Instagram : @peejburhan

get well soon daddy

tak boleh tidur pulak.
walau mata mengantuk ni.
susah hati je.

rasanya papa kena stroke lagi. :'(
tadi siang keluar ngan noy n friends.
masa pergi setiawangsa nampak la papa tidur.
takda kacau la sebab nak keluar pun.

so masa keluar tu dalam kereta noy cerita la.
mama cakap papa macam kena stroke.
tapi papa kata takda. tapi tanda2 semua ada.
papa kan pernah kena before this.
mild stroke.
so kali ni pun macam sama.

mama kata papa balik kursus around 2pm tu.
mama tengah sembang ngan jiran kita orang.
auntie tu datang rumah.
papa balik tu mama kata nampak topi papa senget.
pastu muka macam senget.
pastu dia bukak topi peluh terukkk sangat2.
tanya ok ke tak. dia kata ok la takda apa.
tapi dia pegang mug pun takleh terjatuh mug tu tumpah semua air.
so mama suruh dia rehat je tidur.

so dia tidurrr je takda buat apa.
ajak pergi hospital taknak. kata dia ok.
then abis lepak malam tu noy hantar balik.
noy ada facetime dok nangis. kata papa macam teruk n tak ok.
tapi berdegil marah semua kata dia ok.
padahal berdiri tak boleh. pergi toilet pun kena papah dah.

pergi hospital taknak.
abis semua orang dia marah.
dia kata esok baru pergi.
malam2 pergi nak buat apa.
dah dia kata macam tu.

so aku pun tidur.
few days ni tak cukup tidur aku ni.
so tadi aku tidur awal.
dalam kul 10ish gitu dah tidur.
laki ajak lepak ke apa pun taknak sebab letih pulak.

then kul 2ish macam tu dapat call from noy.
mamai2 aku cakap. dia kata dorang kat hospital.
dia paksa jugak papa pergi.
papa taknak. dok la kata dia ok.
noy kata memang tak ok la. hari ni boleh lagi bercakap ke apa.
kang tunggu esok buatnya dah jadi lain pulak.
dia kata dia ok n kuat.
noy kata, ok kalau kuat noy nak papa berdiri sekarang.
nak melawan jugak tu. terus dia berdiri. memang tak boleh la.
terhoyong hayang n terduduk balik atas kerusi.
baru dia termenung.

so ok la bawak la ke hospital.
nasib hospital tentera ni dekat je pun dengan rumah kita orang kan.
so ke sana la. dorang buat x-ray n mri tadi.
esok baru doktor datang check result.
so dia kata suruh balik la semua. biar papa sana.
esok pagi datang balik.

aku duduk termenung. hati tak best.
time noy call tu noy kata papa takda ni tengah x-ray tu.
ayol bawak. so dia n mama tunggu luar.
aku dah macam, ah nak pergi la.
i wanna see my daddy.

last jumpa kelmarin sembang.
pun papa tak banyak cakap. dia diam je dengar kita orang sembang sambil sandar kat kerusi pejam mata.
sikit2 je sampok2.
then semalam masa pergi sana dia tidur kan.
i is sad.

so nak jugak jumpa.
so aku decide pergi.
elok pulak aku nak pergi tu laki aku mmg otw balik rumah.
so ke sana la.
duduk kejap sembang ngan mama n noy.
then maybe dalam 15 minutes later papa keluar.

nampak uzur papa.
dia sakit suka tak mengaku.
marah dia bila kita orang cakap dia kena tidur sana.
takpa la biar dia rehat.

noy cerita sebelum pergi hospital mama tanya, nak mama ikut ke?
dia pandang je mama lama, dia kata kena la mama ikut, mama yang suruh dia pergi.
sedih lak aku. dedua dah tak sihat kan.

aku lagi sebak sebab Alhamdulillah tahun ni mama n papa akan kerjakan haji.
harap sangat nothing serious.
biar dia n mama boleh tunaikan haji.
mama dah tentu tak sihat.
dia la akan di harapkan nanti tengok2 mama.
nanti kalau papa pun tak sihat how kan.

rupanya kat hospital tadi baru dia cerita.
dia kata tadi masa dia nak balik dpd kursus haji tadi.
naik tangga kat masjid. then macam turun tangga.
dia rasa senget2 dia jalan, pastu dia terjatuh masa nak turun tangga.
maybe sebab tu. tau la orang pernah stroke ni takleh jatuh2 ni.
dia taknak cerita. tetap mengaku dia ok.
padahal dah jatuh earlier. :(

Ya Allah, Ya Tuhan ku, semoga papa sihat macam sediakala.
semoga papa n mama selamat pergi n balik menunaikan haji nanti.
semoga papa panjang umur.

too sad utk sambung entry ni.

24 Comments:

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

Semoga papa and mama peej sihat salu. Dah folo cita dorang since 08 feels like my own family dah.
Apa2 hal update je k. Me doakan semua selamat. Amin

she moy said... [Reply to Comments]

Mak sy pun tengah stroke ni, sy masih blajar kak... Mak sorang je ada, sama2 lah kita doa... Biar diorang sihat... Kuat semangat

amirah said... [Reply to Comments]

Get well soon uncle and auntie! InsyaAllah kalau both kuatkan semangat untuk pegi haji nanti mesti Allah akan bagi kekuatan punya. Aminn. :)

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Semoga ur daddy cpt sembuh..

Anonymous said... [Reply to Comments]

moga papa u cepat sembuh dan boleh menunaikan haji tahun ni. doa untuk mama u jugak. amin. be strong girl.

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Sedihnye...semoga papa peej sihat....in syaa Allah...

Cicik Ann said... [Reply to Comments]

Sabar ya Peej.
smlm bila Mama said ur father mcm tak sihat..
aunty pun mcm risau.Good thing he is in hospital...kalau di rumah we
are not able to do much.send my salam to Mama.
she needs support from all 4 of you.
take care.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej. i silent reader je. i mmg xleh baca bab2 parents ni mesti i terus nanges. stay strong ye peej. we pray for u n your family. semoga Allah permudahkan urusan auntie n uncle. amin~

Rain said... [Reply to Comments]

Sedih saya baca entry ni.Hanya doa mampu saya berikan buat ayah peej.Semoga Allah panjangkan umur kedua ibu dan ayah agar mereka dapat menunaikan rukun islam yg ke 5.Amin.

EdaManAli said... [Reply to Comments]

tetiba berenang, miss my mom & dad...hope papa k.peej OK, sihat n bleh pegi haji nnt...dia asik kate dia OK sbb dia xnk susahkn family dia...hope pakcik sihat mcm biase...

Anonymous said... [Reply to Comments]

semoga papa peej sehat..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Get well soon ya daddy peej..

niza

ladyhermanas said... [Reply to Comments]

Get well soon to papa peej. Sedih baca entry ni. Byk byk doa ye. Insha allah

fathen yaya said... [Reply to Comments]

Salam peej. Sabar ye, semoga uncle sembuh seperti sedia kala. Semoga semuanya selamat. InshaAllah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peeja sedihnya.semoga papa peeja diberi kesihatan yg baikkkkk..insyaallah takpe.. Doa byk byk

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

Salam k.peej .. semoga semua baik-baik belaka.. semoga papa k.peej akan sembuh seperti sediakala ;'(

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi peej. Be strong tau.
Semoga papa sembuh spt sediakala.
Love, ur silent reader since 2005.

Anonymous said... [Reply to Comments]

bergenang2 mata aku peej.terigt arwah ayah aku...sedih kan bila tgk bapak kita mcm tu. Xpe peej, selagi terdaya korg adik beradik buatlah sehabis baik jaga dia. Xde lain dh, itulah satu2nya papa yg korg ada..aku doakan papa korg cepat sembuh n sihat walafiat InsyaAllah... *sambung menangis uhuhuhuuuuuu

norbashima said... [Reply to Comments]

Get well soon...amin

Aliah said... [Reply to Comments]

Speedy recovery for your father...InsyaAllah.

ana isahak said... [Reply to Comments]

semoga papa peej cepat sembuh.... :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peej
be strong ok.. please make free time untuk visit papa you at the meantime ni
mulut dia memang kata ok sihat kuat tapi sebenarnya hati dia nakkkkkk sangat anak2 berada di samping dia sentiasa
i feel you peej.. sabar and jangan putus doa untuk papa you
hope he'll get well very2 soon amin..

you take care peej
huggggssss

nifalnin... said... [Reply to Comments]

get well soon uncle... sy doakan uncle cepat sembuh n dpt tunaikan haji tahun ni dgn untie... be strong... semoga ALLAH berikan yg terbaik buat uncle n untie...

peej... take care...

fana said... [Reply to Comments]

salam and hi...baca ur entry, terigt my mom yg baru je pulang ke Rahmatullah Apr 13 lepas...dia mmg half body paralysed, but not stroke...its multiple sclerosis...all this while dia mmg nmpak ok...mcm ur mom...cheerful je...kalau org tgk dia tgh baring, xtau pon dia sbnanye xboleh jln...dia meninggal mengejut...weols x expect langsung...anyways, I hope u stay strong along with ur family...jagelah orang tua kita sehabis daya...mmg kekadang rasa mcm dh x larat, sbb time2 ni, mesti memasing emosi, yg sakit tu pon akan mcm2 karenah...layankanlah....frankly, bile dah kehilangan mama ni, i lagi rela layan karenah dia n jaga dia drpd kehilangan dia...tc dear...regards to ur whole family and may Allah bless u all with great health and happiness...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...