Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: rumah sewa tinggal

Salam kak Peej...

Saya nak berkongsi cerita semasa saya masih bergelar student di sebuah kolej swasta di seremban dulu. Masuk tahun terakhir saya belajar, saya dan bff saya pakat utk duk menyewa di luar hostel. 
So, kami mula mencari rumah2 area kolej yg murah….
Kebetulan terjumpa satu rumah sewa ( flat ) yg sgt2 murah. 
Pakcik yg bg sewa tu hanya bg kami sewa sebulan dgn harga rm300 , tiga bilik , fully furnished. so mmg amat2 berbaloi la. 
Set time bila kelas takda, pergi jumpa pakcik tu dan tgk rumah sekali. 
Kami ada berlima perempuan. 

Masa kami tgk rumah tu pagi. 
Jumpa pakcik tu dan dia terus bawa ke rumah sewa tu.
Tingkat paling atas sekali. 
Masa masuk rumah tu sangat2 terkejut sbb rumah tu bukanlah seperti yg kami bayangkan. 
I mean dlm rumah tu masih ada barang-barang peribadi owner terdahulu seperti baju, helmet, cd p.ramlee, kasut, selipar, katil tilam lengkap dengan cadar dan sarung bantal like that la. 
Rumah tu seperti ada org duduk, dengan keadaan ruang tamu yg sgt pack dgn2 barang-barang owner dulu, pinggan mangkuk di sinki yg telah lama di tinggalkan, lesung batu dan rumah tu sangat berhabuk. keadaan dlm rumah sedikit seram tapi memandangkan kami mmg berniat utk save budget carik rumah sewa murah, so semua bersetuju utk menyewa di rumah itu.

Bermula la proses perpidahan ke rumah. 
Ada 2 bilik, 1 stor. 
Bilik utama kawan saya berdua dari Sabah ambik. 
Bilik kedua saya dan sorang kawan ambik. 
Manakala bilik stor/bilik paling kecil kwn saya seorang ambil bilik tu. 
Rumah tu terlalu padat dgn barang owner dlu dan tenant sekarang ( kami ). 
Jadi kami decide utk buang separuh brg2 owner lama setelah mintak kebenaran dgn pakcik yg bg sewa umah tu.
malam pertama kami selepas solat, kami semua mula baca Yassin. 
Dan kemudian semua tidur kerana keadaan yg penat.

Beberapa malam selepas itu bermula lah eposide kurang tidur kami… 
Setiap waktu maghrib kami akan dgr bunyi ketukan di dinding rumah. 
Berhenti kemudian ketuk semula. 
Tapi kami semua buat dunno saje. 
Bunyi perabot di alihkan, bunyi guli jatuh dr bahagian atas rumah pun kedengaran padahal kami rumah tingkat paling atas. 
Tapi kami tetap bersabar.
Masa duk tgk tv di ruang tamu ramai2, sliding window tu akan terbuka sendiri dlm keaaan slow motion tapi semua dah biasa dan xda yg ambil peduli.
Sampai lah satu hari...kwn saya accident motor......


Oleh kerana kwn saya yg accident motor tu asal sabah, dia x dapat balik ke sabah . 
Dia hanya duk di rumah sampai sembuh. 
Setiap hari kami pegi kelas, dia akan call suruh balik cepat sebab dia dgr bermacam bunyi di ruang tamu..bunyi ketawa, menangis, bunyi lesung batu di tumbuk
kemudian kami decide panggil ustaz sbb keadaan jadi tak terkawal.
emosi kami terganngu kami mudah marah, mudah menangis dan berrgaduh sesama sendiri.
ustaz pun datang dan azan di sekeliling rumah. 
Kwn saya yang tinggal di blik stor , namakan dia sebagai D mula meracau dan marah kepada ustaz. suaranya berubah menjadi garau. 
Dan terkumat kamit seperti menyumpah kami semua.
Ustaz berinteraksi dgn makhluk itu yg berada di dlm badan kwn saya. 

Makhluk itu membahasakan dirinya sebagai 'nenek'..
Dia mengatakan rumah nya telah di ceroboh oleh kami.
Kami sering berbuat bising dan ketawa di dalam rumah seolah-olah rumah itu kami yg punya
Astagafirullah langsung tidak kami terfikir bahawa rumah sewa tinggal itu sudah ada pemiliknya.
Bila ustaz mula mengubati kwn saya, dia meracau dan kemudian pengsan.
Sebulan selepas itu, kami keluar dari rumah itu kerana gangguan yang sgt teruk sehinggakan sofa di ruang tamu bergerak sendiri di depan mata kami.. (terpaksa pendek kan cerita, bos tetiba panggil nak gi buat keja ) 

Thanks Kak peej , bye! xoxo

-As-

……………………………………………………………….

Dikkkkkk.
terbantut akak baca cerita kau dik. 
tengah saspen gilaaa tetiba di pendekkan cerita.
dipendekkan tu satu hal la.
saje je ending cerita pasal sofa bergerak. fuhh saspen sungguh tu.
kalau ada sambungan nanti email lagi yea.

korang kalau ada kisah expose mistik nak share boleh email aku.
mana yang baru baca blog ni.
memang if ingat n ada orang email, aku akan share kisah expose mistik every khamis malam jumaat.
wah keliwon sangat kan nak share time begini.

ok semua. selamat malam jumaat. hiiihiiiihiiiiiii *budget orang takut la gelak macam tu*

7 Comments:

safiyyah osman said... [Reply to Comments]

Ayooooo tersentot baca...

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

woiiihh boleh pulak habis macam tu je
dikk bila bos dah tak panggil tolong sambung cerita tu. hi hi hi

Shahrizat said... [Reply to Comments]

PERGHHH ni mmg best tapi kan baru rasa nak seram dah ending pulak...hahaha

A.I said... [Reply to Comments]

ye dik! silalah email lagi sambungannye ni..dada dah debar2, tup2 the end pulak. ish...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ye laaa....apa dah jadi dgn tuan rumah sewa tu??? Suka2 hati bagi awak sewa rumah yang masih penuh barang2 penyewa lama...kot ye pun kemas le dulu sebelum vagi ke penyewa baru...Ingat nak tiru cerita Istanbul Aku Datang ke hapa?

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Haiyooo..tetiba abih gitu je? Tgh2 nk meremang bulu roma ni, teruih kuncup blik....huhuu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

nice story..
tolong habiskan cerita yg baru nk klimaks..huhuh.
seram..and teruja dengan kisah yg dilalui.
-PL-

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...