Instagram : @peejburhan

#selfie

mood malas beria nak update blog memang tak muncul2.
if update pun mostly update membebel-bebel, tak pun jenis share gambar sambil cerita lite-lite.
jadi la kan.
zaman gigih dah berlalu.
walaupun ada mulut sampah kemain mengata kata aku ni blogging bukan sebab passion tapi sebab nak fame.
e eh ehhhhhh. hello kalau aku mengejar nak fame aku akan menjadi social climber ok.
tiap hari akan make sure update hari-hari berkali-kali. kasi hits mantap.
tak pun aku akan menempel kat blog-blog glams dan cakap, "please visit my blog".
tak kosser ok. aku blogging dah nak masuk 8 tahun ok.
jadi adat la akan ada time aku sendiri dah malas n takda mood nak update.

zaman muda dulu lain la. semua benda kau nak share.
bila dah tua. kau rasa macam tak semua benda perlu share.
especially bila kau tau ramainya judgemental bicthes out there.
yang sentiasa mencari kesalahan kau, mereka-reka teori sendiri padahal kenal pun tak, jumpa pun tak pernah. motip perangai macam paham sangat.

nak kata passion tu tak la.
kalau passion aku writing, tentulah sekarang aku jadi novelis terkenal ke, buat skrip drama ke, jadi wartawan ke.
blogging ni hobby je der.
dulu blogging jenis suka hati nak cakap apa. tak berminat pun nak buat kawan ke apa.
tapi bila dah meningkat usia ni. takyah nak kejar sangat la segala ni.
ada orang berminat nak kawan, kita layan. rasa serasi maybe rapat.
tak rapat secara berdepan, maybe dalam social media je.
mak kadang-kadang kesunyian uolls. zaman berjimbas sangat dah berlalu.
so hiburan dok layan la sembang sana sini.
salah satu ialah komen kat blog. gitu la. kadang2 tersengih je membaca.
bukan la aku blogging sebab mengharapkan komen je.
kalau begitu sepatutnya dah lama aku nak sentap.
sebab kemain la cakap update la blog. update laaaa..tapi kau update. eh sepi je.
get it? tapi tu la ikut rajin. aku rasa rajin n ada masa. aku update la. gituh.

nway, sudah2 la bebel tu kan.
tahap kemalasan aku blogging ni, amik pic pun malas.
kalau rajin amik pic tu. nak transfer pic tu berjangguit oih.
aku dah rasa nak beli gopro lama dah. tapi dok tangguh.
tenggok pics kat redang pak radie bagi. lagi la rasa macam eh bestnya. nakkkk.
tapi 2-3 hari ni terpikir. motip nak gopro? nafsu je semua tu.
aku bukan rajin travel pun.
then untuk apa beli? beli untuk blog?
eh amik pic pun malas. update apa la lagi kan.
so simpan je la rasa nak tu. bukan keperluan pun.
rajinkan diri dulu baru consider.
wahhhh kemain ayat. sekali tau2 nanti terbeli je. muhahahaha.
eh tak mo. tak mo. *berlawan ngan nafsu sendiri*

nway, setelah hampir 2-3 minggu tak transfer pic dpd hp.
tadi tetiba rajin nak transfer. amik kau dekat 400 pic ada.
ada yang aku terkejut tengok eh bila masa ni. lama sangat ni.
semangat snap tapi tak update pun kat blog. simpan buat pekasam je la.
eh tetiba teringat ikan pekasam. *lap air liur*
aku tak pernah makan tau. tapi hari tu ada reader kirim kat aku suruh bg mama.
kebetulan pergi rumah mama, mama masak lauk n ada la ikan pekasam.
tak rasa nak makan sebab memang tak pernah makan.
mama kata makan la baru best.
makan je terus terbeliak mata aku. mak ai sedappp gila weyhhh.
macam pengisa la. bertambah lazat makanan. tak ku sangka sesedap itu.
kalau tau sejak  umur 4 tahun aku dah makan. wah over.

seeee nampak tak? if ada mood nak bebel tu. baik punya corner sana sini cerita aku.
motip tetiba cerita ikan pekasam? hahahah ^_^
mana tadi aku stop?
oh pasal transfer pic.
since aku malas nak buat entry bercerita.
mari ahkak kumpulkan gambar2 selfie.
matiklah muntak darah korang. hahahha.
aku pun lupa aku pernah share ke tak pic kat blog ni.
maklum ingatan berkurang berbanding dulu.
so kalau ada siaran ulangan nasib la ye.



#seatbeltselfie adalah terpaling favourite.
korang dah baca lama kan blog ni. mesti dah masak sangat dah.
aku ni pantang. mesti nak seatbelt selfie.
rasanya time ni la lighting terpaling best.
aku sendiri rasa la. hahaha tah2 korang rasa hazab je kan.
tp dah kata diri sendiri. sapa lagi nak syok kalau bukan diri sendiri. ;p

:: ni actually bukan selfie. tapi tersnap. tapi sbb bergegar nampak flawless katanya. ok simpannnn. jangan delete. hahah ::



ni time aku baru balik redang hari tu.
mak ai gelapnya. takut tengok diri sendiri.
dah la muka ketara gelap. lelain ok.
bab make up kau jangan cakap la. aku memang takleh pakai foundation.
sebab bukan jadi elok. jadi kelabu asap muka aku.
ye la foundation color cerah kot kan.
seram aku. terus aku bersihkan balik foundation.
blusher pun kena beli baru la. sebab aku punya now warna macam rosey pink.
kena kat kulit gelap ni dah la terang jadi pipi. haha patut pipi warna gelap sikit. lawak.


now dah cerah sikitttttt la. sikit je.
masih gelap. tapi tak se horror masa baru balik la. kah kah.
bawah ni selfie terbaru.
minah remps represent katanyer.
syok jugak la naik motor ni.
sebab nanti laki aku mesti paksa peluk la apa.
seksa weyh nak cantumkan tangan.
bini lemak tebal, laki perut macam mengandung tunggu hari. 
tapi takpa gigihhh.
tapi suka sebab nanti dapat bau badan dia. perfume angiii ite tu tukeee. *hah paham tak bahasa aku?*

tadi siap ada permintaan suruh amik pic motor MrB. 
tergelak aku. takyah nak pic sangat. motor kapcai je uolls.
asal korang ingat motor besar ke tetiba? sesuatu sangat.
tapi naik motor nanti aku tergelak. bila naik bukit if salah gear la. 
seksa macam nak menangis aku dengar enjin motor tu nak mendaki. hahaha.
nasiblah siapa suruh nak bawak aku yang muatan berat ni kan.

tapi laki aku ni mengada ok.
kalau lepak tu tetiba kawan dia pun malam tu nak bawak motor.
time balik dia nak buat main racing2 pulak.
kemain laju pecut. pastu dia tundukkan badan dia tu.
patutnya sebagai minah rempit berjaya aku patutnya ikut la kan.
baru potong angin katanyer.
tapi aku ni kan keras. n baru berkecimpung dalam dunia rempit.
dah la macam bangang laki aku tunduk bawak laju macam nak racing.
aku badan tegak macam nak gila angin dok tolak muka aku. bongok tau.
nasib tengah pagi takda orang sangat.
tapi aku tengok ada la kereta sebelah ni kat traffic light siap pandang n gelak2 budak tu. cissss.
orang agaknya nampak pompuan naik motor akan cakap, "wow lentiknya minah ni."
sampai kat aku mesti orang kata, kesian makcik ni. 
sobs.

ok last.
baru-baru ni aku ajar laki aku guna app edit pic. ala biasa la filter semua tu.
laki mana tau sangat kan. esp laki aku la kan.
so since dia dah tau tu. kemain semua pic orang dia nak edit pastu bangga2 konon terel.
ada time aku malas ikut dia keluar. dok rumah je.
mengada gila. mentang2 satu malam tu tak lepak sama.
dah la dia asyik hantar pic. then aku kena reply balik.
then dia bagi balik. letih acik. tapi layankan je la.
tau-tau baru2 ni pic aku bagi tu siap dia edit. hahah lawak.


see muka malas layan tu.
tapi taknak ketara kita cuba baik aksi comel mintak kena tampar.
tapi bukan nak cerita pasal tu.
aku nak korang teka. kalau terel kan ayat bawah tu.
siapa tau apa maksud dia? 
kalau dapat teka memang hebat la.
serious aku rasa kalau hp aku orang jumpa.
baca conversation kita orang ni, FBI pun belum tentu dapat settlekan. hahahhaha

wah kemain panjang entry walaupun kata takda mood tu kan. cehhh.
ini semua poyo.
ok di akhiri dengan video #selfie



26 Comments:

suezen said... [Reply to Comments]

selfie sgt!....mcm flawless je gmbr first tu..:D

zaza said... [Reply to Comments]

hahaha...lucu la peej ni, sambil baca sambil gelak. tang ayat kat gambar tu memang tak faham.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

akk antara yg setia mnanti update blog dr Peej tau!

SuangWei Chee said... [Reply to Comments]

Semua perempuan suka selfie kan...haha...
Btw jika u nk beli phone cover u boleh shop www.eggandsquare.com
Phone cover kat situ byk cantik dan murah !


www.eggandsquare.com

Xuriana said... [Reply to Comments]

OMG BAB NAIK MOTOR LAWAK GILA SENAK PERUT AKU GELAK HAHAHAHA...

Anonymous said... [Reply to Comments]

risau je kalau u asik cakap takde mood nak blogging tau peej. tetiba sejuuukk je hujung jari kematu ku ini. akottt kang takde bahan i nak gelak2 dekat opis. tu piri patom tu nak je teka rasa. tapi TAIL tu apa?? stresssssss tak paham!

Anonymous said... [Reply to Comments]

hihi comel laa kak pija nii ^_^

noryda jaafar said... [Reply to Comments]

hahahha..piri patom..gtau la apa tuu.xsabaq pulak nak tau.

Anonymous said... [Reply to Comments]

kih kih kih lawak lak tang naik motor tuh..

anies said... [Reply to Comments]

hi peej,

first time nk meninggalkan komen..kui2.. =P nak sahut cabaran pasal makna ayat tu..

'diri patung cantik la tuuu..' haha..suke suki..macam x kena je ayat nye..haha

Flying Fish said... [Reply to Comments]

Suke la bace blog peej mengarut mengarut pon kelakar je. Selalu imagine how fun it is to befriend you hehe. Harap peej teruskan mengarut eventhough takde idea :)

peej said... [Reply to Comments]

@suezen
wah flawless ke? itu la kelebihan seatbelt selfie. hakikatnya takda la flawless pun.

peej said... [Reply to Comments]

@zaza nanti la if rajin ku cuba buat entry kasi translate.

peej said... [Reply to Comments]

@zaza nanti la if rajin ku cuba buat entry kasi translate.

peej said... [Reply to Comments]

@Seri Kandi Tanah Jauhar wah setia ke. tapi bertabahlah. sebab kita asyik la malas sekarang ni

peej said... [Reply to Comments]

@Xuriana yeeee! tak suka ok. takat dekat2 boleh la. ada ke dia ajak tengok abah naik motor. jauh kot. memang tak la

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous tu la mood sekarang kureng la. harapnya nak rajin tah bila. takpa senang nanti ku buat entry translate ayat tu

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous wah pulak.

peej said... [Reply to Comments]

@noryda jaafar rajin nanti ku buat entry maksud dia

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous stress ok naik motor ngan dia.

peej said... [Reply to Comments]

@anies hahaha ok jauh tu. n lawak pulak. cubaan tak berjaya

peej said... [Reply to Comments]

@Flying Fish eh takdanya fun nya. biasa aje.

Anonymous said... [Reply to Comments]

'pipi patung (patom?or pnggilan dia utk k.peej) tu style laa' <-- haa, betul x tekkan saye??.

-awer-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nak try nak try. #panggg

Bdiri patung style laa tu.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous hahaha jauh jugak tu

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous hahah lagi takda kena mengena

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...