Instagram : @peejburhan

lapislapis

tidur lewat, bangun awal. boleh tahan pening lalat la ni.
tak berapa busy ini pagi.
so ada kemungkinan terlena balik ni.
tapi sementara mari update.
alang-alang dah memang ada pic dalam draft ni kemain lama.

this was a couple of weeks ago.
as usual aku kan bab update ni suka bertangguh.
haha entry redang langsung tak update kan.
padahal pic berlambak tu.
tah ingat lagi ke tak nak update.
takpa if tak ingat aku akan share gambar je ye. ;p

keluar ngan noy ke wangsa walk.
sebab nak mencari cable untuk charge phone.
wayar charger MrB putus di gigih kucing. haha.
rumah aku ni pantang lepa memang putus la wayar charger if kau lupa nak simpan.
sebab tu aku suka charge dalam bilik je.
if charge kat luar pun, nanti sebelum keluar ke apa aku akan make sure bukak n simpan.
dah berapa kes weyh putus2. haha.
tapi laki aku lupa. padan muka. abis semua putus. sampai dah takda charger.
nasib ada battery bank.
so kena pergi beli la.

sebelum tu harus singgah makan dulu.
kelaparan masing2.
makan kat sweetbowl.
sedappppp. tapi tu la kerusi tak comfort.
memang cara-cara nak suruh kau makan n berambos.
jangan nak lepak lama sangat la.
ye la konsep kopitiam kan.
so kerusi pun pakai stool. cisss.


kan aku penggemar mihun kari. mesti nak order ni.
eh tengok ni tertelan air liur. macam sedappppp je.
ada aku pergi jap lagi ni kan layan makan sorang.
noy pulak order laksa assam.

:: boleh tahan gelap la dia ni kan. oh btw sunglass aku tu boleh tahan dia buat harta la kan. kong jaq sangat sendiri punya ori berlambak, aku punya MnG je pun dia mau bedal ::

:: but first. let me take a #selfie ::

then settle urusan kat wangsa walk ke jj pulak.
beli barang dapur lagi.
haaa kan aku cakap aku ni asyik beli barang dapur kan.
aku tak suka beli banyak2. beli sikit2 je.
stock seminggu gitu la.
sebab aku ni mood kejap rajin kejap malas.
so taknak la simpan barang basah lama-lama kan.
so tu yang asyik la nanti kena pergi beli.

settle bab tu tengok jam macam masih awal je.
takkan nak balik kan.
so noy ajak lepak ada cafe baru area wangsa maju.
cafe lapis. ok jom.
walaupun aku macam tak suka minum coffee.
ok aku suka coffee tapi aku tak suka nanti aku gagat je.
letih tapi takleh tidur.
so bila aku kurang amik coffee, sampai ke sekarang la effect sama, aku jenis manusia yang kalau amik coffee nanti cakap non stop, tak tidur2.
ye la some people sebab biasa sangat minum coffee, dia dah takda effect ke apa kan.


ok la harga dia.
sedap pun ye.
kalau follow ig @cafelapiskl boleh tau apa special untuk hari itu.
best je kadang aku tengok ada laksa johor la, nasi arab ke apa tah.
eh kenapa macam best je ni.
dah la tu ada cute baristas. mueheheheh. eh tetiba kan.

:: snickers chocolate cake ::

:: latte ::

tolonglah sedap sangat cabungan berdua ni.
latte kan pahit, tapi bila makan ngan cake ni rasa stone dia.
lain macam.




suka jugak la deko dia. cozy.
aku n noy stone je, rasa macam oih kalau kita duduk kat bean bag tu mesti terus tidur ternganga je nanti.
lawak la. dalam stone tu, tapi mulut tetap bercakap non stop.
berebut-berebut masing2 nak share cerita memasing. haha bongok gila.

:: noy's cappuccino ::





ok tiba-tiba lapar n tak boleh berpikir.
nak keluarkan barang untuk masak today.
later.

3 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

lawa plak noy tanned gitu.. ok noy, boleh teruskan plan next pulau.. hahah.. peej, nampak sangat ko menahan mata ke apa.. typo sana sini ok hahahah

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Selalu terlior tgk pic makanan ko peej oii...aku dah lama ikut blog ko peej...kdg pecah perut aku gelak! Ko mmg lawak peej oiii...! teruskan menulis peej.

Kalo sudi follow blog aku ye...ahtzelin.blogspot,com

Miza said... [Reply to Comments]

Bila baca review2 sempoi mcmni,rasa mcm nak jot down senarai tempat2 makan best dalam kertas kecik2, pastu campak dalam satu balang..Bila taktau nak makan kat mana, cabut macam lucky draw.. haha..tenkiu2..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...