Instagram : @peejburhan

patutlah takda anak

semalam kan jumpa ice n huda.
so ada la si kenit fahad tu.
cerdik betul la budak tu.
kagum aku.
budak2 sekarang memang pandai kan.

kejap tadi lepas urusan post barang.
MrB ajak pergi makan.
aku tak lapar, so teman dia je la makan.
kat situ perniagaan family.
so ada la daripada atok, nenek, ke mak bapak. ke anak2 semua.
ada la bukak laptop youtube kot ngan sub woofer bagai.

then ada budak lelaki aku rasa around 2 years plus gitu la.
pandai pulak dia abis je lagu dia click n bukak lagu yang sleeq ngan najwa latif tu.
yang untuk dia hey..untuk dia heyy.
pastu nanti if lagu lain main.
dia pergi kat laptop dia pergi bukak lagi lagu tu.
siap pandai pulak kuatkan sikit bila lagu favourite dia.
pastu sambil nyanyi ngan pelat2 dia tu. aku yang patuttt….yang patuttt.
hahaha omg pandai.

aku dah macam..

me : pandai gila budak tu yang. dia bukak lagu kesukaan dia siap kuatkan volume.

him : yea?

me : a ah. semalam kan lepak ngan huda n ice. ada la fahad. pun bijak sangat yang. terkejut i. budak2 sekarang memang pandai la yang.

him : ye ke. pandai macam mana?

me : macam masa dalam kereta i dengar la huda layan dia. huda tanya A is for? dia jawab apple. B is for? Ball. C is for? Cat. D is for? Dog…n banyak la. pandai sangat.

him : pandai kan.

me : a ah paling kagum i tengok dia main ipad. dia pandai bukak game ni. game eja2. kata la ada huruf berterabur. dia pandai susun sampai la benda tu eja ball. eja cat. pastu nanti ada macam ayat tu. panjang la. pastu ada 2-3 perkataan kosong. perkataan tu sepah2. pandai pulak dia susun n elok masuk slot tu.

him : kalau ada anak kita kena ajar tu.

me : tapi huda kata huda tak ajar pun. dia tau sendiri. tengok dia macam suka game tu. so huda beli app tu. tengok dia suka main sendiri n pandai sendiri. tu la budak sekarang bijak2.

him : nanti ada anak i nak ajar dia. tapi i akan tukar.

me : tukar macam mana?

him : contoh :

m is for? Montel 

p is for? Patommm. (masam)

a is for? akiii (daki)

k is for? kombammm (tembam)

me : T___T

him : jangan risau. ada anak i akan manjakan dia. i yang akan ajar semua.

dah la dpd kedai makan sampai la dalam kereta ke rumah.
dia dok mengeja macam tu.
pastu semua macam nak mengenakan aku je.

him : P is forrr??? Patommmmm (masam)

me : u ni jangan la ajar pelik2. nanti dia tanya patom tu apa?

him : i akan cakap, pergi cium mak tu, mesti patom.

ish. malas aku nak layan.



11 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

haha ok ini lawak.

Bunga Rampai said... [Reply to Comments]

Hahaha. Lawak gila entry

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

Lawak laki mu. Troll abes!! 😢😂😂

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Hahahahahaha pepelik tau

Nadia Shahri said... [Reply to Comments]

Hahhahaha.. Ni lawokk.. Patomm..kahkah

Nsanari Hamid said... [Reply to Comments]

Hahaha... tengah nanges pon saya voleh tergelak bace.. p for patommm.. terbaek!

zoora qushairi said... [Reply to Comments]

Haha....adoii klaka mr.ben...patom pon patom la >_<

zoora qushairi said... [Reply to Comments]

Haha....adoii klaka mr.ben...patom pon patom la >_<

intandayani said... [Reply to Comments]

Haha Ben Ben..tergelak aku baca..Nasib bukan dlm LRT..

nuui said... [Reply to Comments]

Hahahhaah. aje ! hahahha.

Anonymous said... [Reply to Comments]

lawak...ehehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...