Instagram : @peejburhan

daddy update

berapa malam lepas aku masukkan nRelate ni kat bawah entry.


nRelate ni macam linkwithin tu la.
so maknanya any post yang relate dia akan keluar bawah ni.
dulu aku ada pakai. tetiba rasa tak suka pulak. aku keluarkan.
sebab keluar cerita2 lama yang kita tak suka.
eh bukan aku tak suka. tapi ada orang tak suka la.
so aku kena la buang. gituh.
tapi tetiba ni rasa macam nak pulak.
dah lama rasa nak. tapi try masukkan link within asyik la error.
dah berbulan kot aku try tak boleh.
so aku google la apa masalah link within ni.
nampak few blogger kata nRelate ni lagi ok.
a ah la macam lagi best. boleh pilih memacam design.
tapi aku pilih default design je pun.

so bila dah keluar tu.
biasa la. tak pasal bila nampak entry2 lama, sikit2 aku terbaca.
rasa macam best pulak.
sebab some cerita kau pun takda la ingat kan.
baru terpikir bagus jugak ada blog n blog yang cerita details.
tu aku dulu la. sekarang aku macam malas sikit kan.
ok kita try rajin lepas ni.
bukan apa, kadang malas sebab dunia luar ni banyak judgemental assholes.
jenis yang asyik nak kutuk kata e eleh benda macam tu pun nak tulis blog.
kadang terasa jugak la macam, a ah betul la kata dorang.
tapi sebenarnya bila kau tak sedar, tiba time cerita-cerita tu la yang bagi kau rasa best.

contoh macam bawah ni.
aku baca entry time aku nak buat kad kahwin.
it was 2 years back punya entry
ternampak pic ni.
sedih pulak rasa. n sweet je.


hihi. dapat capture pic papa pandang mama.
macam mama la perempuan paling lawa dalam dunia.
macam noy kata masa papa memula masuk hospital.
bila mama sampai noy kata bercahaya muka papa, pandang tak lepas macamkan mama la perempuan paling cantik. *kesat air mata sat*

ni aku share sikit pics yang aku amik on day 1.
lepas2 tu dah nak amik pic. nanti sedih.
sebab day 1 papa macam still kuat lagi.


P.G update papa pasal bola.
ada ke dorang kata malam nak masuk hospital tu ikutkan papa taknak.
dia kata sikit lagi bola nak start.
bagi dia tengok bola dulu. e eh macam tu pulak.
tu yang P.G cerita pasal perkembangan bola papa suka la.

time ni mencuakkan je.
sebab kan hantar papa pukul berapa pagi tah.
then around 4am macam tu balik.
ayol balik rumah aku. tapi lain ke rumah mama la.
sekali pagi kul 7ish noy call kata Dr panggil n make sure semua ahli keluarga datang.
ada benda nak bincang.
tak berdebar kau?
sekali sampai dia just nak cakap kena tahan ward n nak tanya medical history papa.
hoiii tak baik ok bagi orang cuak.
drama melayu sangat.


mama suap papa pau sebab dia taknak makan
bukan taknak makan. tapi takleh makan.
kena mild stroke kan. so memang akan ada problem bab tu.
so now boleh makan pun yang lembut2 la.
papa ni degil, doktor nak masukkan tiub kat hidung utk masuk susu tu dia taknak.
berkeras ok taknak.
dia kata dia boleh makan. T____T
tapi sebenarnya memang if try makan macam nasi ke apa takleh la.

lately memang papa tak makan sangat pun.
sebab tu kurus sangat dia.
dah banyak kali aku bising aku suruh dia makan.
dia kata tak lalu.
hari-hari papa asyik makan roti cicah milo ke apa. biskut ke.
kalau aku beli2 makanan luar kena tekak dia makan la.
nasi lauk2 ni memang tak makan.
mama buat mee goreng ke, nasi goreng ke baru dia nak makan.
so ni dah sakit macam-macam pulak dia nak.
terus aku cakap, "haaa tu la time sihat orang suruh makan taknak. sekarang takleh makan nak macam-macam kan."
senyum je papa.


oh since kat hospital tentera.
so selalu gak la nampak tentera sama sini *senyum simpul*
ada sekali tu jumpa handsome kauuu.
terkejut aku n noy, dah dedua muka menyengih je n tergeleng2 kepala sebab kagum ngan kehandsomeman tentera tu. serious.
terus noy, "ok confirm biar aku jaga papa. fuhhh handsome."
amboiii.


time ni siang tu la.
sebab lepas masukkan papa ward semua balik rumah aku rehat.
pastu pergi balik kul 3 gitu.
tu semua tak tukar baju.
paling kena ejek ayol la sebab kan seluar pelikat. hahaha.
pakai malam ok la kan. siang2 pakai macam ni lawak je.

katil sebelah takda patient. so ok la boleh tumpang relax situ.
best hospital ni sebab lengang tak ramai orang.
n sebab tak ramai, so visiting hours tak berapa strict la.




day 1 papa ok lagi.
still boleh menulis ok.
ni papa tulis details untuk aku uruskan hal bills la apa la.
tapi boleh nampak la.
sebab walaupun tulisan kemas tapi semua tulisan naik ke atas je.
kalau tak memang tak la.
papa ni kertas kosong pun kau akan nampak tersusun je kerja dia.

malam tu dapat la tengok doktor check.
memang confirm mild stroke.
sebab tindah balas belas kiri slow berbanding kanan.
kaki memang lemah so takleh jalan.
so nak apa-apa memang kita orang kena papah.

tah la. ada time ok.
ada time tak ok.
ada time nanti nak duduk sendiri pun tak boleh.
ada time tidur je. ada time elok sembang.

MRI result pun dah dapat.
hmphhh. tah la taknak cerita.
nanti apa-apa aku cerita lagi.
hati aku sedih. tapi cuba kuatkan hati n kawal.
hari pertama tu aku down la.
malam tu menangis je sampai bengkak la muka.
laki aku agaknya dah letih pujuk.
now still sedih tapi ok sikit la.
sebab nanti aku sedih mama lagi sedih kan.
mama bukan kuat pun.
ni hari2 ulang alik hospital pun tau mama mesti penat.


buat masa nia ku visit je.
sebab aku ada kerja kan.
dorang mostly amik leave.
siang ayol jaga. malam noy n P.G.
aku n MrB akan amik turn weekend.
sebab aku weekend takda post ke apa, n MrB pun cuti.
n dia kuat sikit if nak angkat ke apa kan.


ni la hallway yang akan mengadap untuk entah berapa lama ni.
sunyi kan. seram ni if memalam jalan ni. huhu.
tapi dia hospital baru, effect tak seram sangat la.
hkl lagi seram weyh. biarpun sesak elemen seram tetap ada.

harap papa sembuh.
Ya Allah panjangkanlah umur papa.
rindu aku nak sakat dia.
rindu bila balik setiawangsa tengok dia tidur kat sofa or tengah duduk depan laptop main solitare. hihi.
aku ni dalam adik beradik paling nakal.
suka sakat mama n papa. suka main ejek2 dorang.
bengang je memasing.
tak puas lagi sakat ni.
sihat la papa yea. jangan degil2.



21 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Allah,
kasihanilah hamba-Mu ini.
berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka untuk menghadapi ujian-MU
Sesungguhnya penyakit itu, penawarnya pada-Mu
Ampunkanlah kami. Sesungguhnya engaku maha Pengasih dan Penyayang.

peej, bangun peej bangun. kuat!

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh insyaallah, sedih baca

Orked farhanna said... [Reply to Comments]

Kak peej kene kuat semangat utk papa,mama n family . InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yg baik pd papa akak . Bykkn berdoa okay . ;)) anyway spital tue kt mane kak? Org awam bleh msk ke ?? Ta acila akak ngn noy je bleh tgk abam2 tntera yg ensem . Kte pon na jgk . Heee ~

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

Inshaa Allah,Peej, ko kena banyak doa,Doa anak ddddddddddddddddddimakbulkan, semoga uncle cepat sembuh ,for untie take care yer,Peej dan adik-beradik semua,kuatkan hati ,banyakkan doa.Hanya Allah sahaja tempat kita mengadu yer.

Jangan marah2 uncle, orang sakit ni dia nak manja dan nak kita layan semua kehendak,takpe penat sikit, Aku dulu jaga ayah aku.sampai nak pitam,sebab ayah aku amsa hidup dia,tak cerewet,bila sakit ..sampai nak duduk aku pun tak boleh, but time ni lah kita masa kita nak bayar segala penat lelah dia.

so peej, aku tahu kau dan adik beradik adalah antara anak yang terbaik.jaga ibu n ayah dengan baik,

aku doakan papa n mama ko sentiasa sihat yer.

shuweet said... [Reply to Comments]

get well soon uncle....tabah kan hati ok peej...ayah aku pun kene sakit yang sama 2 kali kene mild stroke...now nak jalan pun dah memang tak kuat langsung...die baring jek...duduk...

Fiza Darwish said... [Reply to Comments]

Semoga papa peej cepat sembuh.insya allah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej,

I doakan semoga papa u cepat sembuh. banyakkan berdoa dan berzikir ye peej. n plssssss jaga mama u elok2. skrng semua org perlukan each other. :)

uncle, cepat sembuh ye!

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

Get well soon uncle Bob. So sad reading this. Prayers from my family for his speedy recovery <3

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

Get well soon uncle Bob. So sad reading this. Prayers from my family for his speedy recovery <3

A.I said... [Reply to Comments]

Semoga uncle cepat2 sembuh & kembali sihat...
be strong ye beb..

muna said... [Reply to Comments]

sedihhh sangat baca entry peej ni. bergenang2 air mata.

semoga Allah kurniakan kesembuhan pada papa peej, amin.

*hugs*

Seha's Residence said... [Reply to Comments]

moga papa kak peej kembali sihat mcm dulu2..
nnt boleh bawak auntie nani pegi jenjalan..
moga kami pon jadi anak yg baik mcm kak peej n ur siblings..
kirim salam pada auntie nani n uncle..
im ur silent reader selama ni :)

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Peej...semoga uncle bob cpat smbuh....kem salam mama....make sure mama jg kesihatan jg....

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Peej...semoga uncle bob cpat smbuh....kem salam mama....make sure mama jg kesihatan jg....

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Semoga papa u cpt sembuh....ai pn ddk dgn mum n dad yg dh tua ni. Phm sgt perasaan u peej. Be strong kay...n...ur mom...ur mom mmg cantiiiiikkk sangaaattt peej oiii...nmpk do muda.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Moga cepat sembuh sis. Suka dengar cerita mama and papa sis peej, Romantik. And muka unc comei cam iras2 izzue islam.. :D

Alia said... [Reply to Comments]

Semoga cepat sembuh uncle!

Ayah kau kat hospital tengku mizan ke?

Stroke ke? Because on that second attack ya!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

be strong eh peej. yg penting korang selalu ada di sisi dia and visit hari2. tu yg akan buatkan dia kuat. ada org yg xde family or family busy, dok sorang je kat wad nurse jaga. harap uncle cepat sembuh. doa banyak2. doa tu power. take care!

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam Peej,

kami doakan uncle cepat sembuh. semoga seluruh keluarga peej akan tabah dan sabar melalui dugaan ini. bila membaca entry ni, teringat saat2 kami menjaga arwah ayah yang sakit strok terlantar selama hampir 10 tahun. semoga segala urusan keluarga peej dipermudahkan Allah..

-IZ

Hazey said... [Reply to Comments]

Salam Peej and Family

Semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah swt. Ya Allah permudahkan la segala urusan keluarga ini dan sembuhkan lah Uncle...

Anonymous said... [Reply to Comments]

assalamualaikum kak peej, semoga ayah kak peej cepat sihat walafiat. saya doakan semuanya yg baik2 sahaja utk family kak peej. jgn risau2 ye. take care of urself too.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...