Instagram : @peejburhan

rajin ke uolls?

filla n elly selalu bising sebab aku tak masak.
aku kan kerja asyik order delivery tak pun tak makan langsung.
sebab tak kuasa la.
dah la aku sorang je kat rumah.
malam lak confirm keluar. motip semangat sangat kan?

elly siap kata kalau nak, nanti dia pergi pasar belikan aku macam dia selalu beli tu.
segala rencah masakan yang dah siap blend. senang dia kata.
aku kata takpaaa..nak nanti aku bagi tau.
wahahhaa. memang tak la kan.

aku tau la. laki aku bukan nak sangat makan rumah ni.
mama biasa tidur rumah aku dia tau la, mama kemain masak itu ini.
mana ada dia makan. nanti malam tetap makan luar.
mama pun cakap laki kau ni tetap nak keluar.
masak pun dia tak makan nanti.
tapi if kau masak sambal memang dia makan bertambah sampai licin la.
so sebab dia pun takda nak makan sangat.
memang tak kuasa la aku nak masak.

tapi sampai satu tahap aku pun boleh tahan muak makan luar.
plus hasil bebelan filla yang pok pek pok pek.
baiklah. mari la rajinkan diri.
rasanya dah few days ni memang masak je la.
wah jimat duit kak jah. hahahhaha.
make sure hari2 ada la sambal sebab tu laki aku suka kan.
gila kau aku masak banyak untuk makan siang n malam.
takda makna. sambal punya pasal by dinner time dah takda apa nak makan T___T
nak masak 2 kali sehari memang sorry la. kosser aku. hahaha.

ikutkan fridge aku ada je benda nak masak.
tapi sebab pemalas begitu je la terbiar.
lama gila je.
mama datang mama masak, sayur kadang aku buang je.

jadi adalah kagum bila tadi aku check fridge aku macam dah takda apa sangat.
hampir kosong bahan basah nak masak. weowww.
padahal baru je last week aku pergi beli. rajin sangat kak jah.
tak percaya pada diri sendiri. hahah

hari ni plan nak masak daging.
dpd malam semalam dah keluarkan.
tapi tak tau nak masak apa. nak buat kari ke kurma ke kentang takda.
nanti tak best.
ingat nak try buat daging goreng sambal. macam best kan.
tapi diri tak berapa nak rajin.
so kelaparan. kita buat nasi goreng aje.


aku kata malas.
tapi ramai komen kata malas macam ni?
tak rupa malas.
hahah bagi aku malas la sebab sekali goreng je kan.
kalau rajin nanti kau kena masak nasi, buat lauk utama, goreng telur, goreng sayur. aaaa malas.
nak buat daging goreng sambal pun aku pikir nak goreng daging. nak goreng sambal.
ah kosser. so bagi aku ni kira malas la ni. gituh. hahah.
nasi goreng favourite ni sebab pakai cili padi n daging n kacang buncis. me loveee. fuhhh.

oh btw ni aku share whatsapp aku ngan MrB
dia ni bab ni tak berapa nak layan la.
dia suka pun share pic2 pelik or bg emoticon je.
sebab dia kan jenis sehari call 8 kali.

so hari sabtu hari tu dia bagi aku.


dia suruh aku siap. otw nak amik aku.
aku pun bagi la thumbs up.
tetiba dia reply muka marah tu.
aku terkejut la. rasa macam, apa benda pulak lagi dia ni.
nak marah apa lagi. letih la aku.
tapi dedua takda sambung apa2 la lepas tu.

sekali malam tu lepak.
dia tanya yang dia bagi tu sebenarnya maksud apa?
aku kata la tu maksudnya marah.
boleh tak dia terkejut. dia kata marah ke? dia ingat takda apa. sebab dia kata boring tengok semua smiley tu warna kuning je. so dia saja amik yang tu sebab ada la color merah sikit.
T_______T
aaaaa sabar je la. laki sapaaa la ni.

ni kejap tadi aku bagi



hahhaha tetiba jaafar onn kan.
cannot go ok laki aku ni.
haaa nampak bahasa dia tu?
kau mampu paham?
takyah la aku terangkan ye.

tapi since hari tu masa aku share pic bawah ni ngan caption tu.
kemain ramai meneka.
tergelak2 aku baca tekaan korang.
dah la satu pun tak betul.
so sini meh aku terangkan maksud apa yang dia letak tu.


maksud dia adalah, "ciri masam sangat la tu"
tu je punnn. hahah punya la berbelit kan.
kelakar tau ada kata pipi la. patung la. style la…macam2 la korang ni kan.

ok bye nak sambung buat kerja.


9 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hooohhhh menyimpang maksud dia. Bahahahahaha! Cemana tail boleh jadi sangat pulak? Heiii pelik nau kak jah oiiii hehe

permatabiru said... [Reply to Comments]

bahasa apa tu??sarawak ekk?

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

menggiurkan okey nasi goreng tu..

kalau xde translation memang x paham apala MrB tu cakap

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hahahaha! tergelak gelak saya bace part emotion marah tu..
alalalaa sweetnye akak and MrB..
bahase ape tu satu hape pun tak paham..hehehe

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

hahaha ...funy laaa.. pakai bahasa tertinggi ni... modip kelompang bagai nni xpahammm :))

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bukan main menyimpang lg maksud ayat dgn perkataan...hahaha..kak peej,sila bukak kelas ajr reader bahasa tertinggi ni..-dd

linda said... [Reply to Comments]

Jaffar On tu yg lawak kekeke..

Anonymous said... [Reply to Comments]

haha..jauh nye bunyi n maksud 'piri patom blabla' tu..
masalahnye korg saling phm memahami plak tuuu..gila lah..

-awer-

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

bahasa korang ni dah boleh buat hak paten hahahhaa.

ye lah sbb mengikut blog ko sejak dari zaman dulu, mmg tau ko terrer masak. may be sebab sekarang ni kan berdua je, masak sungguh2 pun buat habis gas (itu kata mama ku HAHA). sbb mama sy pun cakap dia kalau masak kat rumah sungguh2 rugi je sebab adik2 tak makan, abah kadang je makan nasi. so tunggu sy balik baru boleh dia masak meriah2 sebab ada kawan nak makan.. haha.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...