Instagram : @peejburhan

ok i is pening

aku adalah teruja sebab game of thrones season 4 dah start. yippaa.
semalam teringat ahad premier kan.
apa lagi terus download la. ni tengah gigih tunggu abis download.
boleh layan kejap lagi sambil melipat baju.
kat tv keluar this weekend kan. lambat seminggu la.
tapi tengok tv tak layan sebab mesti banyak potong.

nway, aku rasa masalah air tak terasa sangat la ngan aku.
sebab kita orang tinggal berdua je kan.
so air tangki pun tak luak. huhu.
so maknanya dalam membuang dengan selesanya. la la la.
air tadahan aku buat untuk mandi je.
n kat dapur buat basuh2 cawan or pinggan la kan.

tapi kesian jugak la kat mama.
sebab dah la takda bekas yang besar2 sangat.
pastu ada ke hari pertama dia kata selamba ayol mandi sampai setengah jam.
ohoiiii, memang kena jerit la. je la abis la air tangki kan.
memang betul. tadi ke rumah mama. boleh lak aku sakit perut.
mengada betul la. rumah aku ada air dia elok ok. pergi rumah takda air dia nak buat hal.
air dah la kritikal je kan. haha.
tapi kagum ngan diri sendiri kerana berupaya menggunakan 2 gayung air je iolss.
jimat.

smlm noy tidur rumah aku. sebab dia nak mandi.
dia lagi la. ada ke tadah air bilik air dia pakai baldi kecik je.
sekali pakai abis dik non.
tadi mama pesan kata nak bekas air macam yang aku beli tu.
so aku singgah nak beli. sold out ok yang tu.
dia kata kilang pun abis. padahal dia dah order. so aku beli jenis lain.
slightly smaller n cheaper la.

since aku berdua je ngan laki aku n dah testing bekalan memang banyak n tak luak pun.
aku plan nak amik yang kecik tu. n bagi mama yang besar aku punya tu.
tapi mama tengok bekas tu mama kata ok.
cuma dia mintak tambah satu lagi.
semalam bertingkat bekas air aku belikan mama tu.
today aku pergi dah abis ok yang tu. gila la.

kita orang tak suka yang lebar n besar.
biar bukaan kecik tapi tinggi. sebab apa. atleast tak makan space.
umah kocik jo. takyah nak besar sangat kan.
sebab hari tu aku tunjuk bekas aku beli tu ada yang cakap mana cukup.
kena beli sekian2. bukan taknak tapi macam aku kata aku taknak nanti sempit.
satu lagi macam aku, kata berdua je. try n error dulu. if tak cukup nanti tambah.
tapi Alhamdulillah macam terlebih cukup ada lah.
tu kalau catuan ni ikut jadual la.
kalau tetiba dia nak buat hal. tu memang tak dapat di tolong la.

nway, cerita lain.
aku sekarang memang pakai kereta kembara. kembara mama.
buat macam harta sendiri. hahah.
mama banyak kali suruh aku beli kereta baru.
tapi harus la ahkak liat je. sebab ye la. takda masalah pun kembara tu.
dah la saving takyah bayar bulan. muahhahaha.
keluar duit pun if renew roadtax insurance n service je pun.

ada gak la few moment2 yang buat rasa nak beli.
esp bila ada fam members aku nak guna kereta.
aku takleh la cakap apa. kena la bagi. bukan kereta aku kan.
time tu rasa la patah kaki.
aku takat nak berjalan sana sini ok je naik motor.
tapi akan jadi payah bila aku nak pos barang bila barang banyak.
or time aku nak restock barang kan.

oh time tu kemain la dok browse memacam la.
kejap nak kereta ni. kejap nak tu. eh semua nak.
pastu nanti dapat balik kereta, jadi selesa n lupa terus.

sampai la last weekend.
ada problem ngan kereta tu.
aku ingat biasa-biasa aje.
so takpa la tinggal dulu. mintak tolong papa bawak service.
sekali tadi jumpa dorang, dorang kata ada prob gak la.
dia kata boleh repair tapi akan cost ribu gak la. tersedak airliur sendiri kejap.
so sadda.
so mama n papa cadang suruh aku beli je kereta baru.

aaaaaaaaaa. ini akan menyusahkan kak jah.
sebab mesti amik masa. tu satu.
dah la tak pernah beli kereta sendiri.
satu lagi mesti ahkak akan pening memikirkan kereta apa nak beli.
masuk ni dah 2 hari dok browse website kereta.
dok banding itu ini pakai loan calculator tu.

laki aku nak alza.
aku taknak. sebab motip nak pakai kereta begitu? kita orang berdua je pun.
dah la selalu bawak aku. kosser aku.
pastu nanti if kereta kau jenis macam tu, mesti akan jadi target untuk roadtrip ngan kereta tu.
sebab kata boleh masuk ramai. harus nanti senang satu kereta.
hahah macam keji kan. tapi memang keji. hidup kena penting diri sekali sekala.

ikutkan hati. aku suka kereta kecik or 4wd.
tapi 4wd mmg ahkak tak mampu la.
tak pun maybe now mampu tapi akan datang tak tau.
aku ni takda fix income kan. meniaga ni turun naik.
tak tau lagi berapa tahun akan datang macam mana.
so xnak nanti terbeban. unless la makcik kayo ke apa kan.

so ada la yang ada dalam hati ni buat kesekian kali.
tapi ramai tak puas hati kata kecik la apa.
eh aku nak naik berdua je pun. ok la kan.
tapi tu la pikirkan pulak aku ni meniaga.
kadang ephyra aku amik berkotak2. kang jadi payah nak sumbat tak pasal kan.

ada satu lagi dalam list.
ikut noy dia suruh amik tu.
aku macam berat hati. sebab takda la suka.
tapi sebab dia besar. tu je. n dalam range harga yang aku rasa ok la monthly commitment.

tengah pening tu aku saje la membebel kat fb.
lagi la ramai komen.
memula ok. lelama iolls semakin pening.






haaa nampak mak aku bersuara.
dia suruh aku beli bawah rm700.
yang aku nak up sikit dpd tu.
tapi tu la kang tak ikut cakap mak kang derhaka lak.
tapi bak kata filla pulak biar pilih yang memikat hati.
of coz yang mampu la. ikut memikat hati memang berapa tahun lagi pun belum tau mampu ke tak.
aku mmg tak la kan jenis nak tukar2 kereta selalu ke apa. mesti pakai lama.
so biar memikat hati katanya.
so kat situ tu mesti la kena keji sikit kan. taknak beli kereta sebab ikut sekeliling.
contoh macam laki aku la nak alza. sesuatu. *kecikkan mata n pandang tajam*

tu takpa. tu takpa.
aku dok sambung la browse.
tetiba tak pasal elok aku choose antara 2 kereta. dah masuk lagi satu pulakk.
aaaaa. help help help.
pastu semakin ramai orang komen. semakin keliru gegirl.

pastu tu takpa. dah kawan sorang call ajak aku ke rumah dia.
aku kata takda kereta. dah bercerita pasal kereta.
dah dia kata alaa beli la second hand je. huh? menambah pening tu.
tapi aku rasa mama n papa x suka kot.
sebab memang tak pernah beli second hand.
sebab tak tau condition macam mana kan. nak beli better baru katanyer.
tapi tu la dok mendengar cerita kawan aku tu tak pasal aku berpikir2.

then tetiba teringat kat ice.
ice ni bab kereta hebat sikit.
terus laju2 whatsapp kat group.
wah sangat membantu.
dia tau je kereta apa masalah apa.
aku sebut ni je, terus dia kata oh tu ada masalah itu ini.
aku sebut lain tu. dia kata ada masalah itu ini.
hebat gila. dia rajin berforum pasal kereta kot.
tu kena ejek ngan kita orang tu.
ye la dia semua hebat, dia la pakar kereta, dia la pakar hp, dia la pakar cinta.
hahahha. semua la dia tau n ada pengalaman.

yang pasti sampai sekarang ahkak masing pening.
sebab tetiba tadi mengeluarkan kertas n tulis mothly commitment aku sekarang.
pastu sendiri terkejut woiii banyak gila weyh.
tu pun belum campur duit belanja harian n duit makan minum ye.
paling tak tahan duit rokok laki bini je rm720.
tu konon sekotak sehari. padahal if lepak tu mau beli kotak kedua selalunya.
bayangkan if sehari 2 kotak tu duit rokok je rm1440 ye.
ye di situ kak jah mampu membeli sebuah kereta 4wd sebenarnya. hahahahha

baru lepas membuat kira-kira sekali lagi.
ok kak jah semakin sakit kepala.
mungkin nanti end up lupakan je la kereta yang menambat hati.
dan membeli seperti saranan mama. T____T

ok bye *sentap membawa diri*




10 Comments:

faten falina said... [Reply to Comments]

kak peej, meh saya menambah kepeningan kepala tu..ekekeke.. saya suka grand livina x-gear.. sebab nampak sporty.. xkecik, xbesar..xmahal sangat kot..hehehehe..

selamat memilih.. :)

QASEEH HATIKU QASEEH said... [Reply to Comments]

beli keta yg mampu milik..monly payment..servis yearly..insurans ..road tax murah saja np prob..n dont poget..mn2 kereta pn..slps bbrapa tahun pakai kompom akan ada sakit2..ada masa kerata demam ckit2 sahaja..ada masa sakit tenat..ahhh tym tu tmbh sakit kepala..n don poget..kos tayar pn yearly jgk tu..4 bijik tayar..nangis kuar duit mmbyr..ekceli kereta ni mmg nmpk sedap sahaja di guna..tp kos smpingan tu yg bt sakit kepala..better duit yg lebi tu simpan utk masa dpn..lg pn kegunaan kereta tu bkn nya nak jalan jauh2 pun kan..asal kn ada kereta utk kluar rmh n brgerak ke mana2..betul la kata mama u tu..beli ikut kemampuan..tp if u yakin u ada duit xtra d masa akn dtg..so no prob beli kereta idaman hati..

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

laki saya pomen...
kitorang pon tengah simpan mimpi nak grab 1 new car jugak hujung tahun nanti.
die kata toyota mostly spare part mampu milik.. jimat minyak.. tahan lasak.. harga berpatutan.. sangat ekonomi utk range kereta import. yang penting resale price pon tinggi.
2nd choice adalah honda =)

ni price toyota..
http://www.expat.com.my/Toyota%20Cars%20Price%20in%20Malaysia.htm

kalo cari kat kedai boleh mintak kurang lagi kotttt.. hehehe
**amek Rush peej.. sporty.. tapi kecik.

tambah pening takk??


FARYN said... [Reply to Comments]

myvi pun ok gak weih...sila beli baru..jgn amik 2nd hand ok..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, akak setuju dgn nasihat auntie nani, kena cari kereta yg affordable & ada resale value. Setakat ni, kereta Malaysia yg tinggi resale value.Kalau nak ikutkan minat mmg banyak yg kita minat. Selamat membuat pilihan yg tepat:)

farrah said... [Reply to Comments]

Saya sebenarnya setuju dengan Alza. Saya sekarang pun terfikir nak tukar kepada Alza daripada Vios, boleh? Sebab senang nak angkut barang, saya pun orang berniaga kecil-kecilan. Go for it, Peeja! Alza monthly agak berpatutan, boleh angkut banyak barang and I believe in Perodua for Malaysian made car.

nuui said... [Reply to Comments]

Mazda. Nissan.Toyota. 3 brand yang mampu milik. Dah kuat / tahan untuk jangka masa lama.
Tapi jika peej rasa, perniagaan akan lebih berkembang. Saya lebih prefer kepada triton . :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jgn spend terlalu byk utk keta. Keta mahal or murah pun tiap tahun value dia akan turun. Beli range harga yg sderhana je. Tujuan asal keta tu bwk kita dr A ke B je. Lbih baik ada duit lebih tiap bln utk saving and simpan utk travelling. Rasanya rugi sgt klu beli keta mhal2 tp end up duit utk saving and travelling xde. Dlm kpala aku ni rumah biar sderhana, keta biar sderhana janji dpt travel tgk tmpt org..byk bnda baru blaja. Hahah. Selamat memilih peej!

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

benti smoking..dah dpt beli kete mahai...huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

VW ada offer. Polo Sedan 88K tak silap. Best bwk cotinental car. Minyak jimat jer.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...