

zaman sekarang asal birthday party mesti nak tema je.
pastu semua nak customize.
daripada sebesar benda, hingga sekecik2 benda dia nak customize.
tepek peej turns 3, peej turns 3, peej turns 3, ok fineeee. i get it. takyah banyak2 kali2. hahaha.
ok tu aku gurau je. contoh la.
pastu nanti if ada tema, dengan semua yang jemput sila ikut tema yeaaaaaa.
jangan tak ikut tema nanti official photog i amik tak lawa pic nanti.
nanti tak lawa i tak upload pic u jangan sentap ok.
wah gitu.

tu la antara aku teringat tentang topik untungnya bebudak sekarang ni.
apa lagi yea?
ke korang ada nampak jugak ada lagi yang membuatkan kita rasa untungnya bebudak sekarang.
kalau ada tambah kat komen.






12 Comments:

Orked farhanna said... [Reply to Comments]

Brick game tue still bleh dpt kat mydin kak peej . Akibat rindu dan bosan ngn gadjet2 skang tros beli satu . Rege kalo ta silap 3.50 je . Rindunye zaman dulu2 . Skang masing2 bz ngn gadjet2 .

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Haha. Tersengih2 sorg2 baca entry ni..teringat la zaman kecik2 i dulu..80's kids, duduk kampung, mana laa nk ada mende2 budak2 zaman la ni oiii..tapi bday party meriah! Menu wajib bihun goreng & karipap..pasepa ntah??!haha. Hmm.. teringat jgk games yg budak2 zaman la ni dah x kenal: saidina, monopoly, zeropoint (lompat getah), jentik tudung botol....haihh memori...

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

Dulu tepaling kaya la ada walkman.. pakai kaset.. jimat bateri pastu rewind guna pen... lama sket lg hebat pakai discman.. gigih tau keje kat kedai makan abah time cuti skolah. Kumpul duit nak beli...

Skang tayah... masuk mp3 dlm hp.. ipod bla bla...

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Brick game tu la sebijik mak aku beli sebagai hadiah kat adik aku sbb dia nak khatan . Berebut main tu kot. Hahahah

Filla said... [Reply to Comments]

aku dulu bangga gila main game snake eh? bila tu? zaman aku kat uitm hahah.. siannye aku.. lecturer kat depan.. aku main snake kat hp nokia tu.. masukkan dalam laci.. pastu bila game over aku menjerit shitssssss!!!.. begegar laci aku semua orang pusing belakang tengok aku.. hahaha attention seeker.. biasalah.. hahahah..

Anonymous said... [Reply to Comments]

budak2 sekarang boleh lepak starbucks hari2. makan pulak di restoran. padahal mereka masih bersekolah - duit come from where? hmmm... dulu those who were born in the 80s, lepak Mcdonald dah kira best gila.
Oh and now, bila dorang masuk kedai Nike, Addidas and beli kasut mahal2 tak agak2. Dulu kita kena save duit for at least 2-3 months just to get the shoes. Nak shoes immediately, sila go to Bata. Sigh. Budak2 sekarang golden-spoon feeding!! Tak suka!!

Dils said... [Reply to Comments]

Tengok birthday party bebudak sekarang takut tengok. Ade tent bagai. Theme. Sebagai mak, rase tak termampu nak compete. So bile sesape buat birthday party utk anak yang simple2 ala2 mcm zmn kite kecik2 je, rase sweet sangat.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kalau nak ikutkan, budak2 zaman dulu (zaman kita la) bertuah jugak sebab interaksi sesama kawan-kawan tu sangat kuat. petang2 balik sekolah, mesti keluar main dengan kawan2. macam2 jenis permainan, tak mahal pun tak pe, DIY pun tak pe tapi perasaan enjoy dan puas hati tu adalah sangat tinggi HAHA

tp memang betul la, anak2 zaman skrg ni dapat macam2. even kita dpt tgk drp baby lagi. majlis cukur jambul pun siap ada tema, goodies dah serupa cenderahati kt wedding. mak bapak semua sanggup berbelanja untuk anak2. kalau bisnes brg2 melibatkan bdk2 ni mesti laku sbb mak bapak mmg akan beli. contohnya jual baju bdk, mahal2 pun mmg akan ada buyer. dan lain2 item; stroller mahal, catseat, toys, etc etc.

Liz said... [Reply to Comments]

Nampaknya anak aku antara budak yang tak untung. Dia takde ipad. Kitorang memang taknak bagi. Berair mata guling2 depan kedai jual ipad pun, kitorang takkan bagi. Birthday party? Masa umur setahun ada la. Tu pun jemput family saja. Lepas tu memang takde la. Beli kek, bawa pergi sekolah. Tu la dia punya birthday party. Tema-tema tolak tepi. Playschool memang aku taknak sebab aku rasa masa dia kecik, kita patut galas tanggungjawab sebab cikgu, bukan serah bulat-bulat kepada cikgu kat playschool. Dia mula tadika pun masa 5 tahun.

Bab kebendaan memang kitorang tak ajar sangat. Biar dia rasa susah dan takde macam-macam. Taknak dia membesar menjadi seorang yang meminta2 dan high maintenance. Aku tak cakap budak zaman sekarang high maintenance tapi ada sesetengahnya saja. Kecik-kecik dah pandai minta kasut berpasang-pasang, baju beratus ringgit.

Takpe la nak, biar rasa macam orang susah. At least kalau nanti betul-betul susah, tak la merana badan :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

macam kau cakap lah, untung budak-budak sebab mak ayah jugak.
kalau mak ayah tak layan, mana dia nak dapat.
satu lagi, mungkin mak ayah taknak anak-anak tu jadi macam diaorang, masa kecik berguling nak itu ini tak dapat..kot mintak beriya, mau dapat penampo satu das. dah ada anak, dia beli jugak sebab nak penuhi impian masa kecik dia.. tapi pakai anak sebagai alasan..

eh boleh.

aku macam tu.
beli playdoh. untuk anak konon. walhal sama naik menggentel.
sebab masa kecik main tanah liat yang dalam kotak panjang tu kan.
hakhakhak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya suka entri ini... untung bebudak zaman sekarang nih

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam Peej

Memang budak2 sekarang untung...parents sekarang pun ramai yg ada duit.......jd semua akan buat yg terbaik utk anak2.....Dulu memang tak merasa semua ni.....tp parents zaman dulu tunjuk kasih sayang cara dulu, parents skrng tunjuk kasih sayang cara skrng.......dua2 ada baik buruknya...........yg penting semua tu utk anak2 tersayang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...