Instagram : @peejburhan

di mana silapnya

tah apa kena salah urat ke apa tak sure.
aku kan almost every night aktiviti lepak bersama suami.
tempat tu sometimes parking problem.
so memang agak letih gak la.
so if cuaca ok, aku ajak naik motor je.
senang kan.

aku perasan semalam masa nak naik motor tah salah gerakan ke apa.
aku rasa belah pinggang kiri belakang sikit ni macam meletop..tuppp.
pastu terus rasa macam e eh eh. apesal sakit ni.
tapi teruskan jugak la pergi.
time duduk lepak rasa tak selesa pulak.
tapi ku teruskan jua.

tapi time tu takda la rasa sakit sangat.
then nak balik. again nak naik motor tu baru terasa sakitnya.
oit apakah ini semua?
dah aku naik motor macam robot straight je.
nak ke depan peluk laki sakit gila dia tangkap.
so macam perkenalan pertama la gayanya naik motor tu. haha.
masalahnya time mula2 kenal takda pernah naik motor pun. saje je nak elemen drama kan.

balik tu mintak MrB picitkan.
bukan picit la tapi macam tekan-tekan je.
bila kena kat sakit tu rasa nak sesak napas den.
then lepas tu lega sikit. terus bawak baring.
then lepas tu tah aku buat apa tah, salah gerak sikit. dia sakit again.
laki aku kata tu angin. dia kata badan aku banyak angin.
hah angin ke? entah.
tapi petang tu aku sakit gila kepala.
laki aku picit sikit keluar la angin 1-2.
takkan terbawak sampai ke pinggang tetiba.
ke ada?

yang pasti sampai ke sekarang ni sakit ada lagi ok.
dah kena duduk tegak macam apa je ni.
dah la banyak koroje nak buat ni.
so sebenarnya apa benda ni eyh?
cara mengatasi?

nway, cerita lain.
semalam ke festival city makan.
tetiba terasa nak beli battery pack cover untuk hp tu.
tau kan? yang dia rupa cover hp. tp dia sebenarnya battery bank gitu la.
so if battery hp kau nak habis. kau boleh charge terus je situ. gituh.

aku tak suka actually sebab membuatkan phone nampak bulky.
n aku memang ada battery bank.
aku belik kecik je yang 5600mah je.
ok la buat charge 2-3 kali gitu. kecik senang bawak.
aku nak charge phone je pun. bukan ipad ke apa. so takyah tggi sangat.

tapi menjadi masalah bila laki iolls suka guna power bank aku.
tak pun nanti geng lepak ke apa.
kang nanti if aku nak guna kadang abis.
aku ni takda la jenis nak check hp 24/7.
tapi if battery nyawa ikan or habis adalah tak suka la kan.
so solution dia mari beli battery pack casing tu.


harga boleh tahan.
size memula tengok rasa ok. sebab slightly smaller dpd aku tengok yang filla pakai.
tp rupanya nak pasang dia punya tebal tu sama ajo.

then dah purchase baru tau yang nak charge ada macam tarik keluar cable kontot je cukup2. then kena cucuk kat tempat charging tu baru tekan charge. oh gitu pulak.
sebab aku tengok filla punya senang je boleh terus tekan. cisss.
ah takpa. dah beli pun.
n dapat cover hp free sekali.
rasa2 taknak pakai battery tu pakai la cover hp tu. gitu la.

ah dah beli tu pakai je la kan.
semua ok.
until malam sebelum tidur nak la layan online.
aku memang macam tu. nanti tengok instagram dulu. main game ke.
last aku akan layan 9gag. aku suka 9gag. lawak. komen2 lg lawak kadang2.
so nanti tengah layan tau2 ngantuk je. ok letak phone n lets tidur.
tapi semalam macam terseksa aku nak online kat phone.
sebab boleh tahan berat la phone.
rasa macam sambil online sambil exercise pakai dumbbell. amboii perumpamaan taknak kalah kan. hahhaa.

tapi serious. lenguh tangan. kejap nanti aku ke kiri. kejap ke kanan.
nak sambil baring memang tak la. sebab risau aku kalau tetiba hp jatuh kat muka.
kang tak masul pergi emergency unit kang.
patut la dia bagi cover extra tu.
dalam erti kata lain. tak memerlukan takyah la sibuk pakai battery pack tu. gituh.

apa-apa pun. apesal pinggang aku sakit ni?
nak try bawak baring la.


7 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku baru aritu sibuk main hp before tido, then terjatuh atas muka. sakit ko tau. dah la note 3 ni gabak. berair mata kejap, haha.

Anonymous said... [Reply to Comments]

huhuhuhu....
Sis Peej. itu angin namanya..
saya dah kena bulan lepas.memang xleh nk tunduk.
time solat memang seksa sangat.
senak sangat macam xcukup nafas.
ingatkan pinggang patah atau retak..
jadi macam tu masa tengah tunduk nk simpan kuali
bunyi memang kuat..
so mak saya panggil tukang urut tolong urutkan..
dia cakap bukan patah tapi angin banyak sangat..
tu yang sampai berbunyi..
saranan saya cari la tukang urut..hehehehehehe

Shaheera Ibrahim said... [Reply to Comments]

Sis.. cube cek dgn yg nihttp://sakitbelakang.blogspot.com/2011/05/sakit-tulang-ekor-coccydynia.html?m=1 mana tau dpt bantu sis..

harry p said... [Reply to Comments]

Kol berapa nak naik motor tu, jgn adA benda lalu...dia cuit....
Minta air dari ustaz

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku ni dlm 6 thn lps kena cmtu. urut dua kali , tp x thn aku biarkan aje. dia dtg la sekali sekala. ada sekali tu sebulan ok x hilang2. spi sekang x hilang2. tp x la sakit sampai x leh nk bergerak. cuma x selesa la.

yuyuy akley said... [Reply to Comments]

Penah gak sy terseliuh ke apa ntah.. Sakit smpai sebulan.. Last2 jmpa doc je dia kasi ubat urat tros setel heh..

Anonymous said... [Reply to Comments]

hai peej
selain disebabkan oleh angin cer u tengok pergerakan badan sehari2 tu macamana.
contoh macam adakah u selalu meniarap sambil online pakai phone? kalau let say sejam dua u buat macam tu setiap hari, memang dia boleh tangkap sendi. maybe dia sakit dekat belikat dulu then membawak ke pinggang.
nak katanya posture badan yang betul sewaktu buat kerja seharian penting demi memastikan kesejahteraan sendi2 anda gittew. coz body kita ni ada banyak nerve n muscle kan. kemungkinan pinggang u stress. hape ko ingat otak je boleh stress leha? hehe

salam sayang : peminat setia

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...