Instagram : @peejburhan

senandung sisters

hola holi.
aku if jumaat free sebab aku tak buat post.
so tu relax je bangun lewat ke apa.
cea macam la hari2 lain bangun awal.
ok hari lain pun lewat tapi takda la lewat sangat.
macam today carefree sikit so tak kisah la phone nak bunyi bertalu ke apa.
elok je tidur ngan tenang. gituh.

plan hari ni since free nak mengemas rumah la.
n nak takung air semua. esok takda air dah.
dia kan selang 2 hari. usually aku tak suka nak tadah hari pertama.
sebab usually time tu air macam berkarat. me not like.
if hari kedua dia ok sikit.

so bangun ni terkejut tengok aik asal semua dah penuh ni?
n macam kemas je rumah.
then teringat tadi sebelum laki aku gi kerja dia ada cakap kot.
aku pun mamai je rasa. dia ada kata dia dah buat itu ini.
so tadi call. eh memang la dia kata dia dah buat semua.
apa ke rajin bebenor dia tu.

takpa dengan itu akan upah masak today.
aku memang jarang masak sebab laki aku suka makan luar.
senang dia kata, plus berdua je.
tapi like i said before. muak jugak asyik makan luar.
tak menepati citarasa kadang2.
so dah tanya semalam. dia nak apa. aku nak buat either ayam masak lemak or ayam berlada.
dia kata 'of coz la nak ayam sambal moling'. ok sat lagi buat sebelum dia balik kerja.

sebelum tu meh kak jah update blog.
ni pun perasan pic bila transfer the other day.
kalau tak lupa dah.
yang session sushi bawah ni dalam 2 weeks back kot.
sebelum noy pergi perhentian. dia nak beli telekung untuk bawak ke pulau.
so tau JJ au2 ada jual. so lets ke sana.
then boleh la makan sushi.
aku ni nak bersushi ngan MrB memang tak dapat la.
dia tak suka. so nak taknak kena la ada geng baru pergi.
tapi time baru kawin dulu. aku teringin nau tapi takda geng.
aku selemba pergi makan sorang. apa jua untuk makanan akan ku rintangi. dramatik sangat.

tapi aku pun tak sure kenapa takda pic kita orang.
ada pic makanan aje. hahah.
maybe keduanya comot. so takyah nak vain sangat.







ohoi sedap sedap sedap.
nak lagi je.
nasib esok elly kata session sushi. yea me loike.
dia kata nak belanja. tu lagi like tu.
sebab tu la sesuai gelaran popo tu kat kau elly.
jangan nak menafikan.
oh btw today dah baca entry redang elly? CLICK HERE
lawak ok. elly ni lawak n sewel kadang2 aku rasa.
tapi menceriakan. tu seronok tu lepak ngan dia.

entry aku nanti2 la. tunggu gambar dpd dorang.
tunggu gambar dan tunggu kerajinan.
nak baca habis pergi baca kat blog filla. dia memang gigih.


lepas sushi lepak starbucks kejap. then gerak balik.
kata lama jugak. tetiba aku lupa lepas tu buat apa. haha.

ok yang bawah ni aku ingat la kisah cerita.
baru few days back. tak ingat memang saje je la.
noy kan baru balik pulau.
dia tu gila pergi kemain lama seminggu lebih.
dia ni aku tak tau nasib malang apa.
asal beli phone mesti dapat pakai tak sampai setahun.
nanti kena tukar. sian.

so balik dpd perhentian dia kata hp dia rosak.
takda la masuk air ke apa. tapi dia pergi kayak.
dia dah simpan elok. tp agaknya terkena gak air garam sikit entah.
tau2 menggila terus mati

so dia ada ajak aku pergi repair.
aku memang dpd awal dah kata kalau kena air tu memang takleh la selamat mana.
baik beli je terus baru 5s.
degil. kata takpa repair dulu n beli phone bongok2 sementara repair.
pastu keluar la beli lenovo murah.
lepas tu memang orang tu call kata memang banyak prob la.
battery dia parah so if nak guna memang sentiasa kena charge.
simcard pun takleh nak detact.
so if nak just repair supaya boleh recover segala benda dalam phone je la.
so ok lah tu je.
dah dia kata sia2 je beli lenovo ni. tak guna pun.
dah la tak paham nak guna n hampeh.
abis kau beli phone murah. memang la tak sama.

tu yang esoknya mission mencari phone.
nasib noy ni dah bertambah cerdik sekarang.
ikutkan aku kata paling dekat kedai apple kat festival city or great eastern mall.
pergi dekat sudah.
tapi noy google phone number n call dulu.
tanya ada tak iPhone color gold. semua takda.
so call number2 lain. tengok publika punya apple ada.
so ke sana kita.

baguih la kan call dulu.
aku dulu bongok siap merata pergi time nak mencari iphone 4s dulu.
sampai 2 hari kau. ke klcc, pavillion, low yatt ada 2 kedai. semua takda. tsk.
penat pun ye. so lepas ni nak sila call tanya kan. hahaha.
tak sangka noy lebih bijak dpd aku sekarang.
zaman dulu boleh la buli2.

masa call memang dah booking kata nak.
akan sampai dalam masa 2 hours.
so ke sana terus pergi beli dulu.
then pergi makan.
malas nak pikir nak makan kat mana.
so ke chawan je dah.
lapar weyh time tu dah pukul 5 tapi tak makan apa lagi.


:: nasi putih daging salai masak lemak ::

:: ubi kayu rebus ::

i dont know is it me? atau memang chawan dah tak sodap.
serious biasa aje.
ubi kayu lagi fail. sedap kemana yang kat flora cafe tu.
masak lemak dia pun biasa aje. tak sedap ah.
no more ke chawan lepas ni.
eh publika kedai makan apa lagi yang best?
bagi suggestion.
taknak chawan, taknak plan b, taknak ben's.
aku nak try picnick tu tapi malas nak menapak. hahah boleh?
so jangan suggest yang ceruk2 payah nak mencari ye. terima kasih.


gelap berkilat kak jah kan. hhaha.
aku ikut sebab apa. sebab senang boleh aku buat threading kening n misai.
tolong misai aku dah macam sikit lagi nak jadi datuk K.
kenign tok sah cakap la. dah macam ulat bulu naik daunnnnnn.
so settle makan pergi buat kejap.
hoi dah lama tak buat n dah lebat kan.
sumpah sakit rasa nak bangun n tumbuk muka perempuan tu.
kaki aku memang dia buat tu dah menendang2 jugak la.
tapi tendang angin je la pun. hahaha.
tapi noy kata memang lama gila kot aku buat.
orang lain buat cepat je.
see betapa lama tak buat la maknanya tu. huhu.
nasib sekarang dah semenggah sikit. wah gituh.

so harus la ada session vain.




hahhahah gelap kan kita orang.
dayang senandung sangat.
noy lagi melampau gila kot.
tak pernah aku tengok dia macam tu. dah menakutkan dah.
ni pun semenggah jugak la sebab make up.
tak make up lagi horror kot. macam tak percaya. huhu.
make up pun ada time kadang2 aku pandang muka dia tergeleng2 kepala.
lawak gila. ye la kata make up untuk kulit time cerah kan.
so bila pakai memang bercapuk kelabu asap la. hahah.
macam orang gelap tapi berusaha nak make up kasi nampak cerah.
sebab time tu dia pakai foundation lain.
nasib time keluar kali ni dia jumpa foundation lama yang memang warna gelap.
so ok sikit la. hahahha

aku ada facetime ngan noy n filla ada.
aku tunjuk kat filla muka noy terkejut filla. filla kata takoootttttt.


lepas ke publika lepak rumah mama sat.
then ke wangsa walk. nak amik phone dia yang repair tu.
then singgah makan kat manhattan fish market.


ok la.
tapi still aku rasa dah tak best macam masa mula-mula manhattan fish market ni datang malaysia kan.
time tu rasa macam oh sedapppp nya semua ni.
now aku rasa macam biasa ajo.

nway, makan tak habis pun.
so pack bawak balik. later lapar boleh hadap lagi.


noy kata asal muka aku macam nak marah dia?
hahahaha ye ke. maybe la kot.
aku kan dah malas nak semangat amik pic update bagai ni.
tu yang bila noy kata meh saya amik pic kau.
aduhhh malasnya.
tu macam tu la rupanya.

eh ok la.
lapar la pulak.
maybe aku boleh pergi memasak now.
sedapppnya terbayang pulak ayam berlada, telur dadar, sayur campur, letak kicap sikit. perghhhhhh…..
eh tetiba terliur ngan masakan sendiri. gila apa. ;p

9 Comments:

FARYN said... [Reply to Comments]

Sama beb..aku rasa makanan kat chawan skang mmg dah tak brape best..

suezen said... [Reply to Comments]

"tolong misai aku dah macam sikit lagi nak jadi datuk K." ok statement ni klakar. haha

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Mohon buat entry redang cpt sikit.. nk tgk entry sape paling byk drama.. hehe

peej said... [Reply to Comments]

@FARYN kan. macam tak sedap langsung pun ada gak. dulu macam sedap la jugak

peej said... [Reply to Comments]

@suezen serious ok. stress tengok muka sendiri dalam cermin asyik ternampak misai. haha

peej said... [Reply to Comments]

@AziniMZ ala lebih kurang je semua kot. kata sama2 kan pergi. huhu

Filla said... [Reply to Comments]

wahhh tanned nie.. kampung halaman mesti kat venezuela nie..

Anonymous said... [Reply to Comments]

air Starbucks kak peej tu air apa ?
saya tak reti nak order air yang sedap kat starbucks

Anonymous said... [Reply to Comments]

Chef wan pernah suggest restoran ACROSS cawan cafe.. xtau la apa nama restoran tu.. katanya sedap kt situ.. dia siap mkn n bungkus bw balik.. must be sedap la kot

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...